Khamis, 1 Julai 2010

DAILOG TIGA EKOR HAIWAN



Waktu maghrib telah masuk
azan pun berkumandang di udara
di tengah padang permainan bola
kelihatan anak muda masih bermain
dilihat:lembu, kambing dan kucing

lembu berkata kepada manusia:
"Cukuplah tu bermain bola.!
 Esok pula sambung semula!!"

Kambing pun menyampok:
"Bila hendak balik?
 Maghrib dah nak habis!!"

Kucing pula berkata;
"Tak solat tak risau?
 di akhirat nanti baru kacau"

Maka berkata ketiga haiwan itu:
"baik manusia menjadi haiwan,
 kami pula jadi manusia,
 akan kami tunduk dan patuh
 kewajiban kami kepada Allah swt.".

Oleh: Nurimanja,
catatan lama tiga empat tahun lalu
ketiga mendengar ceramah di sksa 2002.

35 ulasan:

nurimanja berkata...

ISRAK DAN MIKRAJ SIRI 17 : TARIKH 1/7/2010

GAMBARAN 12.

Nabi diperlihatkan gambaran Lembu yang berbadan besar keluar dari lubang sempit, kemudian bersusah payah ingin memasukxannya semula ke dalam lubang sempit yang tempat dia keluar tadi.Perbandingan gambaran ini bila saseorang yang suka bercakap besar, sumbung dan angkuh tehadap orang lain, pastinya bila dia ingin menarik balik katakata dan sikapnya selama ini memang sukar dan payah diterima,oleh masyarakat umum.
Jadi kalau boleh, janganlah suka bercakap besar ataupun takbur.kata orang terlajak perahu boleh dibeluk, terlajak kata padah jadinya.



Iktibar dari gambaran peristiwa ini:-

1.Sikap cakap besar, angkuh dan menyumbung diri ditegah dalam Islam.

2.Sikap mazmumah ini boleh memutuskan tali silatun rahim sesama manusia.

3.Setiap muslim patut menjauhi sifat mazmumah (terkeji) dan tidak sesuasi.


Firman Allah alam Al Quran, surah Loqman ayat 18. kira maksudnya:

Dan jangan kamu berpaling mukamu kepada manusia (miskin) dan jangan kamu berjalan di muka bumi ini dengan gaya berlagak sombong dan angkuh. Sesungghnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong,takbur,lagi suka mendabit dada dan membanggakan diri.


BERSAMBUNG.

nurimanja berkata...

SIRI 2 CERPEN: PERGINYNYA BERSAMA INGAUAN OLEH: NURIMANJA.
___________________________________________________________________


Dari tanggunjawab ini jugalah yang membuat Tuk Limah dan Tuk Wan Durani bekerja keras tanpa mengenal penat lelah, malah lebih cegal dan gigih mencari rezeki setiap hari.

Berbagai usaha dan kerja dilakukannya untuk menadapat rezeki bagi menanpong perbelanjaan hidup mereka empat mulut , agar tidak mati kelaparan dan kebuluran.Demi menyambung sisa-sisa hidup yang tinggal sadikit saja lagi.

Di sebelah malam Tuk Wan Durani membuat bubu ubluh untuk kegunaannya dan sebahagian lagi dijualkannya ke pasar hari, jika ada orang menempah, Tuk Wan Durani akan membuat sebanyak mngkin yang terdaya olehnya.

Di siang hari Tuk Wan Durani akan berhmpas pulas di kebun getahnya yang sudah tua dan malas pula mengeluarkan hasil susunya lagi.
Tetapi kerana Sanah dan Suria, Tuk Wan Durani tidak menenal erti penat dan lelah.

Kekadang Tuk Wan Durani tidur telalu sadikit, sehingga ayam berkokok dua tiga kalibaru dia masuk tidur dan merebahkan diinya sebentar.Tetapi sebelum murai berkicau Tuk Wan Durani telah bangun bersiap sedia keperluan barang pergi ke kebun.

Tepat jam empat atau empat setengah pagi Tuk Wan Durani telah turun dengan bekalan lampu luhnya meredah kabus pagi menyembah pokok getahnya unuk memungut hasil toresan getah tua di kebunya, kerana waktu begitulah ada banyak sadikit getahnya mengalir.

Tuk Limah terasa semacam ternampak Tuk Wan Durani tercatuk di hujung anjung rumah mereka malam itu. Tuk Limah Nampak Tuk Wan Durani seperti membilang-bilang bilah buluh yang telah dirautnya.

Seperti biasa Tuk Wan Durani akan berhenti seketika bila terasa jari tangannya lengoh dan letih.
Tuk Wan Durani akan membuka celepak rokok daunya.Pelahan-lahan dia akan mngeluarkan rokok daun nipah bersama tembakau lambak kegemarannya. Kemudian membauat sebatang rokok daun nipah dan mengisapnya.

Sesekali Tuk Limah terdengar air dari dapur jatuh ke limbah. Mungkin Tuk Wan Durani membuang air kecil agaknya. Sesekali terdengar pula bunyi cawan berlaga dengan piring, ini mungkin Tuk Wan Durani sedang menghirup kopi panas yang telah tersedia isi di dalam plas, kerana untuk menahan dari mengantok bila hari jauh malam.

BERSAMBUNG.

Tetamu Malam berkata...

SUTERA PUTIH

Lahir bermandi darah
Sutera putih tiada merah
Corak kian ditarah
Petak segi bagai
Sutera putih itu
Jalur dicorak
Jalur tercorak
Bulat dicorak
Bulat tercorak
Namun sutera putih itu
Ada hati
Ada nyawa
Ada naluri untuk bicara
Biar ada rasa
Sutera putih itu
Tiada harus bisu
Di sayang..ditatang
Bagai minyak yang penuh
Bagai beras segantang..
Sutera putih itu..
Sayang..


Tetamu Malam
12malam
sabtu

Qalam Mutiara berkata...

ULASAN:

Sutera Putih sajak daripada Tetamu Malam, Sajak ini agak menarik kita boleh membuat dua andaian satu mungkin: menceritakan sesuatu tentang lambang dibuat
dari kain sutera putih, dijalurkan dicorakan, kemudian diberi maana atau pun pengertian, Setiap sembul dan corak dan jalur mengikut keadaan sebuah negara dan situasi bangsa dan kaum atau agama yang dianutinya dan perlu dijaga sebagai lambing kebanggaan sebuah negara. Dan andaian yang kedua: Mungkin dimaksudkan, di sini seorang bayi yang baru lahir bagai kain putih,di asuh dan dididik, mereka punya hati dan peasaan.
Minta disayang dan serta ditatang,seperti jaga minyak yang penuh, jika kita tersalah corak, jadilah mereka Majusi atau pun Nasrani. Sebab kanak-kanak itu bagai kain putih. ibu bapalah yang perlu pandai mencoraknya, amin, Cuma andai sahaja.

Abul Hassan berkata...

eh! gambaran lembu tu sbb org ske cakap besar rupanya...

Budak Rap berkata...

isk... seram dgr lps ni x boleh ckp besar dh....

Mat Noh berkata...

smoga kita smua x tergolong dlm gambaran yg nabi nampak ni...

Bumi Hijau berkata...

eh! kenapa plak kali ni gambaran lembu plak?

Kopi Susu berkata...

byk jgk gmbaran nabi tgk ni smua menakutkan plak?

Supain Sipaun berkata...

mmg menginsafkan gambaran2 nabi nmpk ni...

Tanpa Wajah berkata...

mmg sian tok limah ni... sayu je hati bila baca....

Ali Conan berkata...

mana anak2 tok limah dorg x tolong ker?

Geletek Petang berkata...

xde dialog plak cerpen tok limah ni?

Jengking Perak berkata...

cerita psl org tua2 plak kali ni? mmg best...

Ustazah Hamidah berkata...

smoga anak2 yg mengabaikan ibu bapa insaf baca cerpen en nuri ni...

Puteri Bunian berkata...

sedih dan insaf baca cerpen en nuri kali ni....

Seri Suri berkata...

jiran2 x tolong ke? sian smua keje tok limah buat sendiri?

Mozaire berkata...

wah! sekali binatang pun bersuara! hehe

Dato Murad berkata...

sajak kali ni lain dari yg lain.. syabas!

Kembara Budiman berkata...

teruskan menghasilkan sajak2 yg pelik2 mcm ni beu best baca.... hehe

Sulaiman Embong berkata...

ape2pun mmg malu manusia kpd haiwan sbb haiwan lebih mengerti....

Ustaz Muda berkata...

haiwan pun tahu azan kena smbhyg manusia! adoi... lalai....

dam catur berkata...

malu plak baca sajak en nuri mcm kena kat aku je? malu btol kt binantang mcm ni...

Umar Haslam berkata...

binatang lagi tahu hormat azan manusia siap boleh main bola lagi bila azan? adoi...

Petualang Tiga berkata...

lps ni kena lebih peka dgn azan sbb kdg2 aku pun terlupa jgk bila dh seronok main bola...

Karim Ghani berkata...

klu binatang tu boleh cakap la? mmg dorg tegur manusia yg lalai... menarik sajak ni...

Bulan Terang berkata...

smoga sajak kali ni memberi iktibar kpd kita semua...

Olie Pajutdy berkata...

sajak kali ni mengingatkan kita tntang solat.. terima ksih...

Ezad Emir berkata...

ape2pun lps ni kena lebih pndai! hehe klu azan smua keja buat kena berhenti....

Julia berkata...

sajak binatang brcakap plak? wah! sajak menarik! thniah!

Jalil Janggut berkata...

aku pun katogori lalai jgk ni? adoi.. malu aku kt binatang sbb dorg lebih arif...

Ku Dania berkata...

dulu en nuri suka buat sajak binatang lps tu behenti sekejab ni smbung balik plak? hehhee

Tengku Anita berkata...

dunia azkhir zaman mnusia alpa! malu dekat binatang dorg lagi thu...

Sudin Ramlee berkata...

binatang lebih pandai hal2 azan ni manusia terbalik skrg,... adoi...

Qalam Mutiara berkata...

walau sebanyak dan sebesar mana sekalipun dosa kita, Allah akan ttap mengampunnya,jika ada kemahuan taubat.Kecuali syirek (duakan Tuhan)
nyawa di khalkum, hampir Qiamat.Dosa yang lain insyaallah akan diampun...