Isnin, 5 Julai 2010

SELOKACITRA SI PENGAMBALA DENGAN SERIGALA


Cerita Seorang tokoh pegembala tua
dia dapat mengawal beribu kambing lembunya
malah, kesemuanya tunduk dan patuh mengikut arah
tetapi kini hatinya mula tertarik dengan sang serigala
yang pandai bermuka dan membuat helah yang berbagai cara.

Sebenarnya kebaikan serigala ada maana
cuba menukar warna bulu kambing dan lembunya
tanpa sedar si pengembala tua  terasa cukup gembira
ingin pula rasanya dia mahu mengkhabarkan keseluruh dunia.

Yang anihnya pada si pengembala tua ini,
terlalu percaya pada warna sesumpah serigala
kini sedang memakan hati kambing dan lembunya
beberapa ekor kambing dan lembunya mulai tersedar
dan cuba menghindar diri tidak mahu lagi menghormati
sikap si pengembala tua yang lebih percaya kepada serigala.

Oleh: Nurimanja,
Catatan malam hari
lewat jam 12 waktu Malysia kini. 
bersamaan 4hb, Juai, 2010

32 ulasan:

nurimanja berkata...

PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ SIRI 21 : TARIKH 5/7/2010

GAMBARAN 16.(akhir)

Perempuan yang terlalu tua dan sudah bongkok memanggil nabi Muhamad saw untuk bertanya tentang umur dunia.
Sebenarnya dunia ini sudah tua, kita umat akhir zaman; kalau tidak percaya cuba kamu renung dalam cahaya bulan mengambang , adakah nampak wajah seorang tua bongkok sedang duduk menyeranguh bagai dimuka tingkap/jendela.


Iktibar daripa gambaran peristiwa ini;


1. Umur dunia semankin tua dan menunggu masa untuk menemui kehancuran ataupun kiamat.

2. Setiap muslim mestilah memamfaatkan setiap detik umur yang ada dengan amalan dan ibadat
yang boleh mendekatkan diri dengan Allah.

3. Setiap muslim kita hendak muhasabah dan mengisapi diri dan banyak-banyaklah mencitai mati
dari mengingati dunia yang pana ini.jangan terlalu cintai dunia benci akan mati.


Fiman Allah alam surah Al A raf ayat 187. kira ertinya:


"Mereka bertanya kepada kamu ( Wahai Muhamad) tentang hari kiamat; Bilakah akan berlaku? Sesungguhnya pengetahuan akan hari kiamat hanya ada pada Tuhanku. Tidak ada siapa yang dapat menerangkan bila datang waktunya,
melaikan Allah.Pada hari kiamat itu amatlah berat mengerunkan makhluk-makhluk yang ada di
langit dan dibumi,. dan tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut,"



SEKIAN WALLAHHUAKLAM
rujukan unit dakwah kempimpinan KPM.

BERHENTI SEKTIKA.

Nurimanja berkata...

SIRI AKHIR: PERGINYNYA BERSAMA INGAUAN OLEH: NURIMANJA
____________________________________________________________________

Sanah cucunya yang pertama itu, brusia dua puluh tiga tahun . baru sahaja menamatkan kursusnya di salah sebuah di Maktap Harian perguruan.Dia bakal menjadi calun pendidik anak-anak bangsanya.

Suria cucunya yang kedua pula. Kini baru saja selesai menghadapi peperkesaan STPM. Kini Cuma menunggu keputusannya saja.Jika keputusannya baik tentu dia akan melajukan pelajarannya ke menara gading. Jika Tuk Wan Durani masih ada tentulah dia tersenyum lebar.

Tetapi Tuhan tidak mengizinkan. Tuhan Cuma mahu menunjukkan kejayaan kedua cuunya itu kepada Tuk Limah sahaja.. Jikalau Tuk Wan Durani masih bernafas tentulah dia orang yang paling gembira di kampung ini.

Tidak ada aanak cucu orang lain di kampong ini yang mendapat kejayaan seperti Sanah dan Suria. Malah mereka dua beradik yang merupakan anak kampong mereka yang petama dapat pendidikan setinggi itu. Sanah calun pertama menjadi guru di kampong itu.

Malah merekalah merupakan anak-anak contoh kepada penghuni di kampongnya itu.

Tuk Limah yakin kedua cucunya itulah akan merubah corak kehidupan mereka turun temurun.

Sanah akan menjadi guru, Suria entah apa pula jawatannya nanti. Kedua adik beradik ini tidak akan lagi menjadi hamba abdi kepada kerja menjual bubu buluh ataupun mengadap menyembah pokok getah tua yang malas mengeluarkan hasil susu itu.

Tuk Limah terbatuk-batuk lagi . Tekaknya bagai tersumbat Dadanya sebak . Napasnya bagai berkumpul direngkong.Dia seperti nampak wajag Tuk Wan Durani datang dan tersenyum kepadanya.

Tiba-tiba dia terasa tubuhnya semakin lemah. Lidahnya menjadi kelu. Dia cuba memanggil nama sanah, tetapi hampa, tidak terdaya . Pandangannya pula bertukar menjadi kabur dan berpinau-pinau.

Akhirnya pemandangan Tuk Limah bertukar menjadi gelap.Kaki tangannya menjadi sejuk dan kebas, kalau ditoreh mungkin tidak brdarah. Dia cuba memanggil Sanah dan Suria yang tidur di bilik seblahnya.

Digagahinya beberapa kali, tetapi ternyata dia lemah tidak dapat mengeluarkan suara. Akhirnya Tuk Limah terasa egala-galanya sejuk, tangannya secara tersendiri berkiam didada seperti orang mengerjakan solat. Dan segala-galanya tidak indah lagi
dipandang mata.

TAMAT.4/7/2010.

Bulan Terang berkata...

TONG KOSONG

bunyi kuat macam serombong
bunyi kuat isi kosong
habis semua kena kelentong
kasihan melihat paklong maklong
kena goreng sampai rentung
pergi ke mana suka disanjung
tampak hebat ramai penyokong
duit ditabur tinggi menggunung
dewan rakyat mahu berkampung
janji ditabur berkarung-karung
jelajah ceruk desa dan tanjung
sayang kaduk dah naik junjung
sirih terpinggir tepi lombong
dapat semua barang dikendong
menceceh hilang macam mengkarung
habis semua duduk termenung
mana hilang si intan payung
mana pergi si jaguh kampung
kopi diteguk dah naik kembung
baru tersedar diri dipancung
tong kosong!


Bulan Terang
4pagi
kelantan

Qalam Muira berkata...

ULASAN:

Zaman Tongkat Waran (Othman Awang) terkenal dengan novelnya tulang-tulang berselerakan danantologinya Duri dan Api meluahkan rasa ketidak puasan hatinya dalam puisi Menentang penjajah.

Kini Bulan Terang mencritakan sesuatu yang rasa ketidak puasan hatinya, melihat keadaan sekeliling yang cuma berlantasan agama untuk kepentingan peribadi, meluahkan dalanm sajaknya TONG KOSONG.

Gambaran dan perbandingan yang dilakukan amat tepat sekali bagi mencritakan tong kosong biasanya bunyi saja yang kuat isi di dalam apa pun tarak kosong.Ramai lagi agaknya serban lebih besar dari Bulan Terang , boleh dikatakan belum dapat hidayat dari Allah:
Orang yang buat sesuatu yang ramai orang kata batal dan tidak direhdai Allah bertentangan agama, jangan putar belit hadis al uran, Blog CR tetap mengatakan belum dapat hidayah sebenar.mereka tahu salah mereka lakukan jua.Janganlah menjadikan diri kita dekat dengan ciri –ciri munafik tulen!

Hebat Buat Bulan Terang ,hantar saja sajak ini ke blog sahabat anta yang masih 50 atau 60 belum lagi terbuka pintu minda yang bercelaru!!

anak nuri jantan berkata...

En nuri kata; Dia usah hati sesuatu saja yang anda x faham, tetapi sesekali anda kena belajar sesuatu yang anda x faham .khasnya sajak berbentuk simbolek pengunaan alam , binatang dan lainnya.

Iman Ali berkata...

eh! bulan mcm muka nenek tua ker bila malam?

Penglipur Lara berkata...

nnt malam aku nk try tgk bulan pakai telescope! nk tgk ade rupa pmpuan tua x?

Ustazah Hamidah berkata...

eh! ade rupa pmpuan tua ke bulan? biar btol?? x prasan plak?

Danial berkata...

takut plak baca israk mikraj akhir ni.... pasal kiamat plak?

Olie Pajudty berkata...

seram baca israk mikraj akhir ni...

Saizul Maizav berkata...

smoga kita semua mati sebelum kiamat suapaya x merasai kiamat.. amin...

Nama Aku berkata...

eh! bumi dh tua? harap2 bumi dapat bertahan lagi... takut plak aku baca...

Seri Suri berkata...

hbis jgk baca israk mikraj ni? jimat duit nk beli buku... hehe

Julia berkata...

insaf baca israk mikraj akhir ni mmg menakutkan...

Abul Hassan berkata...

selama ni aku x berapa paham sgt israk mikraj ni tp bila dh ikut cerita en nuri ni dari mula mmg aku paham trus! hehe

Ali Conan berkata...

eh! xkn dh hbis? sambunglah lagi cerita israk mikraj ni..

dam catur berkata...

harap2 kiamat bkn 2012! takut aku....

Mozaire berkata...

mmg lengkap semua cerita en nuri aku baca semua! wah! hebat en nuri!

Roslan Bidin berkata...

cerita israk mikraj ni patut buat buku sbb semua lengkap! dan snang org paham bila dh baca...

Ezad Emir berkata...

aku ade dgr cerita israk mikraj ni kt masjid boring giler!!!! tp baca cerita en nuri x boring plak? hehe

Atuk berkata...

wah! pandai btol anak cucu tok limah ni semua menjadi...

Kota Gersang berkata...

semua anak cucu dia berjaya! alhamdullih... dia mati dlm iman..

Pak Awang berkata...

tok limah meninggal jgk akhirnya... sedih cerita ni..

Malik Wariya berkata...

sian tok limah anak yatim piatu btol cucu dia dh xde sapa2...

Guest berkata...

dh nmpk tok durani dtg mmg x lama la tu...

Sudin Ramlee berkata...

tok limah ni cerita btol ke en nuri??

Sulaiman Embong berkata...

esok cerita apa plak en nuri nk letak agaknya?

Mohamad Akmal berkata...

pak cik! cerita kanak2 xde ke? sy ska cerita kanak2...

Mat Noh berkata...

la..dh hbis dh cerita tok limah ni? esok cerita misteri plak en nuri... hehe

Tengku Anita berkata...

hbis dh cerpen ni lps ni cerpen hantu plak? atau cerpen fantasi ok gak... hehe

Mohamad Badawee berkata...

cerita kanak2 plak pak cik nuri!! hehe

nurimanja berkata...

Beberapa jawaban tepilih:

-Roslan Bidin, Israk dan mikraj blum
lagi selesai critanya.(jika anda bercadang nak buat buku atau antologi
sajak keagamaan (antologi bersama puisi-puisi ketuhanan) boleh tetapi krja banya lagi kena buat ,beritahu tajuk sajak yg anda mahu pilih. honorium belakang kira 50/50 saja.
tujuan sebenar berdakwah. okey!