Jumaat, 2 Julai 2010

KISAH SELOKA IMAM AL GHAZALI ramullah



Apakah satu kian jauh dengan kita?
Berbagai jawapan murid-muridnya benar
paling benar sekali kenangan masa lampau.

Apakah satu kian dekat dengan kita?
Berbagai jawapan murid-muridnya betul
paling betul sekali datang hari kematian.

Apakah yang paling besar di dunia ini?
Berbagai jawapan murid-muridnya tepat
paling tepat sekali rasa hawa nafsu besar. 

Seloka soal jawap imam al ghazali,
citera penuh maana dan sinis yang tajam
buat pengertian dan tatapan sebuah kehidupan.


Oleh: Nurimanja
Catatan Penceramah disurau.
diolah secara bebas untuk renungan,
tanggal 10 Rejab 4031h/diterbitkan 2/7/2010.

26 ulasan:

nurimanja berkata...

PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ SIRI 18 : TARIKH 2/7/2010

GAMBARAN 13.

Nabi Muhamad saw terdengar panggilan disebelah kanan (panggilan Yahudi) dan panggilan di sebelah kiri (pangilan Nasrani)
Gambaran peritiwa ini, bagaimana budaya hari ini kita umat Islam telah pun terpengaruh dengan cara hidup orang Yahudi dan juga Nasraani. Contoh mudah: makan di atas meja kaki berjuntai, main bola sepak, rumah dua tingkat, makan dengan sudu,dan minum dengan stero.Pakaian yang bergantung dalam ala mari itu adalah tempat sarang yaitan dan iblis. rumah yang di petekkan getar itu tiap kali dipetek dimainkan sekor iblis akan lahir. bertopi sodok atau cap bukan berserban. buang janggut dan misai, ibubapa jadi hamba abdi kerana menjaga cucu kerana anak menantu semuanya keluar pergi bekerja.dan banyak lagi dlln.


Iktibar dari gambaran peristiwa ini:-


1. Yahudi dan Nasrani adalah musuh ketat dan tradisi bagi orang Islam

2. Golongan ini sentiasa berusaha membuat berbagai peranannya untuk
menghancurkan umat Islam dengan berbagai pengaruh yang melekakan.

3. Setiap orang Islam mesti peka dan waspada dengan taktik dari kedua gelongan ini cuma ntuk memesungkan akidah agama kita.

Firman Allah dalam Al Quan surah Al Baqarah ayat 120; Kira ertinya:

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan meredhai engkau, sehinga engkau mengikut jejak langkah mereka (iaitu cara hidup mereka hari ini)"

Sebab mereka dahulu pernah jadi bangsa yang ditindas, merempat tiada negeri,hari ini mereka bangun untuk menjadi bangsa yang akan menindas bangsa di dunia.
khususnya umat Islam.

BERSAMBUNG.

nurimanja berkata...

SIRI 3 CERPEN: PERGINYNYA BERSAMA INGAUAN OLEH: NURIMANJA
___________________________________


KEMUDIAN Tuk Wan Durani menyambung kembali kerja itu, dia meraut lagi bilah-bilah buluh yang belum dirautnya itu, mana yang telah siap disusun mengikut saiz dan dikara jumlahnya, barulah diiakt diletak di tepi dinding.


Sesekalu Tuk Limah terdengar suara Tuk Wan Durani bagai menempek atau mengeluh serta mengertap gigi dan bibinya, jika bilah buluh yang dirautnya itu ada patah ataupun sayong. Hal ini amat difahami oleh Tuk Limah.


Pada satu ketika , Tuk Limah nampak wajah Tuk Wan Durani begitu berseri-seri rupanya, lalu dia menghampiri Tuk Limah, lantas berkata; “Limah ini wangnya, harga bubu yang aku jual tadi, tidak banyak cuma tiga puluh ringgit sahaja, kau belilah apa yang patut,”


Tuk Limah menyambutnya dengan kedua belah tangan,berseta hatinya gembira, lantas Tuk Limah mencium wang kertas itu, seolah seperti dia beryukur kepada Alah swt atas rezeki yang diberi, kemudian dimasukkannya dibawah lipatan kain.


“ Pagi-pagi esok aku nak menorah getah , ambil upah di hujung kampong, Sebelah petang aku nak mencari buluh buat bubu lagi di kebun seberang.” Kata Tuk Wan Durani kepada Tuk Limah di satu malam


Begitulah sikap Tuk Wan Durani selalunya. Hasil ambil upah potong getah dan jualan bubunya itu diserahkannya kepada Atuk Limah. Dia meletakan penuh harapan soal belanja dapur dan peralatan rumah kepada Atuk Limah.


Tuk Limah masih ingat lagi, bagaimana Tuk Wan Durani meletakan penuh kepercayaan kepadanya, sehingga tembakau lambak kegemaran rokok daun nipah Tuk Wan Durani dia yang membelinya.


Tuk Wan Durani tidak pernah makan atau minum di kedai kopi, tidak pernah membeli sesuatu yang sia-sia, Malah apa yang dibeli olh Atuk Limah , itulah yang diterima, termauk juga pakaiannya , Tuk Wan Durani tidak pernah membantah.

BERSAMBUNG.

Guest berkata...

KOTA KATA

terbina kota
di atas kata-kata
bagaikan mahligai indah
dalam impian
dapat dipandang
namun bukan untuk dipegang

tiada janji
tiada harapan ditaruhkan
semuanya bagai angin
serta membiarkan takdir
menentukan arahnya sendiri
yang tak pasti

tangan kiriku
mengenggam bara
tangan kananku
entah mengenggam apa
ada terdengar suara
tapi entah dari mana
entah suara siapa

kota diatas kata
didalamnya sebuah cinta
hangat dan membara
seperti 7 lautan api
kemudian sepi
kemudiannya mati


Guest
5pagi
kota kinabalu

Qalam Mutiara berkata...

ULASAN:

Sajak Guest jauh kau mengembara rombongan ke? Kota Kata sajak kedua agaknya,Pengucapannya bagai menagih janji , biasanya bila kita berkata, kena kota apa saja yang dikata. Walaupun dalam bentuk khayalan, belum lagi terluah oleh hati, tetapi jika sudah ada punbercita-cita untuk dikata dan dikotakan , teruskan, jika kita mengingat tuhan Pasti suara yang datang dari bisikkan hati yang baik untuk mencari pasangan. Agar ada tempat untuk berbual mesra, Allah gemar melihat akan hambanya berpasangan dengan jalan yang diredhai.Bukan berlalu sepi dan mati. Amin.

dam catur berkata...

eh! kiri kanan plak bisik? yahudi dan nasrani?

Ali Conan berkata...

nasrani bangsa apa plak???

Nama Aku berkata...

eh! yahudi dan nasrani nak goda nabi muhamad ke?

Sudin Ramlee berkata...

eh! byk jgk budaya yhudi dan nasrani kita ikut?

Seri Suri berkata...

wah! menarik byk jgk gambaran yahudi ni...

Rembulan Senja berkata...

byk jgk budaya mereka yg kita ikut? berdosa x?

Ezad Emir berkata...

alamak! smua perkara yahudi dan nasrani ke ni? kna elak ni..

Kaber Arafat berkata...

bagus btol tok wan durani ni.....

Tanpa Wajah berkata...

sian tok limah kisah org tua2 rupanya cerpen ni...

Geletek Malam berkata...

duit dia bgi kat bini dia smua! wah! bgus btol tok wan durani ni... nk kena contohi dia...

Julia berkata...

tok limah ni xde anak ke?

Saizul Maizav berkata...

tok wan durani bg duit kt bini dia? aku xpnh plak bagi duit kt bini aku sbb bini aku keje lagi tinggi dr aku? hehehe

Sulaiman Embong berkata...

eh! bgus pnya suami snggup bagi smua duit dia kat bini.... suami mithali ni..

Ustazah Hamidah berkata...

sdih plak baca cerita org tua2 ni? sayu hati...

Jalil Janggut berkata...

kisah seloka iman ghazali ni mcm pnh baca jer...

Olie Pajutdy berkata...

sajak imam ghazali? mcm pnh baca je en nuri tukar jd sajak ke?

Guest berkata...

mmg menarik sajak ni byk pengajaran la...

Brader Joe berkata...

btol apa yg dikata oleh imam ghazali ni kita kna ambik iktibar...

Abul Hassan berkata...

sajak yg ringkas tp bermanfaat..

Putera Damien berkata...

akhir cerpen ni mcm mne la msti tok limah mati merana?

Golok Buta berkata...

tok limah sorg2 je ke? xde sapa ke bantu dia?

Petualang Tiga berkata...

sian tok limah xde sapa ambil peduli ke kt dia?