Ahad, 11 Julai 2010

PENANTIAN TIADA PENHUJUNGNYA


-buat sahabat kawasan sibu serawak-

B E T A P A P U N  !
kalau kalian telah membicarakan
sesiapa pun tidak akan mengerti
tentang perjuagan yang belum pasti, 
kerana tiap janji tidak pun ditepati
terasa bagai dibuai mimpi-mimpi ngeri,

G E M P U R N Y A !
cuma canang sahaja seluruh rantau
tetapi hasil perjuangnya bagai tiada
selogan penuh serangan tampa sempadan
hala perjuangannya pula entah dimana,
langkah perjalanan juga tidak terarah,

G E R T A K N Y A !
Jika didengar memang cukup terpesona
angin perubahan tegakan kesaksamaan
janganlah kalian harap boleh membela
kerana haluan kalian berbeza agenda
ingat demi bangsa agama dan  negara

A K H I R  N Y A !
hentikan kekalutan yang merosak minda
jangan biarkan petualang mengapai cita.
jika dibiarkan negara jadi purak peranda
kalian telah menekmati rasa kemerdekaan
berjuang demi bangsa, agama dan negara
usahlah kalian tertipu dan teperangkap
dengan penantian yang tiada penghujungnya...

OLeh; Nurimanja,
Kedai Mara, Bagan Serai,
jam 12.00 tngahari. 2010.
.

32 ulasan:

PENYAIR AGUNG berkata...

BERMAIN PEMAINAN

Hidup kita manusia ini
memang mesti jadi pemain
atas panggung alam
dunia mempermainkan kita
kitapun bermain.
kerna hidup satu permainan
maka bumipun adalah sebiji bola
kitapun hidup dalam sebiji bola
yang ditendang, ditimang, ditanduk
dan disepak sesuka hati
kitapun bergolek dan berputar
pada orbit yang menerbit
pastinya rasa kemanusiaan itu
jadi bola yang dipermainkan.
lalu muncul Sang Juara dan Tertewas
Sang Juara itu
terus hidup dalam permainan
dan yang tertewas itu
akan terkeluar dari permainan
untuk hidup dalam kehidupan
bukan dalam permainan.


PENYAIR AGUNG
Pahang
5pagi

Qalam Mutiara berkata...

ULASAN:

Penyair Agung dengan sajaknya yang bertajuk: Bermain Permainan, dalam al Quran pun ada juga menyatakan ; "Dunia ini tempat bermain dan suka-suka," pentasnya alam ini , manusia pelakunnya, penuntun pula mungkin para malaikat yang akan cuba mencatat segala lakunan dan permainan kita selama ini.

Sajak perbandingan yang mempunyai sinis yang tajam buat renungan mereka yang masih belum megerti. Daripada Penyair Agong . Syabas!

Nurimanja berkata...

CERPENSIRI6 : BERTAJUK : MAIL GILA BERISTERI ANAK JANDA KAYA.
____________________________________________________________________


Selepas solat issyak, kelihatan di rumah Tuk ketua kampong Nibung Hangus lampu gaslen dipasang terang berderang. Ada dua tiga orang sudah pun hadir, ada juga yang balik dahulu ke rumah. Kemuian datang semula mesyuarat akan di adakan jam 9.30 malam ini. Semua ahli dan AJKK di jemput hadir.

Semalam mesyurat AJKK sahaja, mala mini diminta sokongan ahli qariah pula masalah kampong kita yang dicemar kemaksiatan. Keputusan malam ini mutamat, kita akan tangkap saja Mail gila malam ini. Begitu bunyi cadangan Tuk ketua kampong.

“Kalau boleh saya tak mahu melihat anak buah kampong ini membuat cemar. Kalau nak merantau merantau saja, jangan pula nak tunjuk jantan , bawa balik anak gadis orang di kampong ini, saya banyak kerja lain lagi yang belum selesai.” Runggut Tuk Ketua kampong Nibung Hangus.

Orang-orang kampong yang hadir berpandangan sama sendiri, salah seorang daripadanya pun bertanya; “Apa tujuan Tuk ketua panggil kami mala mini? Ada mesyuarat tergempar ke?” Sampok Mat Isa tok mek.

“Engkau tak tahu, Mail gila dah buat hal lagi, dah dua malam dia bawa balik betina, malam tadi kami tengok dia tambah seorang lagi, Nampak macam berumur tetapi seksi, teruk Mail ini, habis anak bini orang dia angkut,” tampah usof prek pula.

“Apa Mail gila buat hal lagi? Bawa balik dua orang betina di kampong ini? Ahh! Ini tak boleh jadi. Kita mesti bertindak. Nanti Nampak sangat orang di kampong kita ini dayus sangat ! “ sinis geram nampaknya Sani mat yunus.

“Itulah tujuan aku panggil kamu semua berkumpul mala mini, kita bincang bersama, apa yang patut kita buat. Nak bagi tahu pejabat agama kea tau kita saja bertindak, nak tangkap bagi kawin , tangkap basah. Ha ha “ kata Tuk ketua sambil ketawa dan dikuti pula oleh orang ramai.

“Bila lagi nak mulakan mesyuarat dah pukul 9.30 malam ini, orang pun dah ramai ini,?” kata Hasim Aak.

“Semuanya dah datang, tetapi mana pula pergi Tuk Iman Pak Ngah Halim ini? Dia kata tadi nak balk sekejap. Tak Nampak batang hidung pun.Tak mengapa , kita tunggu sekejap, nanti dia datanglah tuu,” Tuk ketua kampong Nibung Hangus minta anak-anak buahnya bertenang.

BERSAMBUNG.

Suara Pulau berkata...

INFOSEMASA KEKALAHAN YANG SEMACAM DISENGAJA .


jerman sebenarnya boleh sahaja membelasahkan Spain dalam pelawan separuh akhir tetapi nyata mereka sengaja untuk memberi kebenaran agar ramalan sotong korita digelar Paul itu jadi kenyataan, seolah telah dirancangan bagai satiu perjanjian.

Jerman langsung tidak mengunakan tiga sentaja pemusnah mereka sewaktu bermain; 1 rembuk jauh 2. bola caver 3. counter atteck :
sama ada dengan kaki atau kepala.
lari serentak beriringan.TIDAK ADA
mungkin ada orang yang menangis sebab tidak tahu ada agenda sotong korita.

Bermain hantar kebelakang, banyak berjalan dari belari, seperti sengaja untuk cuba menghabiskan masa. Semangat sebenar sengaja tidak dijelmakan,membuat penyokong marah dan amat menjijikan. (cuma satu andaian saja)

Jika benarlah sotong pandai buat andaian mengapa pada ramalan bola sahaja? kita pun boleh buat.

Ajarkan sotong korita itu dengan bekas yang mungkin diletakan bau pewangi pada bekas kekotak makannya. kemudian kita masuk bendera negeri yang akan kita tentukan kalah atau menangnya.

Bila sotong itu diminta menyelam dia akan mencari kotak yang berbau wangi itu. (cuma satu andaian saja)

Dan bookei-bookei ini akan cuba mengatur semua strategi dan mungkin ada sadikit habuan untuk kuncu-kuncu ini. Dan yang telah diperbodohkan adalah kaki judi
yang menyokong kemenangan yang sengaja diberi kalah. (cuma satu andaian saja)

Tengku Anita berkata...

wah! x hbis lagi ke cte mail ni? panjangnyer...

Golok Buta berkata...

eh! dorg buat mesyuarat nk cekup mail ker??? wah! semakin dramatik cerpan ni...

Busur Berduri berkata...

eh dorng nk serbu mail ke? kantoilah mail nnt...

Usop Nayan berkata...

pak ngah hali xdtg plak? dia pun berpakat dgn mail ape?

Harimau Berantai berkata...

mampus mail! kena cekup la nnt...

Koi Aouk berkata...

eh! ape jd agak2 mail ni boleh selamatkan diri x nnt?

Faisal Syafie berkata...

rasanya kena tangkap basah mail ni.... hehehe

Pak Awang berkata...

mcm cerita wak plak? hehe rasanya bila kena tangkap nnt semua org mail bunuh ape????

Sharifah berkata...

ape la jd kat mail ni? kena pkul dgn org kmpung nnt ni...

Bumi Hijau berkata...

eh! kurang ajaq jgk mail ni slumer je bawak balik pmpuan...

Malik Wariya]\ berkata...

mmg cari penyakit la mail ni.... hahaha

Brader Joe berkata...

cis! semua kena tipu oleh sotong!

Petualang Tiga berkata...

patutlah pelik kenapa ramalan sotong asyik btol jer...

Madah Pujangga berkata...

semua kena tipu oleh sotong! pandai org buat akal...

Sudin Ramlee berkata...

nmpknyer sotong ni dh ada agenda dari mula lagi...

Saizul Maizav berkata...

pendapat en nuri ni kalau bagi kat penyokong pasukan yg kalah sah kena belasah pemilik sotong ni....

Qalam Musoffa berkata...

wah! logik jgk pendapat en nuri ni... hebat!

Suara Rakyat berkata...

nmpknye 1 dunia ditipu oleh sotong!!!

Olie Pajutdy berkata...

patut tgk ari tu perlawanan serperti di rancang jer...

Angker 13 berkata...

rupanya dari mula sudah dirancang! untung bookie2...

Geletek Malam berkata...

en nuri dapat mne psl info sotong ni? dlm paper xde pun?

dam catur berkata...

pelik jgk kenapa germany yg kuat boleh kalah??? rupanya dsorg dh pakat...

Roslan Bidin berkata...

ape2pun mmg perlawanan mcm diibeli jer....

Pak Ngah But berkata...

en nuri kaji semua rupanya x terpikir plak sy sebelum ni....

Ku Dania berkata...

1 dunia kena tipu helah oleh sotong!

Firafsat Hikayat berkata...

pelik jgk di mana pak ngah halim?? mail bunuh ker?

Kota Gersang berkata...

mail bwk sekali 2 pmpuan! giler gatal mail ni...

PENYAIR AGUNG berkata...

PATUNYA ORG KMPUNG TAK BOLEH TERBURU2 SEPATUTNYA TANYA DULU SAPA PMPUAN TU???? MANA TAHU TU BINI DAN ANAK TIRI DIA????