
Satu kembara bersama kegundahan
menyeliputi zaman dan musim-musim
sesekali aku terasa penuh mencabar
dalam perjalanan yang penuh keharuan
membuat aku sesat dirimbun pemujaan.
Mengapa mesti ada lontaran suara hati
dari bibir mogel yang aku tidak mengerti
kerana berjalan dicelah rimbun pemujaan
sudah pastilah biasa membakar hatinurani
sewaktu kekalutan di denyut nadi jatungku
kalau esok atau lusa aku sering melupai diri
jangan biarkan saja aku terus tersungkur
atau pun terbakar hangus dalam api bara
siramilah air semoga cerita ini menjadi abu
apabila kering biar terbang menjadi dedebu
aku sering takut pada keraguan yang sidikit
kerana dalam pegembaraan gundah gulana ini
sesiapa pun terharu pada pumujaan dan pujian
apatah lagi aku sendiri tiada pernah mengenali
siapakah bersaniwara di dunia tidak abadi ini.
Oleh : Nurimanja,
sajak lahir jam 4 .00 sorey.
waktu Malaysia, 19hb, Mei, 1974
