Ahad, 13 Jun 2010

WAKTU BUS MELUNCUR LAJU RAMBUTMU MENYAPU MUKAKU



Waktu bus meluncur laju
dari bandar K ke bandar S
ada gadis manis di sebelahku
matanya bagai menyapa
namun aku tidak bersuara
sesekali aku lihat pada wajah
ternyata dia resah  gelisah
dan sesekali dia rasa gelabah.

Waktu bus meluncur laju
Rambutmu menyapu mukaku
Senyummu menikam  kalbu
Membuat aku jadi terharu
Bila bus mla berhenti
Gadis manis berangkat pegi
Cuma aku tinggal seniri
Terukr kenangan di sudut hati.


Oleh; Nurimanja,
Kuching ke Seri Aman.
30hb, June, 1982

10 ulasan:

nurimanja berkata...

3 . ORANG TUA BERPAKAIAN SERBA PUTIH SINGAH DI BALAI LINTANG(B)



SELEPAS solat insyak di masjid lama Tanjung Piandang, Aku yang tinggal di pondok tepi tali air, berdekatan dengan masjid itu, pergi mandi di kolam yang airnya sejuk itu. setelah para jemaah telah pulang’.

Sewaktu aku menyalin kain basah, aku lihat dalam kesamaran cahaya lampu jalan yang mencurah sadikit di balai lintang itu, di tepi pintu masjid sebelah kolam aku mandi itu, Ada seorang tua bongkok berpakaian serba putih, berjalan kakinya tidak pula berpijak ke tanah, aku menjadi hairan dan panit.

Setelah aku cuba menghampirinya, tiba-tiba saja , dia hilang, aku cari kekiling masjid,tetapi tidak berjumpa. Aku naik seram, cepat mandi dan pulang segera ke pondokku
di tepi tali air.

Di dalam pondok ,hatiku masih bertanya siapakah orang tua ?

SELEPAS dua atau tiga hari aku bermimpi, ketika tidur di dalam pondok, tingkapnya selalu aku buka, supaya udara dan angin sejuk masuk di malam hari, Tiba-tiba aku terasaada seorang tua yang aku lihat itu, datang di tepi tingkap
pondokku.

Dia menghulur tangan, kemudian mencekek baju di dadaku, Aku terasa susah hendak bernafas,

Pelahan-lahan aku mengagkat tangan sebelah kiri dan menarik kayu salak tingkap yang menongkat tingkapku.Bertendum bunyi. Penutup tingkap jatuh,Aku rasa bagai terlepas daripada cekakan orang tua itu.

Seram terasa seluruh tubuhku, Aku hidupkan pelita minyak, jam kecilku menunjukkan pukul 3.00 pagi. Berpeluh aku dalam keadaan ketakutan, sehingga pagi aku tidak dapat tidur. Dan siapa orang tua itu, sehingga kini aku tidak ketahui……?????

Oleh; Nurimanja, -sedutan kisah lama yang telah terdelet-
TAMAT.

Pak Ngah But berkata...

org tua tu jin islam agaknya???

Pak Awang berkata...

jin islam kot xkan la hantu plak dtg masjid....

Kamal berkata...

seram la plak org tua tu hantu raya kot???

Penjejak Badai berkata...

org tua tu msti wali kot? sbb selalu wali2 yg singgah masjid mlam2...

Salina berkata...

org tua tu mngkin penunggu agaknya?

Olie Pajutdy berkata...

org tua tu rasanya jembalang kot?? malam2 mne logik klu org....

Mozaire berkata...

cerita org tua singgah masjid malam2 ni bkn dh siar ke??

Abe Wan berkata...

MAHASISWA BISU

Dalam bisu mengupas
buah kepenatan
Menjadi seorang Mahasiswa
Konon Mahasiswa Dewa..
dewa berbentuk manusia..
Macam lakon yang kacau..
Aksi tak pakai fikir
Aksi tak pakai hati
Panji kebenaran
saja tak berani
Jadi apa?jadi dewa?
Berlakon tidak bagus..
Belagu kesombongan
Kosong hati nurani..
Mahasiswa aPa?
Bonekanya Birokrat..
Mahasiswa Boneka
Tidur Mahasiswa Boneka


Abe Wan
UPM
9mlm

Qalam Mutiara berkata...

ULASAN:

Abe Wan sajak Mahasiswa Bisu juga bakal seorang mahasiswa juga dari UPM, menceritakan tentang mahaiswa dinihari, agak berbeza dengan mahasiswa zaman Pak Ungku Aziz dahulu. Kuat membaca , banyak berikir, dapat mengeluarkan pendapat yang bernas, dihormati dan disegani, tempat rujukan. Mungkin zaman telah berubah, pengaruh ICT, kerana maklumat kini mungkin mudah didapati. Mereka belajar sekadar dapat segulung ijazah dari pencipta boneka birokrat untuk mengdapatkan wang.amat sedih dan berbeza dengan zaman dulu kala.Dulu merantau untuk mencari ilmu, masuk hutan belantara kini tak payah lagi tuk guru, segala maklumat datang saja kerumah, seperti air paip dan api di mentol.