Sabtu, 24 Julai 2010

EMPAT PERKARA ALLAH PERSOALKAN



Setiap orang kamu
Akan disoal empat pekara
semua yang Allah anugerahkan
Kasihatan, umur, ilmu, harta,

Kasihatan dikurniakan Allah
Dimana kamu gunakan selama ini
Di masjid beribadat kepada Allah
Atau ke tempat hiburan kerja maksiat.

Umur panjang yang diberi Allah
Dimana kamu habiskan selama ini?
Membuat kerja yang memberi  kebajikan
Atau buang masa dengan hal kemungkaran,

Ilmu pengetahuan dipinjamkan Allah
Dimana kamu letakkan selama ini
Mengajar orang lain memberi mamfaat
Atau cuba menipu dan menginanyakan orang,

Harta benda yang dicurahkan Allah
Dimana kamu membelanjakan selama ini
Keluar zakat menderma membantu kesusahan
Atau membazir dengan kemewahan hawa nafsu.

Oleh; Nurimanja,
BBPTK. Bayan Lepas,
Catatan Disimer, 2009


16 ulasan:

Geletek Pagi berkata...

ISSU SEMASA SEMALAM

Dalam hal ini, dua-dua salah. Pertama peminjam, perlu tahu dan yakin apa yang kita hendak
berniaga? makanan, jahitan, perusahan kecil. makanan rengan, apa saja yang kita yakin boleh dapat sambutan. contoh kalau masakan kita sedap, buatlah betul-betul, jual ais kacang cendul, jangan kita sendiri tak berapa sedap masak nak menjual makan, keluarga makan pun tak sedap nak jual dekat orang macam mana?

SAMBUNG ESOK;

Puteri Bunian berkata...

APA MAKSUD INI?

Bertemankan headphone
Bulan baru sorok matahari
Matahari berdiri bersama bulan.
Kerana malam orang rasa tenang
Bebading dari siang
Malam orang suka
Dongak kepala tengok bintang.
Sedang siang matahari
sampai kelam orang tak pandang.

Aku di tingkap kotak bilik.
Sambil pegang kitab kisah April.
Dalam cerita itu ada kamu.
Dalam cerita aku ada kawan kawanku
Dalam cerita itu ada
kisah laki-laki yang aku suka.
Selit cerita Puan Janet
jiranku bertengkar dengan suaminya.
Tentang anjing menyalak
Bila lihat tahi bintang
seakan jatuh ke ubunnya.

Dan aku gembira punya mereka.
Dalam kitab kisah April
Tak ada cerita aku
tentang aku punya kasut baru.
tentang aku pakai baju warna biru.
tentang aku makan nasi pakai sudu.
Itu semua biasa.

Aku takut menghala
parang ke muka orang.
Takut bila aku mati bukan ada orang
datang bilang sayang.
Tapi palu kompang rasmi menang


Puteri Bunian
KUISS
5pagi

Qalam Mutiara berkata...

ULASAN:

Sajak Puteri Bunian APA MAKSUD INI? Tajuk agak mengelirukan dengan isi cerita. Berbentuk satu persoalan yang perlu dijawab untuk siapa? Pengucapan penceritaan hanya biasa, kisah kehidupan setempat atau tempat kediaman saja. Suasana malam hari - Bulan April ada sadikit cerita perbalahan
di tempat tinggal - Cuma penulis sahaja tidak terlibat kerana ia dikhawatiri bila mati tiada ada siapa mengenang, malah diketawakan pula oleh musuh nanti.

Tanpa Wajah berkata...

btol kata geletek pagi! dua2 patut dipersalahkan dalam hal ni...

Julia berkata...

sokong geletek pagi! klu niaga x sedap mcm mne org nk beli...

Jalil Janggut berkata...

klu niaga sedap org beli dpt untung boleh la bayar balik...

Kota Gersang berkata...

sepatuntnya pengguna perlu sedar diri dulu...

Suara Rakyat berkata...

ape2pun bg pniaga yg dh pengalaman dalam bidang niaga ok la ni yg bru pertama kali nk berniaga la...

Nuri Jaguh berkata...

klu x reti masak baik xpyh niaga buat malu diri sendiri jer...

Penglipur Lara berkata...

patutnya kerajaan bgi pinjam separuh klu dh ok bgi lagi separuh...

Badrolshah berkata...

sajak 4 perkara ni bkn dulu dh siar ke??

Nama Aku berkata...

eh! nampaknya ari ni en nuri letak lama sajak lama..

Bob Kuli berkata...

4perkara yg akan disoal Allah! alamak!

Madah Pujangga berkata...

4 perkara disoal Allah? hmm.. harap2 aku x terlibat... hehee

Lagenda Pulau berkata...

smoga kita dpt menjawab 4 perkara disoal nnt...

Kevin Chong berkata...

4 perkara ni saja ka disoal tuhan??