Isnin, 19 Julai 2010

RERAMA YANG LEMAH



Saekor rerama yang lemah
boleh terbang merentas benua
cuma ingin mencatik alam
dikebun bunga dia berteduh
kemudian melahirkan zuriatnya.

Seorang manusia yang kuat
tidak boleh berfikiran matang
sering saja merosakkan alam
dengan rangkus memusnahkan
segala keindahan di dunia ini.

Oleh: Nurimanja,
Ahad hujung minggu 5.00 ptg.
Bersamaan 18hb Julai, 2010.


19 ulasan:

Nurimanja berkata...

CERPEN RUMAJA : BERTAJUK : MENGHARAP KASIH TUNANGAN ORANG.
_____________________________________________________________________


Oleh : Nurimanja,
Bagan Serai, Perak.
Ilham 1976 taip semula 26/10/1977

PAGI AHAD.
Jam besar di tengah kota pulau mutiara jelas menunjukan kurang lima minit pukul lapan setengah pagi. Suasana bandar di pagi minggu masih lagi lengang dan sepi . Tidak lagi sesebuk pagi-pagi hari yang lain.

Barangkali ramai lagi penghuni-penghuni kota masih lagi belum bangun dari tidu lena. Mungkin hari kelepasan . Ramai kakitangan kerajaan dan suwasta yang bercuti dihujung minggu begini.

Deruan angin yang sepoi-dari ruang jendela block J, tingkat 3, nomber 4. Di kamar tidur kedua di ruang rumah dua bilik itu masih terbujur seorang anak gadis berusia dua puluh tiga tahun menekmati tidur lena yang panjang.

Maisarah masih lagi tertiarap di atas katil bujangnya. Sesekali tamparan angin menjamah tubuhnya. Pijma Munirah tersingkap keatas ditiup angin timur laut sehingga menampakkan akan pangkal pahanya yang putih dan gebu itu.

Kini sudah dua bulan Maisara menjejakkan kakinya di kota Mutiara ini , kerana bekerja
Sebagai seorang pembantu kerani rendah di bangunan Said Putra. di Jabatan Pendidikan negeri Pulau Pinang.

Pagi ini Maisarah terasa begitu malas sekali hendak bangun.Dalam kotak pemikiran berpintal-pintal pertanyaan dan kenangan manis yang dirasainya pertama kali datang dalam hidupnya.

“Aku ingin menemuinya. Tetapi bagaimana?” Bisik hati kecil Maisarah.Dia cuba mencari jalan, inilah kali pertama dia cuba memberanikan diri. Dia bercadang untuk menulis sepucuk surat.

Kini Maisarah cuba mencari ilham dan merangka isi lambaran di dalam kota pemikirannya. Beberapa helai di tulis dan dikoyaknya semula dan dilontarkannya ke dalam bakul sampah. Sehingga lima enam helai kertas ditulis diperonyok, masih juga tidak menjadi.

BERSAMBUNG.

Pak Ngah But berkata...

1 KAPAL EMPAT KELASI

hebat...kagum
satu kapal empat kabin
satu nakhoda empat kelasi
gagah meredah lautan luas
kukuh menempuh gelora badai
si nakhoda tinggi peribadi
ilmu pelayaran penuh di dada
tanpa sekelumit rasa sangsi
kapal belayar terus ke destinasi
empat kelasi serasi berganding
janji payung emas
tersemat di kalbu
pada si nakhoda terus berbakti
si nakhoda terus berdiri
gagah mengawal arah pelayaran
sunnah rasul jadi ikutan
satu suami empat isteri


Pak Ngah But
Kedah
14.7,2010

Qalam Mutiara berkata...

ULASAN:

Sesuatu yang ada sedikit kelainannya sajak Pal Ngah But kali ini. Sajak bertajuk 1 Kapal Empat Kelasi. Pengucapannya pada perbandingan satu kapal mungkin sebuah kerajaan diperentah seorang tokoh yang berwibawa bersama empat orang pembantu atau timbalannya. Dengan penuh tabah mengharung lautan yang bergelora berdepan berbagai cabaran, angin rebut, jerung dan bincana. Namun jika niat itu ikhlas semoga Pelayaran dapat restu anak buah semuanya. Amin.

ULASAN:
Oleh; Qalam Mutiara

Qalam Musofa berkata...

pelik jgk kenapa maisarah ni?

Nama Aku berkata...

apa jd dgn maisarah??? pelik jer...

Angker 13 berkata...

ni cerpen pasal apa??? suspen plak?

Saizul Maizav berkata...

la..ingatkan cerpen kentut td??? hehhee

Abul Hassan berkata...

mcm cerpen musnahnya 1 penantian jer cerpen ni..

Sulaiman Embong berkata...

en nuri byk pakai nama ahli blog ni dlm cerpen en nuri dulu jalil? seri? skrg maisarah plak? lps ni sapa la??? hehe

Kembara Budiman berkata...

cerpen jiwa2 ke cerita maisarah ni?

Maisarah berkata...

maisarah tulis surat cinta ker?? alamak! malu sy...

Brader Joe berkata...

kenapa plak ni?? suspen plak cerpen ni??? ape2pun nnt nk try baca lagi...

Danial berkata...

sajak rama2 ni pasal apa?

Sudin Ramlee berkata...

sajak rama2 ni pasal kehidupan manusia ker?

Ali Conan berkata...

sajak rama2 ni agak susah sikit nk phm...

Angker 13 berkata...

sajak rama2 ni mmg sukar nk paham....

Mat Noh berkata...

sajak rama2 ni mmg misteri qalam nnt ulas.......

Bob Kuli berkata...

pelik sajak rama2 ni? pasal apa ni???

Qalam Mutiara berkata...

ULASAN:

sajak en nuri kali terlalu biasa saja. kisah kehidupan dua makhluk,
ciptaan Allah swt.tetapi cuma pada perbandingannya sahaja berbeza;

Rerama lemah kejadiannya, tetapi mamputerbang beratus batu jauhnya demi menyambung zuriatnya dan mencatikkan alam maya ini di kebun-kebun bunga.

Manusia lebih kuat, tetapi sering
merosakan alam ini dengan tangan rangkusnya, korek pasir, tebang hutan, sesuka hati mereka, ini menumbulkan bincana alam. SEKIAN