Isnin, 12 Julai 2010

PEMBURU PENJUAL DAGING MENTAH



Kegairahan penjual daging mentah
begitu menakjupkan melayan pelanggan
daging empok daripada seluruh dunia
begitu murah dan mengancam selera
malah boleh diratah bila masa sahaja
harganya murah 20, 30 ringgit Malaysia.
pembelinya anak muda meningkat dewasa.
yang masih buas ingin cuba gila segala.

Berpuluh kali pemerentah beri amaran
pihak berkuasa pula bagai tidak terdaya
kegiatan daging mentah yang berluasa
jika ditangkap di sini, di sana jual pula
licik dengan kerenah taukei daging ini
siang sopan macam seorang pelancung
malam bertukar wajah menjual maruah
digerai sempit daging mentahnya  diratah.

Oleh;  Burimanja,
Sesekali bila aku lihat
kaum sebangsaku memalukan.
jam 12.00 malam minggu  KL. 2010


25 ulasan:

Nurimanja berkata...

CERPENSIRI7 : BERTAJUK : MAIL GILA BERISTERI ANAK JANDA KAYA.
____________________________________________________________________


Apabila tepat jam 9.30 malam muncullah muka Tuk Iman Pak Ngah Halim “Assalamualaikum!” di muka pintu ia member salam. Orang ramai pun menjawab tanda hormat mereka kepadanya.

Dia menghulr tangan sebelum mengambil tempat duduk, Tuk ketua menyambut tangan dan bersalaman dengan para hadirin yang lain .

‘’Ramai Nampak?” kata tuk iman sambil tersenyum.

Tuk Ketua kampong Nibung Hangus mula hendak bangun unuk berakap. Tetapi diarah oleh Tuk Iman Pak Ngah Halim “Tak payahlah kita susah-susah cerita pasal Mail ini lagi, dia dah balik ke Tanjung Piandang malam mini”

“Kenapa pula Tuk Iman?”Tanya Mat Kasa jiran Mail terdekat dengan rumahnya.

“Maaf tuan-tuan , selepas issyak saya ke umah Mail tadi. Dia sebenarnya baru bekhawin seminggu yang lalu. Dia minta maaf kerana tiada jemputan dibuat unuk kita semua.Khawin cara baik, Cuma orang kata bidan terjun saja, ” kata Tuk Iman Pak Ngah Halim senyum.

“Macam mana pula itu??” Tanya Mat isa tuk mek.

“Mail ini kira brnasib baik juga, Dua tiga bulan lalu dia pergi rumah mak dia di Tanjung Piandang, kebetulan ada seorang janda kaya itu minta Mail cari orang upah potong padinya. Mail ini dilantik semacam pengurus mengelolakan sawah padinya yang berpuluh relong itu.” Tun Iman berhenti sekejap , semua mulut terlopong mendengar.

“Kebetulan juga si janda kaya ini ada seorang anak perempuan dan tiada tempat pergantungan anak tunggal pula rupa tiada tetapi harta ada, di jodohkanlah dengan Mail, kini Maillah yang mengelola semua urusan harta anak si janda kaya itu.Siapa tak kenal, ramai orang memikat, tetapi mak janda itu memilih Mail juga jadi menantunya.”

Tuk Iman Sambng lagi: “Lihat ini ! Mail bagi RM 500 untuk kita buat kendui doa selamat dan kesyukuran di masjid malam esok. Semua anak qariah diminta hadirlah.
Dia kirim salam pada Tuk ketua , tuk bilal dan semualah. Malah ini dia kena hantar mak mentuanya ke lapangan Terbang Bayan Lepas ikut romongan umrah di Mekah.”

Semua para anak qariah malam itu terdiam. Mereka tersalah sangka selama ini. terhadap Mail gila ,masing-masing terasa malu. Dan mengangap diri mereka sendiri yang sebenarnya gila ….. S E L E S A I .















@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Sheikh Al Habib berkata...

SOTONG vs BURUNG

hilang pegangan
hilang timbalan akal
khurafat syirik
hasutan tentera iblis
ramai tertewas
hilang rasa keimanan
sekelip mata
hilang rasa percaya
pada qada' dan qadar
kuasa tuhan dilupa
lalai lagi kita
lebih percaya makhluk
tunduk pada sotong
tunduk pada burung
lupa lagi sekali
siapa tuhan...


Sheikh Al Habib
Terengganu
8pagi

Qalam Mutiara berkata...

ULASAN:

Terima kasih (syukuranlaka) Masaalah! Sajak anta kali ini mengingatkan kita pada kelalaian dunia dan memungkinkan kita pula terjebak dalam kemusnahan aqidah kerana cuba mempercayai sesuatu yang khurafat dan Syirik serta bertentangan pula dengan agama
Isalam, Segeralah bertaubat jika kita terlibat.

Astharfirullahalazim! Ana juga ter
rasa bagai terikut. Cuma en nuri saja enggan mengulas dan Suara Pulau mengatakan satu permain judi yang diciptareka ahaja untuk memperbodohkan peminat bola sepak
piala dunia.. bersyukur kepapada Allah, ada sahabat seperti antum (anda semua) . selamat CR . syabas!
Buat Sheikh Al Habib. semoga anta dirahmati Allah.(Jazakallahukhair…)

Saizul Maizav berkata...

hahaha kesian btol org kmpung tu..

Malik Wariya berkata...

eh! mmg rezeki terpijak la mail ni...

Tanpa Wajah berkata...

tu la pasal salah sangka lagi...

Ali Conan berkata...

apa nk jd dgn org kmpung ni mmg ske salah sangka...

Mat Noh berkata...

org kmpung yg gila sbnrnyer... hhahahha

Juklia berkata...

ape2pun lain kali kena usul periksa dulu...

Tengku Anita berkata...

dah dasar org kmpung nk buat mcm mne? hahaha

Danial berkata...

mmg kolot la fikiran org kmpung ni....

Kota Gersang berkata...

wakakakaka padan muka org kmpung serkap jarang lagi...

Mona berkata...

semoga lps ni org kmpung sedar lps ni jgn pakai redah jer...

Golok Buta berkata...

org kmpung ni mmg ske jaga tepi kain org yer? berbeza dgn org bandar...

Richard Sirosa berkata...

mmg org kmpung ni dasar pak sibuk! hahahha

Kembara Budiman berkata...

org kmpung mmg teruks sikit! smua hal org dia nk ambik port...

Abul Hasan berkata...

org kmpung mmg mcm ni ke perangai? smua psl org dia nk sibuk2....

Jalil Janggut berkata...

teruk btol org kmpung ni jaga hal sndiri sudah la ni hal org lain pun nk ambik peduli jgk!

Pedang Kesatraia berkata...

mmg dh dasar org kmpung klu x sibuk bkn org kmpung la namanya! hahahhaa

Bob Kuli berkata...

mmg kesudahan cerita ni mmg lawak! org kmpung yg gila! haha

Bicara Bulan berkata...

sbb tu aku x ske org kmpung! smua bnda dia nk ambil thu...

Rembulan Senja berkata...

org kmpung aduhai org kmpung kenapa la korg pak sibuk sgt! adoi..

Harimau Berantai berkata...

sian mail org kmpung ni kalau tak sibuk2 hal org x sah! bengong!

Jengking Perak berkata...

padan muka orrg kmpung yg pemikiran kolot! hahahahhaa

Sulaiman Embong berkata...

sepatutnya jaga anak bini sndiri sudah la jgn masuk cmpur hal org! tgk kan dh malu!