Memaparkan catatan dengan label bacalah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bacalah. Papar semua catatan

Sabtu, 14 Ogos 2010

BETAPA MUZIZAT AL QURAN


-mengatasi segala puisi-


Bila dibaca ayat-ayat suci al Quran
tarasa dirinya bagai mahu  pengsan
buat Omar ibni al Khatab radhiallah huan.
jika  dia atau orang lain membaca al Quran
terdengar saja hatinya akan lemas dan cemas
apatah lagi ayat-ayat peringatan dan keazapan,
terus lemah dan  tersandar di dinding rumah
sehingga dua puluh hari deman tidak kebah
kerana terlalu takut akan hukuman dan azab Allah .

Begitu juga seorang lagi sahabat rasullullah
buat Abu bakar Al Sikdiq radhiallah huan,mentuanya,
mengaku tidak boleh jadi iman pada solat berjemaah
kerana hatinya tidak tahan sering saja ingin menangis
bila mendengar dan membaca akan ayat-ayat suci Allah
tentang azab dan juga seksa kubur atau balasan Allah
sehingga tidak dapat menyebut kerana takut dan gementar
menjadi deman diserang rasa mengigil dan gementar
terlalu sukar untuk menyebut kalimah aya-ayat qalam Allah.

Oleh; Nurimanja,
16hb Noveme, 2009.

Selasa, 13 Julai 2010

TUHAN MEMERENTAHKAN MANUSIA MEMBACA


Mengapakah  kita masih lagi engan bergerak?
bukankah Allah memerentahkan kita membaca?
baca dengan nama Allah yang menjadikan kita
menjadikan langit dan bumi di alam semeta ini.
untuk kita mengetahui akansegala kehendakNya.

Cubalah kita mengkaji dan menyelidik semuanya
akan segala khazanah alam di maya pada ini
diperutbumi , didasarlaut , dan diangkasa lepas
galilah, selamlah, terokailah, untuk mencarinya
nescaya kamu temui rahsia kejadian Allah swt.

Ajarlah anak-anak  kecil kamu dahulu mengenal
dengan tiga M; membaca, menulis dan mengira
kerana ilmu itu umpama lautan  yang amat luas
pasti banyak hikmah dan rahsia yang tersembunyi
untuk panduan kita bagi mengimbangi kehidupan ini .

OleH: Nurimanja,
Sewaktu singgah di UUM,
dua tiga hari yang lalu julai 2010

.