Memaparkan catatan dengan label munajat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label munajat. Papar semua catatan

Sabtu, 7 Julai 2012

BERMUNAJAT DI HUJUNG MALAM





buat ubat  keluh kesah..


Mencari keagongan Allah
bermunajat ketika sunyi sepi
di antara dua par tiga malam
akan lahirlan tanda  kemulian,

bacalah al Quran setiap hari
akan diberi pertunjuk nur di hati
bersolat sunat dhuha tiap pagi
Allah beri rezeki tanpa disedari

rajin ke masjid solat berjumaah
mudah mesra  hidup berhemah
sedekahlah bila hidup  mewah
dedosa kecil Allah akan dimusnah

amalkanlah wuduk setiap masa
pasti hati pun tenang bersih jiwa
berastaffar berzikir setiap waktu
Allah ampun dosa-dosa yang lalu.


Oleh : Nurimanja,
Catatan Masjid AL Muhajirin,
Kpg. Tersusun Nibung Hangus, Pk.
Pertengahan tahun 1997 



Sabtu, 14 Ogos 2010

DOAKU




Doaku,
Bukan sekali
Bagai sebati dengan diri
Pada waktu petang dan pagi
Dan di hujung malam sepi.

Doaku,
Jika diukur
Lebih panjang dari umur
Kerana Khalid tiada jemu
Untuk menilainya satu-satu.

Doaku,
Lewat makbulnya
Tetapi kecapaian tetap ada
Kerana Khalid bukan pendusta
Pada tiap janji-janji Nya.

Oleh Nurimanja
Sarikei, Serawak.
Memori Tanggal 25\9\82.


Rabu, 31 Mac 2010

BERBISIKLAH SELALU DENGAN YA RABBI



Ya Rabb! Ya Rabbi sallimna Ya Rabb!
 Engkaulah menjadikan langit dan bumi
Semoga menghitung diriku ini dengan mudah
Bersama dengan orang-orang yang membisikan
Bangkitkan diri denganmu di hujung malam sepi.
.
Merekalah orang-orang yang berudhuk!
  Sering kali bangun qiam, rukuk dan sujud
Dikala orang lain tidur dia dahinya di sadjadah
Mereka itulah digelar orang yang bermunajad
Selalu mendapat kelebihan makrifatmu Ya Allah.

Oleh ; Nurimanja,
Tika terasa kekeringan ilham kebelakangan 2010,
Di malam sepi aku bermimpi, mimpi yang indah sekali.