Khamis, 25 Jun 2020

DISEBALIK BENCANA ADA PENGAJARAN





DISEBALIK BENCANA ADA PENGAJARAN 

Di sebalik bala bencana
Allah S.W.T telah mendatangkan itu
Segala bencana dan musibah ada pengajaran buat kita
Setiap kerosakkan di bumi dan di laut adalah hasil tangan manusia sendiri.

Muhasabahlah diri kita
Bagi seorang Islam yang beriman
Mereka tidak boleh mengatakan kebetulan kehendak alam
Semuanya kehendak  alam semula jadi dan putaran masa peridaran musim,

Wajib ambil perhatian!
Sebenarnya tiap  bencana alam itu
Adalah bagi peringatan kepada sikap kerangkusan manusia
Segeralah  bertaubat dan kembali insaf memohon keampunan kepada Allah.

Justeru itu perlu ingat!
Apa yang berlaku jangan sangkakan
Segala musibah dan bala bencena alam itu cuma hokum alam
Sesuatu kebetulan dan kehendak alam mengikut hokum karma sebagainya .

Oleh: Qalam Mutiara.
Catatan pada Jam 7.30 pagi
Tarikh  hari  Khamis 30hb Januari 2020.

Tiada ulasan: