Sabtu, 5 Jun 2010

DI ANTARA SIANG DAN MALAM



Mana dulu antara malam dengan siang?
kalau duhulu langit dan bumi bersatu
sebelumnya keadaan adalah kegelapan
jadi pastinya malam hadir terdahulu,

semua cerawala begerak mengikut obek
disusun mengikut penciptaan keduanya
edaran malam siang langit pada bumi
satu nekmat kepada kamu wahai manusia,

beribadatlah kamu sebagai tanda syukur
kerana hidup makan dan tidurj uga nekmat
semuanya kurniaan yang tidak ternilai.
buat renungan sebagai hamba umat manusia

OLEH ; Nurimanja
Jumaat Pagi Hari.
Pulau Mutiara.
hujung Mei, 2010.

27 ulasan:

nuimanja berkata...

CERPEN SIRI2 BERTAJUK : HATI LINAI OLEH: NURIMANJA.




LEBIH dua puluh lima tahun Linai dibawa arus perpisahan. Sesekali dia diganggu o.leh mimpi-mimpi di Rumah Panjang Kampung Selalang. Linai terasa sayu hatinya. Bila mengenangkan sejarah hidup yang dilaluinya.

Kedua Orang tua Linai telah meninggal dunia di muara sungai Rajang, perahu yang mereka naiki telah karam dipukul gelombang sewaktu pulang dari mencari rotan. Linai anak tunggal. Dalam usia yang belum matang Dia bergantung harap pada bapak saudaranya .

Linai terpaksa berpindah ke rumh panjang Kampung Jakar dan tinggal berama bapa saudranya. Di situlah dia telah menemui Ngambab kekasih cintanya yang pertama, jejaka yang telah merampas mahkota kegadiannya di waktu malam Gawai bangun.

Linai menaruh keyakinan kepada Ngambab untuk membela untung nasibnya di masa hadapan, lebih-lebih lagi Ngambab seorang jjaka yang pandai mengambil hatinya dengan janji-janji yang indah.

Tetapi Ngambab yang diharapkan telah melaikan diri daripadanya. Tanpa member khabar berita padanya. Untuk menutup malu Linai terpaksa mengugurkan kandungannya dengan memakan putik nenas dan air tapai, bagi menymbunyikan rahsia mereka di ketahui rumah Panjang.

Dalam menanti ke datangan Ngambab semula, dirinya amat terseksa. Akhirnya hati Linai hancur berkecai seperti kaca jatuh ke batu. Dia mengangap cinta Ngambab kepadanya seperti kumang yang telah terbang setelah dapat menghidu madu.

Di kampung Jakar keluarga bapak saudaranya dihimpit kemiskinan, kemudian bapa saudaranya berpindah ke Kuala Rajang kerana bekerja sebagai buruh dengan sebuah kapal kargo yang membawa kayu bakau kepunyaan sebuah syarikat Jepun.

Linai juga turut serta, kerana tiada tempat pergantungan lagi.
Namun, nasib malang menimpa bapa saudaranya, bila Seketul kayu bakau telah jatuh dan menimpa tengkorak kepalanya sehingga pecah dan meninggal dunia.


BERSAMBUNG.

Mat Noh berkata...

DASAR PENIPU

Bertambah benci
Semakin sakitnya hati
Kerana perbuatanmu
Menghancurkan bangsa sendiri
Demi kuasa dan nafsu duniawi
Pernahkah kau fikrikan kami?
Mata mata memerhati
Tak pernah terpejam
Tak akan terlena melihat
Setiap episod kejahatanmu
Yang semakin memakan diri
Dan kami menjadi saksi
Di atas tindakamu yang keji
Kami sedang menunggu
Saat kau jatuh tersungkur
Menanti untuk di adili
Membongkar satu persatu
Kerja kotor tanganmu


Mat Noh
10pagi
di masjid

Qalam Mutiara berkata...

ULASAN:

Mat Noh Sungai Dunggung sajak bertajuk Dasar Penipu , Pengucapan berbentuk peringatan kepada saseorang yang mungkin terlalu banyak membuat onar dan mungkar, sesiapa pun tidak mudah tertipu, malaikan tidak mempunai akal yang waras dan matang.kini cuma lihat dan tunggu adakah pisang boleh berbuah dua kali? Atau pun sang pelanduk sudah lupa pada jerat?

Abul Hassan berkata...

kesian linai terpaksa pindah randah...

Saizul Maizav berkata...

ngambab ni bkn ke dulu bercinta dgn ilam ker??? yg dendam gadis iban tu..

Sulaiman Embong berkata...

linai gugur kandungan kan? habis laily anak angkat ker?

Ali Conan berkata...

linai kwin dgn sapa plak dapat anak laili tu???

Pengembara Masa berkata...

laily semalam anak sapa plak? kan linai gugur kandungan?

Seri Suri berkata...

cis! ngambab ni mmg lelaki durjana! eh! ngambab ni bkn kwn sandin ker?

Mentari Senja berkata...

kenapa linai pindah ke tempat lain? atas urusan keje ker?

Geletek Malam berkata...

sapa laili semalam? kan anak dia dh gugur?

Pejuang Islam berkata...

cis! lini pun ketegori pmpuan jalang jgk! sbb gugur kandungan....

Pelajar Teknik berkata...

sapa cikgu rosli dan ngambab???

Guest berkata...

linai ni asyik bermimpi psl dulu2 je? kenapa plak ni?

Srikandi Juwita berkata...

linai ni bodo! knal mcm tu je dh serah segalanya....

Ku Dania berkata...

lelaki xleh prcya bulat2 klu dh kwin xpe serahkan segalanya klu blum kwin mmg cari nahas la....

Halilintar berkata...

org kwin la dulu ni blum kwin dh gatal linai ni! padan muka dia!

Mat Noh berkata...

tu la pcya sangat ngambab tu! dalam cerita dendam gadis iban pun dia jahat jgk? hehe

Olie Pajutdy berkata...

linai ni kwin dgn sapa dapat laili????

Orang lama berkata...

musibah menimpa2 kt linai.. kesian...

Lelangit Biru berkata...

lps pak sedara dia mati dia tinggal dgn sapa plak linai ni?

Badrolshah berkata...

sian linai terkapar-kapar dia? xde sapa tolong ker?

Man Pendek berkata...

malam dulu ke bru siang? ingatkan siang dulu? hehe

Bumi Hijau berkata...

sajak siang dan malam bkn dulu en nuri dh pnh letak ker?

Comel berkata...

apa2pn sajak menarik kali ni...

Petualang Tiga berkata...

sajak siang dan malam? mcm pnh baca jer...

Dendam Langsai berkata...

best jgk sajak siang dan malam ni...