Ahad, 18 Julai 2010

MELAYUKU PERLU BERSATU



Melayuku!
jika kalian mahu maju
kena ada semangat bersatu
walaupun berlainan fahaman parti

Melayuku!
jangan mudah diperbodoh,
dengan  dendam dan bermusuh
kerananya merugikan bangsa sendiri.

Melayuku!
kemana kalian mahu pergi ,
jikalau  telah pecah sampai tiga
jumlah kecil ini orang lain ambil kuasa.

Melayuku!
gunalah minda yang matang,
sejarah lama pernah mengajar kita
panglima ketot membuka pintu Melaka.

Oleh: Nurimanja,
Bila pengkianat jadi pemusnah
lewat dua tiga hari lalu, Julai, 2010



15 ulasan:

nurimanja berkata...

CERPEN KANAK-KANAK: SIRI 6. BERTAJUK: KERANA KAMPUNGKU
___________________________________

Siri Akhir:

SETELAH marine kami menghampir bot pengganas komunis itu. Beberapa orang dari pihak anggota pasukkan keselamatan itu segera melompat ke dalam bot itu.

“Tuan! Ada seorang tua terikat kaki dan tangannya telah terbunuh. Lihat di kepalanya ada dua das tembakkan dari jarak dekat.” Pekek seorang daripada Anggota pasukkan keselamatan itu.

“Iya! Benar tuan!!.” Kata sarjan Jugah pula. Sambil menunjukkan ke arah orang tua yang sudah kaku terbaring itu.
“Ini tentu pihak pengganas yang melakukannya.” Kata tuan Inspektor pula setelah melihat dengan penuh teliti.

Aku pun bergegas melompat ke dalam bot pengganas komunis itu, setelah aku dapati tidak merbahaya lagi. Bila melihat saja wajah orang tua yang terbaring kaku kena tembak itu tadi, aku menjadi lemah dan sebak dadaku hendak bernafas.

“Bapaaaaa!!!...”
Alangkah terkejutnya aku, rasa tidak sedar aku memekek sekuat hatiku memecah seketika sehinangan yang baru reda sebentar tadi

Rupanya bapaku telah ditangkap oleh pihak pengganas komunis kemudian mereka menembaknya. Aku yakin, Ini mungkin disebabkan kehilanganku dari kampung malam tadi, membuat mereka marah dan menyeksa bapaku.

Selepas itu aku tidak sedar lagi apa yang telah berlaku seterusnya. Bila aku sedar, aku melihat kipas berputar di ceiling, rupanya aku berada di rumah sakit kuala Bagan Semak. Tuan Inspektor menasihati aku.

“Kasi, kau telah berjasa kepada kampung dan tanah airmu.Walau pun bapamu kamu telah pergi.Pihak pemerentah di jabatan pendidikan akan membiayai segala persekolahan kamu.” Kata tuan Inspektor Julaihi Ujang.

“Terima kasih tuan,” aku bersyukur kerana dapat meneruskan pelajaran Walaupun bapaku tiada, ibuku juga sudah lama pergi . Aku akan berjanji, bila aku dewasa nanti.

Aku akan menjadi seorang anggota polis atau pun tentera. Aku akan menuntut bela di atas kematian bapaku itu. Demi negara dan tanah air serta kampungkuyang tercinta.

S E L E S A I .

Ku Dania berkata...

MEMBEKU

Berbaring di jalan batu
tubuh lesu saraf kaku.
Jiwa sempit
memerhati langit luas;
burung terbang bebas
arah berpandu sayap dan mata,
manusia menjerit;
menjilat derita perit
kebenaran masih terluka
suara masih lagi
memamah rasa pahit.


Ku Dania
Kuala Lumpur
14.7.2010

Sipaun Supain berkata...

la..sian bapak panau ni pun dibunuh...

dam catur berkata...

dh agak dh tu la bahaya panau ni ambik risiko lagi..

Kota Gersang berkata...

cis! kejam! dorg bunuh bapak panau...

Guest berkata...

tu la panau ni bahaya spatutnya bwk bapak dia sekali..

Ali Omar berkata...

eh! hbis mcm tu jer??? apa jd kat panau lps ni?

Abang berkata...

ni msti ade tali barut yg repot...

Busur Berduri berkata...

ha! patutlah dorg dh thu dr mula rupanya...

Puteri Bunian berkata...

mcm mne dorg thu panau pegi jmpa polis??? ade spy ker?

Julia berkata...

eh! dorg dh ambik tebusan dulu....

Mona berkata...

eh! hbis mcm tu je ke? hbis panau jd apa?

Abul Hassan berkata...

sian x pdt diselamatkan bapak panau...

Geletek Malam berkata...

huh! muka penyu lagi cekap sblm dia kena tangkap dia dh bunuh bapak panau...

Qalam Mutiara berkata...

ULASAN:

Sajak mengunakan perbandingan alam benda dan semulajadi jugakehidupan untuk meluahkan rasahati di dalam yang terbuku dan membeku. Kali ini datangnya daripada Ku Dania dengan tajuk pendek MEMBEKU. Bagai terasa kedhaipan sesorang itu dalam dia memerhati kebebasan langit luas dan beburung terbang bebas terasa dia ingin turut serta.

Tetapi apakan daya keadaan bagai menolak semua yang nyata dan masih dibelenggu rasa kejahilan untuk menilai kebenaran, lalu hiduplah dalam kepahitan dan derita . Kini perlulah sedar untuk berubah.Amin.