Memaparkan catatan dengan label fikir dengan matang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label fikir dengan matang. Papar semua catatan

Ahad, 6 Februari 2011

ORANG ITU BUTA ATAU CELIK



sajak pilihan ahli CR.

Terlihat si buta
Bertongkat kemas di tangan
Lurus jalannya ke sana
Menuju arah panggilan azan
Walau buta terang arahnya
Walau buta terang hatinya
Walau buta jelas matlamatnya
Walau buta celik akalnya


Terlihat pula si celik
Bertongkat kemas di tangan
Lurus jalannya ke sana
Menuju arah kedai judi
Walau celik gelap arahnya
Walau celik gelap hatinya
Walau celik kabur matlamatnya
Walau celik buta akalnya
Dalam buta ada celiknya
Dalam celik ada butanya
Jalan lurus atau bengkok
Jalan terang atau gelap

Jalan sibuta atau sicelik
Celikkah kita atau butakah dia
Semua itu sehingga kini
Ia kekal menjadi tanda tanya...

OLEH: JALAL RAFZEE
cacatan sewaktu lepas bersahur
pukul 6pagi/2010 Ogos 30 06:31
diterbitkan semula 5hb/02/2011.





Ahad, 8 Ogos 2010

DIMANAKAH SILAPNYA KITA?



-buat geng panglima dan geng suara

Dimanakah silapnya  kita?
kerana ada di antara kita telah teperdaya
dengan cerita seloka nyanyian puisi taridera
proposional, cendewakan,, doktor,pensyarah,
guru, kerani, polis, tentera, koprat, sastrawan,
para alim ulamak, ustaz, mahasiswa, peniaga
pertani, penternak, nelayan serta rayak jelata.

Dimanakah silapnya kita?
Semuanya dibantu dari dalam rahim ibu lagi,
dijaga, diasuh, dididik, dari sekolah rendah
keperingkat menengah dan pengajian tinggi
diberi biasiswa, bantuan, hadiah, dan pingat,
pangkat, gelaran YB, datuk, Tan Sri serta
dianugerahkan tanah, tapak kediaman,
pencen, atas jasa perkdimatan mereka.

Dimanakah  silapnya kita?
tiba-tiba diserang penyakit kecelaruan minda
membakar batu api dengan tohmah dan fitnah
lantas dilanda tiupan angin kencang tsunami
yang menikam dari  arah depan  dan belakang
maka belakulah arus penyokong bepaling tadah
maka berjayalah segala musuh-msuh pemerentah
kononnya negara tidak Islamic dan berlaku zalim.

Dimanakah silapnya kita?
sekadar mendengar promokasi tohmah dan finah
atau ingin mencari kedudukan pangkat darjat
atau ingin membuat kacau bilau porak peranda
atau ingin menukar pemimpim atau pemerentah
atau tidak mengerti menilai kenekmatan  kemewahan
atau tidak mengerti mengenang budi pada pemerentah
atau tidak berterima kasih dan bersyukur kepada Allah.

Dimanakah silapnya kita?
perlukah  kembali kepada keinsafan dan muhasabah diri
menilai dimana kita menjadi perjuang atau pendurhaka
mengapa diantara kita sedang sakit dilanda kecelaruan minda
apakah ini semuanya cuma satu retorik terlalu sukar dinilai
sehingga kini tenat diserang kuman viarus penyakit yunit
menjadikan kita orang  digelar rasa ketidak ketenangan jiwa
bagaimana mungkin  kita dapat untuk  masuk ke surga Allah

Oleh; Nurimanja,
11hb, Oktober, 2009.
Malam hari di kala sepi.


Isnin, 5 Julai 2010

SELOKACITRA SI PENGAMBALA DENGAN SERIGALA


Cerita Seorang tokoh pegembala tua
dia dapat mengawal beribu kambing lembunya
malah, kesemuanya tunduk dan patuh mengikut arah
tetapi kini hatinya mula tertarik dengan sang serigala
yang pandai bermuka dan membuat helah yang berbagai cara.

Sebenarnya kebaikan serigala ada maana
cuba menukar warna bulu kambing dan lembunya
tanpa sedar si pengembala tua  terasa cukup gembira
ingin pula rasanya dia mahu mengkhabarkan keseluruh dunia.

Yang anihnya pada si pengembala tua ini,
terlalu percaya pada warna sesumpah serigala
kini sedang memakan hati kambing dan lembunya
beberapa ekor kambing dan lembunya mulai tersedar
dan cuba menghindar diri tidak mahu lagi menghormati
sikap si pengembala tua yang lebih percaya kepada serigala.

Oleh: Nurimanja,
Catatan malam hari
lewat jam 12 waktu Malysia kini. 
bersamaan 4hb, Juai, 2010