Jumaat, 11 Jun 2010

RIAK ITU PENYAKIT HATI



Riak itu satu penyakit
Perbuatan yang sukar dinilai
nampak baik tidak siapa yang tahu
penyakit riak semata dalam hati saja

Berapa ramai yang tahu
dan telah pun mengubatinya?
kerana Allah yang tahu akan niat
apa yang ada di dalam hati nuraninya.

Apakah kerana Allah SWT
menolak akan niat orang riak
sebenarnya dia memperkecilkan Allah
amalan riak menuju ke jalan kehancuran.

Riak ada tiga ketegori;
riak dahsat orang kapir sombong
riak ibadat wajib solat kerana orang
riak pekara sunat sekadar mengikut-ikut
melakukan untuk perhatian orang ramai saja.

Oleh ; Nurimanja
Pagi hari jam sebelumdelapan
Catatan Kuliah -kuliah yang diikuti.
dua tiga hari yang lalu 7hb,Jun, 2010.

30 ulasan:

nurimanja berkata...

CERPEN LAGENDA SIRI 1 SEORANG TUA DENGAN WARNA SENJAKALA.
____________________________________________________________________

Cerpen ini sebenarnya pernah saya berkira atau mencadangkan untuk menghantarkannya kepada guru pembimbing saya sdra Abdullah Tahir untuk di komen dimana salah dan silapnya. Tetapi sayang guru pembimbing saya itu telah dahulu dijemput kembali ke pangkuan Ilahi. Al Fatihah. 30/jun/1982.

oooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo


Seperti biasa; waktu-waktu rembang petang begini, mentari hamper tengelam di ufuk barat, cahaya merah di kaki langit tertumpah di permukaan air laut. Warna merah senjakala menguasai suasana alam.

Beberapa orang pasangan muda mudi datang menekmati keindahan warna senjakala di tepian pantai yang permai itu. Dan Jiman juga tidak ketinggalan. Dia yakin: Hanya pantai permai dan warna senjakala ini sajalah yang dapat mengerti tentang penderitaan hidupnya.

Pelahan-lahan Jiman mengambil tempat: dia bertongkat, kemudian dia mengisutkan pinggulnya di atas sebuah bangku batu yang sengaja dibina khas oleh pihak berkuasa tempatan kemajuan negeri untuk menghiasai tepi pantai yang telah tersedia indah itu.

Hanya di tepi pantai yang sejajar panjang ini, dan bersama laut yang luas nan terbentang,saujana mata memandang, bersama hempasan ombak dan deruan angin laut petang,dalam suasana senjakala beginilah dia melepaskan rasa keletihannya.

“Ohhh!!...” Jiman mengeluh panjang. Di pinggangnya terasa sengal-sengal kerana sepanjang hari dia berjalan menagih simpati, rezeki dari meja ke meja, dari warung ke warung, dari kaki lima ke kaki lima, sehingga melewati ke perhentian bus.

Setelah senja begini, disinilah Jiman mencari sadikit ketenangan, bagi mengubat hatinya yang pilu yang selama ini telah mencengkam segala kepincangan kehidupannya , sebagai seorang tua menagih rezeki diperjalanan.

Bagi Jiman: Warna senjakala bagai gadis-gadis yang pernah dirindui, hamparan laut;bagai ranjang tempat tidurannya zaman muda lalu, suara ombak: seperti irama muzik yang pernah didengarinya di ruang-ruang hiburan bebrapa night club bersama gadis-gadis tidurannya dulu.

“Sampai bila , aku mesti begini …?” Bisik hati kecil Jiman.Matanya kian sayu memandang cahaya merah mentari senja yang tertumpah di permukaan laut, menjadikan waktu senjakala penuh dengan cerita misteri baginya.

BERSAMBUNG.

Suara Pulau berkata...

Dalam RMK 10 bila PM mencadangkan usia 5 tahun dapat pendidikan pomal ada bunyi buuu suara sumbang daripada pembangkang.Kenapa?
Begitu juga dengan rancangan permata pintar mencari kanak-kanak pintar seribu dalam satu,ini usaha murni dari datin rosmah.Mengapa
mereka mesti menyendir? Atau mereka cuba menarik perhatian .agar tidak diterukan.?

Jawapannya Orang kristian atau Yahudi mula memdidik anak mereka dari seawal mungkin, seperti kelas asuhan dalam usia 3 atau 4
tahun lagi.Parti Pembangkang mula susah hati. kerana mereka mengambi Pasti dalam usia 4 tahun, cuma ada satu tahun saja untuk
masuk jarum menanam semangat menentang kerajaan BN.

Saya pernah dengar orang kristian berkata,ajarlah anak-anak kamu dalam usia muda 3 atau 4 tahun, bila mereka rasa susah sewaktu
usia 21 tahun, kamu boleh datang mencari saya. Inilah edia yang digunakan taman asuhan yang digunakan pihak menentang kerajaan.
Ini membuat pihak pembangkang sudah usah hati.Kalau mereka menang dalam sbuah negeri , mereka cuba merantai kelas KEMAS. mereka
sudah mula gentar untuk menjalini jarum halus sudah mula sukar.

Pengajaran;

-Lihat bangsa Yahudi mereka bertinda dahulu sebelum baik buruk terjadi , peduli apa orang lain kata.

-Ciri ini sudah ada setengah parti -parti tetentu dalam negara kita berbeza dengan pakaian nampak alim.

-Ini kita tidak dapat kaji parti bukan muslim, strategi mereka lebih hebat, lihat kelas asuhan mereka ada puluhan murid, tetapi cukup berdisplen. berbeza kelas fardhu ain bising macam hendak pecah kelas.

-Lihat anak muda hari ini yang dapat asuh pati Mereka hidup dalam keadaan akgerisip pendapat mereka saja yang betul terlalu sukar menerima pendapat orang lain.Saya ada murid jenis begini dan bertanya dari kelas mana sewaktu tadika dahulu. Amat berbeza.

-Mereka ini memang warak, dalam kelas pun songkok tidak mahu buang,mak baba tengok pun sejk hati, banggaboleh baca doa dan al quraan, malah boleh menegur kejahilan mak baba yang tak sempat blajar dahulu,sebuk dan miskin.

Srikandi Juwita berkata...

RUANG PETAK PUTIH

Di ruang petak putih
Terpalit kenangan kita
Pada hari ini
Tarikh yang sama
Tahun yang berbeza
Pita pernah terakam
Namun telah aku padam
Tidak mahu mengenang
Ruang petak itu
Pernah riuh kenangan
Sekarang sunyi
Satu Kenangan pergi
Takkan kembali
Takkan terulang lagi
Dan untuk kamu
Selamat hari jadi
Ruang petak
pernah jadi saksi
Kini sepi
Kerana 'KITA'
Tidak wujud lagi...


Srikandi Juwita
di pasaraya Mydin
ketika rehat

Qalam Mutiara berkata...

ULASAN:

Sajak Serikandi Juwita bertajuk RUANG PETAK PUTIH Halaman blog ataupun Facebook, Berbicara tentang putus hubungan dengan si dia agaknya, atau kawan karib, Nampak begitu marah sekali, hingga sangup memusnahkan segala catatan dalam memory kemesraan yang dulu gah di kenali. Kini cuma sekadar dapat ucapan selamat hari jadi sahaja. Walaupun kota putih pernah jadi saksi, Sebaiknya persahabat tidak baik dipuuskan, kata orang ramai kawan rezeki murah, putus kawan rezeki juga akan terputus, meniratkan tali persahabatan dan persaudaraan panjang umur. Amin.

Jengking Perak berkata...

tajuk cerpen ni mmg membuatkan aku nak baca cerita ni...

Saizul Maizav berkata...

wah! baca tjuk pun dh best blum baca lagi cerpen ni... hehe

Tanpa Wajah berkata...

sian jiman... ape jd selepas ni????

Nama AKu berkata...

eh! jiman ni org jawa ke? nama mcm jawa/

Ali Conan berkata...

wah! intro cerpen ni pun dh menarik.. teruskan menulis en nuri...

Atuk berkata...

cerpen ni sesuai utk org tua2.. terima kasih en nuri...

Malik Wariya berkata...

cerpen kali ni nmpk menarik jgk...

Puteri Bunian berkata...

kesianlah jiman ni.. dia keje nelayan ker?

Dedalu Sunyi berkata...

mne anak2 jiman?? atau jiman ni bujang terlajak...

Ezad Emir berkata...

sayu saya baca ceerpen kali ni....

Mega Sutra berkata...

wah! byk bhasa sastera dalam cerpen ni..

Guest berkata...

pendek je dialog jiman ni? hehe ape2pun menarik utk dibaca...

Kota Gersang berkata...

cerita ni cerita btol ke en nuri>?????

Kembara Budiman berkata...

agak2 aku msti jiman ni mati ape kesudahan cerpen ni... hehhee

Yusof Lim berkata...

cerpen kali ni berkisar tentang apa plak?

Seri Suri berkata...

tajuk cerpen ni mmg best! pandai en nuri pilih tjuk...

Suara Rakyat berkata...

sokong pendapat suara pulau! hehe

Tengku Anita berkata...

eh! lama menghilang suara pulau ni?? pegi mana?

Ku Dania berkata...

eh! suara pulau kembali berpolitik plak? hehe ape2pun sokong suara pulau!

Jaringan Gua berkata...

eh! suara pulau ni masuk je msti byk isu dia bentangkan... tahniah...

Datok Murad berkata...

suara pulau ni msti YB ape?? semua agenda pembangkang dia thu.. hehe

An Nur berkata...

btol kata sajak ni tak baik riak....

Puteri Bunga berkata...

ape2pun jgn riak bila menerima sesuatu pujian... best sajak ni...

Teratai Mekar berkata...

berpengajaran sajak kali ni... smoga kita tak menjadi riak..

gelora maya berkata...

semoga kita x tergolong dalam golongan org yg riak...

Golok Buta berkata...

wah! riak pun ade jenis2 jgk??? ingatkan riak tu bangga diri...