Ahad, 25 Julai 2010

PENANTIAN SATU PENYEKSAAN



Penantian,
sesungguhnya
Kau sering menyeksaku
Di ruang waktu di benak sepi.

Penantian,
Sesungguhnya
Kau cuma penjara bagiku
Mempegadaikan usia remaja

Penantian
Sesungguhnya
Sampai  bilakah  aku begini
Membunuh remaja  sebelum tua

Oleh: Nurimanja,
Halaman Mahsuri,
Bayan Baru,
24hb, june, 1986


13 ulasan:

nurimanja berkata...

CERPEN RUMAJA SIRI KE 7 :(AKHIR) MENGHARAP KASIH TUNANGAN ORANG.


SEJURUS kemudian Maisarah keluar dengan senyumnya yang memnjang. Bertambah
Ayu lagi wajah Maisarah pagi itu bila mengenakan spectacle putihnya, kerana lewat kebelakangan matanya ada gangguan sadikit.

“Aku ingat kau nak kemana pula tadi?” kata Salmy, sambil mendekati tunangannya.
Anak muda itu mengangkat sadikit mukanya , dan memperkenalkan diri sambil menghulurkan tangan
“Saya Yusrii…”
“Kauu Cikgu Yusrii…”
“Eh! Eh! Kalau tak salah saudari ini Maisarah yang pernah bekerja di Pustaka Abadi . kedai buku di Bagan Serai dulu?”
“Ya! Saya..”

Sambil menganggukkan kepalanya, dalam hati Maisarah terasa segala harapannya telah musnah, hancur berkecai seperti kaca jatuh ke batu. Tetapi rasa keimannya yang masih tebal itu berbisik pula . sudah di takdirkan . jodoh mereka.

“Patutlah tak nampak lama di Pustaka Abadi itu? Dah lama kerja ” kata cikgu Yusri, anak muda yang hampir mencuri perasaan hatinya itu.
“Jadi Abang Yus dah kenal la dengan Maisarah ini..?”
“Apa tak kenal pula, setiap hari abang membeli akhbar di Pustaka Abadi itu,”
“Kalau begitu tak payahlah lagi Salmy perkenalkan..”
“Ahh! Apa salahnya, dulu abang kenal Maisarah ini di antara pembeli dengan penjual, tetapi..”
“Tetapi hari ini abang kenal Maisarah teman serumah dengan Sal..” kata Salmy.

Salmy terus ketawa diikuti pula dengan cikgu Yusri.kerana peristiwa yang tidak diduga itu terjadi. Tetapi buat Maisarah , dia Cuma mengulum senyum untuk menyembunyikan perasaan hatinya selama ini.

Sewaktu Salmy dan cikgu Yusri berbimbingan tangan keluar meninggalkan ruang tamu itu. Maisarah terasa satitik air jernih dari kelopak matanya jatuh di atas lengannya. Dan pecah, begitulah terasa harapan hatnya pun turut berkecai.

Maisarah segera berlari menuju ke kamar tidurnya, lalu menghempaskan dirinya ke atas katil. Di situlah dia melepaskan tangisan kekecewaan sepuas hatinya.

Kini dalam hatinya penuh terharu, mengapa perkara begini boleh berlaku?Tidak ada jejaka lainkah untuknya. Maisarah terasa dunia ini semangkin sempit baginya.

S E L E S A I ..

Tanpa Nama berkata...

Setengah itu bukan main sumbong lagi dan lupa segalanya. Malah ada pula yang menentang pihak
pemerentah, segala pemberian dan jasa pemerentah langsung tidak dikenang malah sentiasa saja
ikut serta jika ada demontrasi jalanan, menyokong membabi buta, seperti lembu dicucuk hidung.
hari ini ada petanda sadikit, bila bulan Allah(Rajab) datang dan sedia mengambil dari pengajaran dan iktibar peristiwa Israk dan mikraj yang digambarkan oleh Nabi Muhamad SAW kepada umatnya diakhir zaman. Amin!

Pedang Kesatria berkata...

TANAH AIRKU

aku telah jauh....
rasa ingin pulang
memang aku lihat jalan pulang
dibawah awan
dibawahnya lautan
aku juga melihat tanah airku
tanahku dan airku
ini bumi yang kupijak
bumi yang dimana
langitnya kujunjung
dimana jasadku akan bersemadi
menyuburkan bumiku tanah airku
tunggu kepulanganku..


Pedang Kesatria
Kota London
2pagi

Qalam Mutiara berkata...

ULASAN:

Hujan emas di negeri orang hujan batu negeri sendiri kata orang dulu kala. Kekadang Ada benarnya juga, kesusahan bagaimana sekalipun rindu kepada tanah air tetap juga Mengoda. Sebagaimana kita rindi ibubapa. Begitu juga tanah tumpah darah kita atau
Ibubak kita. Sesekali terasa sayu bila berada diperantauan, walaupun gajisebesarmana, Kerinduan pada keluarga dan negara terlalu sukar untuk dinilai.Sajak Pedang Kesatria
Dari kota London . Agaknya rindu Pedang Kesatria kian tenat kepada Golok Buta dan keluarga. Semoga dapat kembali. Amin.

Saizul Maizav berkata...

eh! esok cerpen kentut plak ye en nuri? hehe

Sulaiman Embong berkata...

sepatutnya tajuk en nuri kena buat suspen sbb bila dh baca tjuk kami smua mcm dh thu cerpen ni.... hehe

Abul Hassan berkata...

dh agak dh msti cikgu tu maisarah minat selama ni...

Brader Joe berkata...

la...dia nak ambik spek rupanya??? hahaha

Mona berkata...

apalah maisarah ni mcm xde laki lain je??? hehe

Angker 13 berkata...

eh! sian maisarah hancur lebur hati dia...

Mat Noh berkata...

apa jd kat maisarah lps tu?? jgn dia bunuh diri sudah sbb kecewa...

Yusri Nawab berkata...

eh! nama aku pun masuk jgk ke??? hehhee

Jalil Janggut berkata...

cerita ni boleh tahan jgk tp best lagi cerita jalil... hehhee