Aku pelakun tanpa skrip
punya watak dalam empat episud
berhijrah dari pentas ke pentas
mengikut arahan pengarah
bersama dua pencatat
yang tiada aku lihat
merakam segala lakunanku.
dalam pentas yang ke dua ini
akan aku cuba membawa watak
peranan seorang yang solleh
dalam perjalanan cerita ini
buat pengarah agong
yang aku rindui ……….
Nurimanja,
Sibu, Serawak.
21,Ogos, 1978

