Khamis, 29 Julai 2010

KATA ALLAH: WA ANA RABBUKUM



Di hari akhirat
mereka yang taksup,
mengikut ketua yang dikuti
pada kefahaman agama dibawanya.

Semuanya itu
akan dibangkitkan,
kecuali satu sahaja  kekal
mereka berpegangan sunah nabi-nabi.

Soal ibadah,
Allah menegaskan
tidak ada berkompormi lagi
cuma satu menyembah Allah yang esa.

Allah brkata
Aku ini Tuhan kamu
Tidak ada putar belit lagi
dalam ibadat kamu adalah ketetapanku.


Oleh: Nurimanbja,  2000.
Jangan mudah terpengaruh,
ikut kepahamanku masuk Syurga.



30 ulasan:

nurimanja berkata...

CERPEN SIRI KE 3 : AKU MEMANG TAK TAHU ; OLEH NURIMANJA PERAK.
_______________________________________________________________________


KEBANYAKAN persatuan macam itulah. Bila ada saja ditubuhkanpersatuan, meneru saja nak masuk., macam anak ayam dipanggil nak bagi makan, taka ada saekor pun yang tercicir, semua datang. Lebih-lebih lagi persatuan yang ada bercampur uda dan dara, maklumlah, tahu sajalah, nak cari publisiti atau nak cari baby.

Aku baru saja masuk seminggu , selepas itu mesyuarat agung. Manalah aku tahu selok belok dalam persatuan ini. Pagi aku daftar diri menjadi ahli persatuan Sedenyutrasa, petang mesyurat agung terus mereka calun aku memikul tugas, sebagai seksi ketua pengarang pula itu. Aku ingat mereka ini semua dah gila apa?

Ha! Benar-benar anih, semacam aku ini diperlukan sangat nampaknya. Patutlah Mat Noh dengan Yusof Tongkat sitiausaha dengan bendahari Sedenyutrasa atau Sedenyutnadi ini berkali-kali mempelawa aku menjadi ahli persatuan mereka. Rupanya ada tugas untuk aku.

Tetapi yang peliknya. Bagaimana mereka yakin kepada aku dan puji pula aku didepan ahli-ahli persatuan , kononnya aku ini seorang penyair, cerpenis, dramatis, kartunis. Dan tambah pula lagi, pernah memengang jawatan sebagai ketua pengarang itu di sekolah dahulu.

Hai! Geli sungguh hati aku. Semacam digeletek-geletek dan lebih geli lagi bila aku mengenangkan yang aku ini memang tak tahu apa? Mereka mengatakan aku ini tahu, Sebenarnya aku aku tak tahu apa-apa. Hai geli hati dan bertambah pelik. Bertambah jadi bengung aku.

Hari-hari kian merangkak. Semua rakaman kenangan itu bermain kembali di benak pangkal hatiku. Lebih-lebih lagi ketika aku nak masuk tidur dan hendak bangun dari tidur membuat aku selalu saja melengung panjang.

Hai aku tak tahu apa nak kata. Sebenarnya aku memang tak tahu , tak tahu aku tahu, aku bercadang nak letak jawatan daripada seksi ketua pengarang di persatuan sedenyutrasa ini sebab sememangnya aku tak tahu apa-apa.

Walaupun bagi tiap satu seksi cerpen, sajak, drama, dan kartun, ada ketua dan pengelolnya. Aku cuma sebagai pemantau saja. Tetapi aku rasa satu tugas berat bila bercadang nak terbit sebuah majallah atau akhbar kecil atau tablo untuk daerah ini.

Tetapi terfikir juga oleh aku, kalau aku letak jawatan siapa pula pengantinya? Semua ahli persatuan meletakan harapan sepenuhnya pada diriku . Jadi bagaimana? Hai bertambah berat lagi kepala otak aku memikirkannya.

BERSAMBUNG.

nurimanja berkata...

Pada zaman dahulu ada seorang miskin pergi ke pasar dia cuma melihat penjual bakar roti.
bila dia teringin hendah beli duit tiada, lalu dihamperinya tempat bakar roti itu dan cuma dapat
menghidu bau roti bakar itu sahaja lima kali. Apabila dia hendak pergi, tukang roti bakar itu
minta dia membayar harga yang dia mencium bau roti bakar itu, harga sebanyak lima darham.

Si miskin tidak ada wang, lagi pun dia tidak makan, sekadar mencium bau roti bakar sahaja. Bagaimana
mungkin dia perlu membayarnya. Akhirnya pertengkaran pun berlaku. Kebetulan ada seorang hakim yang bijaksana melihatkan keadaan itu. Lalu dia berkata, jangan susah hati wahai si miskin, saya akan
membayarnya: Sambil hakim itu mengeluarkan wang siling satu darham di tauknya ke atas pinggang
tin, berbunyi sebanyak lima kali.

Kemudian dia berkata kepada penjual roti bakar yang sumbung itu, Adakah kamu dengar bunyi
wang seliling yang jatuh lima kali tadi, lalu dijawab oleh penjual roti bakar itu, ya saya dengar.
jadi sekarang selesailah hutang si miskin ini, saya telah pun tolong membayarnya. kerana si miskin tidak makan dia cuma menghidu baunya saja, kamu juga sudah untung kerana mendengar bunyi jatuhannya seling sahaja.

Tamat.cuma renungan.

Geletek Malam berkata...

TUAN KERETA MERAH


wahai si tuan kereta merah
mana kau letak akal bengap
kenapa di kepala lutut
sedarkah dikau
banyak kereta bersusun
bunyi hon bersahut panjang
kau tetap bersahaja
terkemut-kemut macam siput
layan blues di lorong kanan
mengapa kau hadir ke jalan ni
menyusahkan si pembayar cukai jalan
ingat jalan ni kau punya
atau mak ayah kau punya
pergilah kau ke lorong kiri sana
aku dah terlambat untuk ke balai
mungkin lepas ni dimarahi atasan
ini sebab kau punya pasal!

Geletek Malam
7pagi
27.7.2010

Qalam Mutiara berkata...

ULASAN:

Kes bengang ini.Bila undang-undang tidak dipatuhi, menjadikan orang lain jadi susah, marah dan membengungkan lalu lintas dan keinderaan,mungkin kereta lembu.
Sinosis pada pengucapan atau cerita yang hendak disampaikan oleh sajak Geletek Malam. Kalau di PP waktu wel.wel. bukan sahaja tersekat dengan kereta, juga dengan tempurung kelapa tua. Walau apapun bukan lama mungkin sehari dua sahaja. Tetapi tetap jadi kesusahan juga pada penguna yang pembayar cukai jalan raya.

Yusof Lim berkata...

eh! nama saya pun ada sekali dalam cerpen ni smlm penyair agung? hehehe

Mat Noh berkata...

ni yg buat sy nk baca sampai hbis ni sbb nama saya ada sekali??? watak sampingan agaknya? he he

Saizul Maizav berkata...

eh! ada lagi nama ahli citra rasa?? hehe bila la agaknya nama sy nak kluar? hehehehehhe

Geletek Geli berkata...

eh! nama aku pun ada jgk rupanya? hahaha en nuri mmg kretif! hahaha

Jalil Janggut berkata...

dulu nama aku en nuri letak skrg nama korg plak? hehe en nuri mmg adil...

Tanpa Nama berkata...

semakin lama semakin menraik cerpen ni... smbung lagi en nuri....

Seri Suri berkata...

eh! kesian en nuri terpingga dilantik.....

Badrolshah berkata...

nama sy bila plak en nuri??? harap2 lps ni... hehehehe

Siti Alia berkata...

cis! dorg msuk persatuan ada makna rupanya?? hehehehe

Saidatul Husna berkata...

huh! kenapa ni suspen je cerpen ni... best2,...

Richard Sirosa berkata...

rupanya dorg ada yg masuk semata2 nk cari jodoh je ker? hahaha

Ku Dania berkata...

wah! pndai hakim tu! padan muka penjual roti tu...

Pak Awang berkata...

cis! kurang ajo btol penjual roti tu! cium 5 kali pun kena bayar ker?

Putera Damien berkata...

pnya berkira! cium bau pun kena bayar ke!!!

dam catur berkata...

gila apa penjual roti tu? bau pun kena bayar ker?

Brader Joe berkata...

klu aku jd miskin tu dh lama aku belasah penjual roti tu! agak2 la bau pun kena bayar??

Olie Pajudty berkata...

eh! pnya kedekut taik hidung masin selamat hakim tu pandai...

Dang Anum berkata...

agak2 la mcm ni pnya org pun ade ke?? bau pun kena bayar ker?

Emily Bayan berkata...

gila! kedekut! buat malu je! baik xpyh niaga! bau pun kena bayar...

Bob Kuli berkata...

giler ke apa penjual roti ni??? bau pun kena bayar jgk ke? kalau aku dah lama aku bakar je kedai roti tu....

Suara Rakyat berkata...

eh! sajak ni mcm menyindir je en nuri? bagus bagi pihak tu sedar sikit....

Bulan Terang berkata...

btol kata en nuri dlm sajak ni dulu sy sokong la pihak tu tp lama2 tgk jauh menyimpang plak...

Ambuyak berkata...

harap2 pihak yg berkenaan baca sajak en nuri ni bgi dia sedar sikit...

Suara Rakyat berkata...

menarik sajak en nuri setiap ayat penuh makna tersirat! hehe

Bicara Bulan berkata...

best! sajak en nuri mmg harus ditujukan kpd pihak berkenaan sbb byk sgt putar belit!

Sudin Ramlee berkata...

best jgk sajak ni terbaik! tahniah...