Ahad, 31 Januari 2021

KINI KITA PUN MENGERTI








SEDUTAN KEMBALI PUISI CITRANURI
KINI KITA PUN MENGERTI   

Bila masa menceritakan segala
Kita tidak perlu ragu dan wasa-was lagi
Kerana kebenaran bukan satu pendustaan
Atau boleh direka-reka daripada sesaorang.
Berapa lama pun pembohongan itu
Pasti bila ada masa dan ketikanya nanti
Cerita akan merongkaikan segala-galanya
Apa yang pernah tersurat dan tersirat  di hati.
Kini siri drama kita pun telah berakhir
Bahawa hidup yang penuh pendustaan ini
Akan menjejaskan kehidupan kita sendiri
Pada mata dunia dan masyarakat 
Di Malaysia ini.

Oleh: Nurimanja,
Catatan 5 November 2014.
Di kamar sepi  rangtua lama menyediri..


Tiada ulasan: