Selasa, 20 Julai 2010

KECUNDANGNYA SEORANG PENDEKAR TUA




Silat cekak yang aku belajar dahulu kecewa,
letih aku mennyakal dari sasaran keberibadian
semua bunga silat yang diajar gagal dan sia-sia
menumbuk, menendang, megelak dan menipis
namun sasaran masih juga datang menyerang
melenyapkan segala ketangkasan silat sebenar
setelah hilang bengkak, kini benjul tumbuh pula
inilah cerita kecundang seorang pendekar tua.

Begitulah satu gambaran kehidupan dini hari
tiap bulan aku diburu dengan bil-bil pembayaran
sedangkan punca pendapatan masih juga setatik
semuanya memerlukan wang untuk melunaskan
warga emas yang tua pasti cemas dan terseksa
buat menyambung kehidupan esok atau pun lusa
masa depan pun kabur bila merenung kehadapan
hari pun bagai menanti buat penyudah kehidupan.

Oleh' Nurimanja,
waktu melunaskan bil-bil kegunaan
dikantor pembayaran yang x pernah kasihan.
setelah anda sedar kini 2010 anda miskin tegar . 


25 ulasan:

nurimanja berkata...

CERPEN RUMAJA SIRI KE 2 : MENGHARAP KASIH TUNANGAN ORANG.
___________________________________


MAISARAH masih ingat lagi semasa dia bekerja di salah sebuah kedai puku Pustaka Abadi ) di pekan kecil Bagan Serai dahulu. Di situlah titik permulaan Maisarah dapat berkenalan dengan seorang guru muda yang kacak dan tampan itu.


Pada mulanya maisarah berasa semacam ada suatu kuasa keanihan yang berlaku pada dirinya, setiap kali dia bertentangan mata dengan guru muda itu. Terlalu sukar untuk dia mentafsirkannya, tetapi dia Cuma simpan dalam hati.


Lebih-lebih lagi melihat cahaya mata guru muda itu, warna hitam dan jernih itu cukup menikam ke jantung hatinya. Kemudian tubuhnya menjadi gementar dan gugup. Bagai ada sesuatu kuasa yang sukar hendak digambarkannya.


“Kenapa aku jadi begini?” Bisik hati kecil Maisarah.Diabenar-benar berasa hairan. Dan sering kali bertanya pada dirinya kenapa dia tidak dapat melayani guru muda itu seperti dia melayani pelangan-pelangan yang lain.


Guru muda itu seorang pelaangan tetap di kedai buku (Pustaka Abadi Abu Hassan) saban hari dia akan memberhentikan vispanyabetul-betul dihadapan kedai itu, kemudian dia akan berkata dan memberi senyum.

“Hello saudari! Apa khabar?”
Maisarah benar-benar sudah faham dengan keadaan itu. Tetapi satu yang paling mengelisahkan hatinya. Sikap guru muda itu yang sengaja tidak mahu turun dari vispanya.


Malah guru muda itu sengaja meminta Maisarah supaya datang menghulurkan surat khabar itu kepanya. Dialah seorang pelangan yang agak anih dan melucukan. Malah disinilah satu kesempatan yang Maisarah tidak dapat mengelak atau melarikan diri daripadanya.


Kadang-kadang ada juga rasa geram dan hendak marah kepada guru muda itu, tetapi bila melihat saja mukanya dengan vispa kelabunya , hati Maisarah menjadi cair, rasa marah hilang, malah jantung pula yang berdegak degut jadinya.


BERSAMBUNG.

Ezad Emir berkata...

SETAN

persetankan setan itu
mengapa perlu kau menyetan
mengapa perlu puja setan itu
mengapa perlu kau dipersetankan
mengapa menyetan di situ
itu tempat setan berumah
itu air setan kau hirup
itu makanan setan kau lahap
buangkan segera!
buangkan topeng setan itu
tanggalkan tanduk setan itu
aku silap rupanya
kau bukan bertopeng setan
kau bukan bertanduk setan
kau lebih setan daripada setan
kau bapak segala setan
kau iblis rupanya!...

Ezad Emir
Pahang
18.7.2010

Qalam Mutiara berkata...

ULASAN:

SETAN , tajuk menarik untuk renungan sahabat oleh Ezad Emir. Mengambarkan rasa kurang enang hati penulis tentang mungkin dulu orang yang menjadi idolanya,
kini banyak yang diharap (dengar boleh percaya jangan)sepatutnyalah layak di gelar SETAN atau Syaitan bila tembelang banyak yang pecah. Dulupun dia pernah gelar Tuk guru : Ulama trompah (kasut kayu) hari ini dia pula jadi SESUMPAH. Suara Pulau Ada hantar sajak sesumpah .en nuri x benar siar. Klau ada pemintaan ramai. mungkin anak nuri akan siar. Syabas! Bapak segala setan , atuk, nenek punya setan!!

Mat Noh berkata...

sama la kita en nuri sy pun katogori miskin tegar jgk skrg...

Sulaiman Embong berkata...

eh! en nuri warga emas ker???? ingatkan en nuri 40an...

Ali Conan berkata...

wa! sajak perbandingan plak? hahaha lawak la...

Abul Hassan berkata...

eh! sdih plak baca sajak en nuri ni...

Pak Awang berkata...

sy nnt x lama jd mcm en nuri jgk la agaknya? hehe

Atuk berkata...

sama la kita en nuri tp selamat sy ada cucu2 boleh jgk teman nk harapkan anak2? smua sibuk saja memanjang...

Seri Suri berkata...

wah! mcm belajar silat plak kehidupan en nuri skrg??/

Brader Joe berkata...

hahaha adoi... ade silat mula2 ingatkan sajak pasal silat rupanya pasal lain..

Saizul Maizav berkata...

masa nk tunggu bayar bil pun en nuri boleh ade ilham buat sajak! hebat!

Bulan Terang berkata...

harap2 thn ni ada bonus klu xde? mngkin dorg lompat masuk pmbangkang balik...

Bicara Bulan berkata...

harap2 najib prihatin kepada warga emas jgn dok naikan gaji polis saja....

Ustaz Nasarudin berkata...

tu la bil skrg byk plak? tp pencen/gaji tetap sama?? apa kes?

Pak Ngah But berkata...

smoga kerajaan beri perhatian kpd warga emas di malasyia....

Kembara Budiman berkata...

cerpen ni mcm cerita di matanya ada sinar keimanan jer???

Golok Buta berkata...

eh! ni bkn ke cerita yg cikgu muda hntr surat kat mak dia psl dia jatuh hati kat cikgu laki skola dia ker?? atau ni sambungan????

Guest berkata...

maisarah ni dok jiwa2 jer... hehehhee

Mona berkata...

maisarah ni berangan kuat la... hahaha

Tengku Anita berkata...

mcm cerita tukang sapu jer??? dok berangan nak kwin dgn janda sebelah last2 x jd plak? hehe

Ali Omar berkata...

cerita ni pasal apa?? msti pasal maisarah yg kuat berangan ni...

Iman Ali berkata...

rasanya akhir sekali msti cikgu muda tu kawin dgn org lain... hehhee

Mat Glamor berkata...

maisarah ni perasan lebih la... entah2 cikgu muda tu x syok pun kt dia? hahhaha

Qalam Mutiara berkata...

Tanpa Nama Qalam Mutiara berkata...

ULASAN:

sajak en nuri kali terlalu biasa saja. kisah kehidupan dua makhluk,
ciptaan Allah swt.tetapi cuma pada perbandingannya sahaja berbeza;

Rerama lemah kejadiannya, tetapi mamputerbang beratus batu jauhnya demi menyambung zuriatnya dan mencatikkan alam maya ini di kebun-kebun bunga.

Manusia lebih kuat, tetapi sering merosakan alam ini dengan tangan rangkusnya, korek pasir, tebang hutan, sesuka hati mereka, ini menumbulkan bincana alam. SEKIAN

2010 Julai 20 10:30