Rabu, 21 Julai 2010

DIGELAR KETUA KURANG MEJORITI







Dulu mereka bisa diluar kelumpok,
mahu saja berlaku cakar mencakar
kutuk mengutuk, hentam menghentam,
gelar mengegelar dan caci mencaci
malah maki hamun sumpah seranah
putarbelit, merakah, fitnah dan tohmah.

Kini ada kerjasama, tiada lagi istilah;
langkah mayat, ulama trompah, kapir mengapir.
meletak hukum ikut kepentingan sendiri,
orang cina kata; cakap tatak selupa bikin.
India kata; dengar boleh percaya jangan,
Melayu pula; jangan jadi munafik tulen.

Oleh; Nurimanja,
catatan dari blog seteru BN
beberapa bulan yang lalu julai, 2010.
 


20 ulasan:

nurimanja berkata...

CERPEN RUMAJA SIRI KE 3 : MENGHARAP KASIH TUNANGAN ORANG.
________________________________________________________________________


KERAPKALI bila Maisarah cuba menghulurkan akhbar yang dilangan oleh cikgu muda itu, sengaja dia tidak mahu menyambutnya. Malah dia cuba merenung muka Maisarah lama-lama membuat Maisarah jadi resah.

Dan daripada renungan itulah maisarah rasa tidak tertahan dibuat begitu. Dan dari rasa tidak tertahan itulah Maisarah terpaksa menguntum senyum kepada cikgu muda itu. Inilah yang menjadikan Maisarah geram tetapi suka.

Bila senyuman itu diterima dari Maisarah, barulah guru muda itu menyambut akhbar harian yang dilanggannya dan mengucapkannya terima kasih, kemudian barulah dia mengerakkan vispanya berlalu pergi.

“Nakil betul guru muda ini,” bisik hati kecil Maisarah. Sesekali terasa juga hendak marah dan geram tetapi sebagai pekerja tetap juga mesra alam.

Pernah satu hari Maisarah jadi gelisah setiap pekerjaannya bagai tidak menjadi bila didapati guru muda itu tidak datang mengambil akhbar harian langanannya saban pagi. Malah wajah guru muda itu datang pula terbayang-bayang diruang matanya di kala sunyi.

Akhirnya di satu hari Maisarah dapat juga mengenali siapa guru muda itu.. melalui seorang pelajar perempuan yang sering datang ke kedai buku Pustaka Abadi Abul Hassan. Kebetulan pula pelajar tu anak murid cingku muda itu.

“Hari ini aku akan cuba menulis surat kepadanya,” bisik hati Maisarah dalam hatinya.

JAM besar di tenag kota Mutiara menunjukan tepat pukul sembilan pagi. Sang mentari kian meninggi memanjat di dada langit. Angin sepoi bahasa dari laut sudah lama berhenti Maisarah masih dibuai lamunan yang memanjang , sesekali wajah cikgu muda itu
bermain di ruang matanya.


Tuk! Tuk! Tuk! Ada bunyi ketukkan di pintu kamar Maisarah. Lamunan Maisarah terhenti. Pintu kamar Maisarah itu ditolak perlahan-lahan dari luar, tidak berkunci.

“Hai! Maisarah , belum bangun lagi ke? Boleh masuk?”

Tegur Salmy , temannya yang telah pun tercegat di muka pintu. Dia berpkaian baju kurung berwarna biru laut pagi itu. Semacam mahu keluar atau temu janji.

Maisarah pura-pura mengeliat seperti orang baru tersedar dari tidur.

BERSAMBUNG.

Suara Pulau berkata...

SAEKOR SESUMPAH (B)

Hidupnya
saekor sesumpah,
mempunyai warna berbagai
mengikut situasi setiap tempat,
pandai menari dan melompat
mumutar lidahnya dengan cepat
sesiapa melihat cara dangayanya
pasti terpesona dan terpedaya
itulah taktik saekor sesumpah
mencari mangsa jadi habuannya.

Oleh : Suara Pulau,
Pulau Mutiara.
2008/2009.

Orang Lama berkata...

AKAL SEMPIT

akal masih sempit
jalan masih terjingkit
masih mahu membelit
walau diri tersepit
pantang nampak hidangan
terus hulur tangan
tangan penuh kuman
tanpa kunyah terus telan
pantang beri muka
kaki terus di kepala
kepala siapa pula
kepala orang kita
jalan lurus di hadapan
jalan bengkok jadi pilihan
semua lupa tuhan
mata salut intan


Orang Lama
diberanda rumah
9pagi

Qalam Mutiara berkata...

ULASAN:


Dua sajak hari ini Dari suara pulau
masuk pintu belangkan. sajak SESUMPAH pernah dibaikod oleh en nuri dulu (B)kini nampak belang sesumpah banyak yang pecah, dibenarnyanya.x perlu ulasan.

Sajak orang lama bercerita tentang mata kebendaan dan sikap mabuk kuasa sekor dua manusia yang biar berpatah arang kalah, asal jadi abu, biar mati bergalang tanah, tidak ada hati dekeras batu, kata jangan dikota, biar badan rosak binasa, selagi dendam kesumatnya belum tercapai, biar agama, biar bangsa, biar negara rosak binasa. Itulah luahan yang selayak tepat untuk Orang Lama meluah segala kata. Geram ada, marah pun ada. Kita cuma berdoa tunggu masa yang akan menentukannya.tak kan sampai nak baca yasim solat hajat minta tuhan tunjuk?

ULASAN Oleh Qalam Mutiara

Laut Gelombang berkata...

aiseyh! siap pandang muka lama2 dulu bru ambik surat khbar tu?? hehe

Nik Aziman berkata...

perghh!! romantik jgk cikgu muda tu kat maisarah klu dh ske masuk je la meminang trus...

Kembara Budiman berkata...

wah! jiwa2 btol cerpen en nuri kali ni? hahaha ni yg aku ske ni...

Ali Omar berkata...

eh! ni mcm perigi cari timba jer??? hehe

PENYAIR AGUNG berkata...

MUNGKIN SALMY TU TUNANG CIKGU MUDA TU AGAKNYA?? SEBAB DAH TJUK PUN MENGHARAP KASIH TUNANGAN ORG..

Dania; berkata...

eh! nmpknya maisarah dilamun cinta..

Lelangit Biru berkata...

eh! doktor tu x ngorat maisarah ker?

Saizul Maizav berkata...

mcm dh thu je kesudahan cerita ni? msti cikgu kacak tu dah kawin agaknya...

Badrolshah berkata...

maisarah dah angau la... hehehhe

Angker 13 berkata...

siap nk tulis surat lagi kat cikgu muda???? hehe

Bumi Hijau berkata...

cikgu muda xthu la minat ke x kat maisarah tu?

Kota Gersang berkata...

sajak politik plak kali ni?? hehehe

Guest berkata...

sajak ni berkenaan pasal apa???

Seri Suri berkata...

eh! sekali 3 bangsa kata dalam sajak ni??? hehe

Sulaiman Embong berkata...

sajak ni en nuri tujukan kepada Menteri mana? sipolan tu ker???

Abul Hassan berkata...

salmy ni sapa plak??? mngkin aku rasa nnt msti salmy pun ada hati kat cikgu muda tu...