Rabu, 30 Jun 2010

MIMPI Yang MENGEMPARKAN



tetiba pintu langit terbuka
semua benda beterangan keluar
aku menjadi panit dan takut
ramai yang menjerit menempek
bagai orang gila hilang akal.

Sebentar kemudian lalu pula
sebuah bahtera kayu amat besar
aku bertanya bahtera apakah itu?
ada yang berkata bahtera nabi Noh
rasa mahu pengsan lalu atas kepala.

Sampai kini masih terbayang
mimpi anih yang sukar dilupakan
apakah maksud takbir mimpiku itu?
puas mencari menjadi tanda tanya
sehingga kini masih belum mengerti.

Oleh: Nurimanja,
mimpi benar yang anih dalam hidupku
catatan lama 15 tahun lalu /29/6/2010

30 ulasan:

nurimanja berkata...

ISRAK DAN MIKRAJ SIRI 16 : TARIKH 30/6/2010TAMBHAN:



GAMBARAN 11.


Nabi diperlihatkan gambaran manusia yang mencakar muka dan dadanya dengan kuku tembaga; Begitulah keadaannyaorang yang suka mengumpat daripada dosa besar yang wajib dijauhi, boleh memusnahkan diri sendiri dan boleh pula merosakan hubungan ke masyarakatan.CERITA TAMBAHAN: Satu hari nabi terdengar dua orang perempuan mengumpat dalam bulan puasa, lalu nabi berkata sukakah kamu makan daging saudara kamu sendiri, mereka berdua terkejut, nabi meminta mereka meludah, didapati ada darah keluar dari mulut mereka, lalu nabi berkata, pergilah kamu meminta maaf kepada
orang yang kamu umpat tadi.



Iktibar dari gambaran peristiwa ini:-


1. Mengumpat adalah bedosa sepatutnyalah kita jauhi

2. Mengumpat bagai senjata yang boleh makan diri seniri

3. Boleh merosakan hubungan kemasyarakatan setempat

4. Tiap orang Islam jauhkanlah dari umpat dan menumpa
dan masjid pula bukan tempat menghentam pemerentah.


Firman Allah dalam surah al hujurat ayat 12; kira maksudnya;


Dan jangan kamu memcari kesalahan orang dan jangan kamu mengumpat sebahagian daripada yang lain,
Sukakah kamu memakan daging busuk saudara kamu yang telah mati, dan sudah pastilah kamu merasa jijik kepadanya.


BERSAMBUNG.

nurimanja berkata...

CERPEN LAGENDA KE 36 BERSIRI 1 BERTAJUK : MENCARI KETENANGAN OLEH: NURIMANJA BROWN GARDEN. GELUGUR, PULAU PINANG. 10/12/1983
____________________________________________________________________



MALAM ITU TUK LIMAH tidak dapat tibur. Batuk tuanya kian menjadi-jadi. Dadanya yang kurus itu bagai hendak pecah dirasainya. Tuk Limah mengurut-nurut dadanya dengan jari jemarinya yang kurus dan kasar itu.

Sesekali kesunian malam terkuak dari dengkingan batuk tua Tuk Limah itu, Tuak Limah tahu: Hari-hari yang dilalui dalam hidupnya di kebelakangan ini agak mengecewakan.

Lebih mengecewakan lagi hati Tuk Limah, bila suaminya yang dikasihi dan dicintai selama ini, Tuk Wan Durani telah pergi meninggalkannya lewat lima tahun yang lalu.

Dengan kepedihan dan kesayuan inilah juga yang membuat hati Tuk Limah menjadi resah gelisah dan kadangkala dirasainya hari-hari yang datang bagai mengajak dan menjemput dirinya untuk mengikut jejak langkah Tuk Wan Durani.

Rumah buruk berdinding bertam dan beratap rumia ini, lima puluh tahun dahulu adalah semacam sebuah istana yang indah buat Tuk Limah dan Tuk Wan Durani. Setiap kemesraan, cinta dan kasih saying telah dinekmati brsama.

Wal hasil dari kasih saying dan kemesraan rukun rumah tangga itu, Allah telah pun mengurniakan mereka seorang cahaya mata yang diberi nama Fatimah Zahrah, mereka menjaganya seperti menatang minyak yang penuh.

Tetapi sayang Fatimah Zahrah yang baru sahaja berkhawin tiga tahun dengan suaminya Tamin, cuma sempat melahirkan dua orang anak; Sanah dan Suria, kemudian dia telah pun dijemput kembali ke pangkuan Ilahi.

Dua orang anak perempuan inilah yang telah menjadi bebanan yang terpaksa ditanggung oleh Tuk Limah dan Tuk Wan Durani, semata-mata untuk membesar dan mendidikkan kedua cucunya Sanah dan Suria ini.


BERSAMBUNG.

Geletek Pagi berkata...

RENUNGAN PETEKAN AKHBAR (UM)

81,000 anak luar nikah berdaftar membimbangkan - IIM
IPOH 29 Jun - Angka yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bahawa terdapat 81,000 anak luar nikah berdaftar ketika ini merupakan perkembangan yang membimbangkan.

Koi Aouk berkata...

YANG MANA

yang mana terpilih
yang mana terbuang
yang mana jadi abu
yang mana jadi arang
yang mana berjaya
yang mana kecundang
yang mana ribut melanda
yang mana damai dan tenang
yang mana menempa ria
yang mana mencatat duka
yang mana cemerlang terbilang
yang mana hilang terbuang


Koi Aouk
pahang
5pagi

Faisal Syafie berkata...

wah! wlpn bru kenal terus dia peluk mak jalil? hehe

Satria Juragan berkata...

cerita ni cerita btol ke en nuri? mcm cerita btol je jalil ni...

Badrolshah berkata...

cerita2 en nuri ni kalaubuat drama msti best ni...

Zain Issac berkata...

moga2 syahadah kembali ke jalan yg benar....

Shuhada berkata...

seronok plak baca cerita pasal jalil ni... menarik...

Qalam Mutiara berkata...

ULASAN:
Koi Aouk dengan sajak YANG MANA ahli blog ini petama kali hantar sajak,Terima kasih, Pengucapannya agak mudah dan menyatakan akan pemilihan baik atau pun buruk, semuanya semacam berada ditangan kita, kini sekadar mengunakanotak atau ikiran yang waras untuk mmilih, jika baik, baiklah jadinya,
jika sebaliknya, buruklah jadinya.
Mungkin puii ini diujkan khas penduduk Pahang dan amnya kepada rakyat 1 Malaysia. Syabas!

Tetamu Malam berkata...

padan muka dorg! mengumpat lagi... hehe

Rembulan Senja berkata...

tu la padah mengumpat org ludah kluar darah...

Mat Noh berkata...

smoga org yg ska mengumpat ambik iktibar...

Mona berkata...

lps ni aku xmau mengumpat dh takut aku baca cte en nuri ni..

Tanpa Wajah berkata...

minta djauhi perbuatan mengumpat ni...

Nuri Jaguh berkata...

seram plak baca mimpi en nuri ni...

Orang Lama berkata...

mcm gambaran hari kiamat plak mimpi en nuri ni?

Seri Suri berkata...

tkutlah baca psl sajak en nuri ni...

Brader Joe berkata...

harap mimpi en nuri ni x jd btol2... takut jgk...

Sofia Ofilia berkata...

mcm cerita 2012 plak sajak en nuri ni...

Budak Rap berkata...

naik bulu roma baca tentang sajak en nuri...

Karim Ghani berkata...

sah! tu gambaran hari kiamat la en nuri...

Olie Pajutdy berkata...

wah! cerpen baru plak! menarik jgk...

Mozaire berkata...

ni sambungan cerpen sblm ni ke? sbb tajuk sama?

Saizul Maizav berkata...

eh! tjuk sebelum ni mencari ketenang jgk? cerpen yg sama ker?

Suara Rakyak berkata...

sedih plak dh la laki mati anak pun mati? adoi..

Jalil Janggut berkata...

akhir cerpen ni msti tok limah tu mati jgk? hehhee

Petualang Tiga berkata...

mmg sudah jatuh ditimpa tangga la tok limah ni...

Abul Hassan berkata...

mula2 dh sedih msti cerita btol ni...

anak nuri jantan berkata...

Ralat:

Tajuk cerpen yang ke 36 bertajuk:
PERGINYA BERSAMA IGAUAN bukan
MENCARI KETENANGAN. harap maaf!

-Untuk pengtahuan sahabat blog CR
penghujung julai ini usia blog ini
genap setahun telah menebitkan sajak/puisi tanpa henti setiap hari, malah ada sekali sekala lima puisi sekali gus satu hari. sayangnya hampir, 250 puisi dan 7 buah cerpen terdelet, belum dapat dikesan. hilang nampaknya ...