-buat OKU di blog sahabar CR-
Jika aku orang yang ditaqdirkan
Bukanlah hidup sebegini yang aku pinta
Tetapi suratan taqdir telah ditentukan
Aku terima sebagai satu ujian tuhan
Biar aku ingin bangkit dari kemelut ini
Walaupun bukan sebagai perwira gagah
Tetapi cukuplah sekadar tidak meminta
Kami mahu bentuk hidup seperti orang lain
Izinkanlah kami wahai Tuhan pencipta alam
Mempunyai keluarga isteri, anak dan harta
Disamping untuk mengabdikan diri padaMu
Selagi nafas denyut nadi kami belum berhenti.
Oleh : Nurimanja,
Catatan di pingir kota,
Bukan mereka pinta hidup begini,
Pertengahan tahun 2009 , bantulah mereka OKU.
