.BILA KITA DI GUNUNG JANGAN LUPA ORANG DI PAYA.
Kehidupan masyarakat orang-orang kita
Bila mereka berada di punca menjadi penghuni gunung
Sering terlupa orang-orang sebangsa kita tinggal di lembah atau paya
Cuma meminta sokongan tanda tangan surat menyurat terasa berat dan susah.
Bila gunung ganang juga boleh di runtuh
Mereka yang duduk di atas akan rosak binasa jadinya
Sedangkan orang di lembah sebenarnya terlalu biasa dengan bencana
Hujan lebat banjir besar dan tanah runtuh tanaman musnah kediaman ranap.
Tidak kira di antara satu sama yang lain
Jangan fikir engkau di puncak atau tinggal di lembah
Kita hidup di dunia ini membena masyarakat yang sederhana watanya
Kerana kita ingin keikhlasan keredhaan bertugas demi dunia dan juga akhirat.
Catatan jam 5.40 pagi
Hari Jumaat 1hb Januari 2021
Tiada ulasan:
Catat Ulasan