Isnin, 28 Jun 2010

SESAT DALAM KELAMBU



Mimpikah aku?
Bila sesat dalam kelambu,
kemana hilangnya pintu kelambu
bebapa kali aku cari tak juga jumpa
membuat keputusan kecewa hingga kesudah.

Apabila aku
mengambilkeputusan
Sambung tidurku semula,
lalu aku tersadar kali kedua
barulah terjumpa pintu kelambu semula.

Bukankah anih?
tidak pernah berlaku
dalam hidup atau sejarah,
tetapi itulah yang berlaku pada diriku.

Oleh: NUrimanja,
sewaktu usia masih rumaja,
dalam rumah kampung banyak nyamuk.
30 40 tahun yang lalu catatan 2010.

33 ulasan:

nurimanja berkata...

CERPEN SIRI 6 BERTAJUK; MENCERI KETENANGAN OLEH : NURIMANJA
____________________________________________________________________


AKU betambah terharu dan tidak mengerti, seketika kemudian aku melihat dia menangis pula, tersedu-sedu nampaknya. Aku bertambah gelisah dibuatnya. Apa yang dapat aku nilai daripada gaya dan pakaiannya dia munkin anak orang yang berada.

“Kenapa menangis? Apa pula bezanya?” Soalku, ingin tahu daripadanya.

“Di rumah saya tidak ada mempunyai rasa ketenangan. mama dan papa saya sebuk dengan tugas masing-masing, sehingga saya tiada ruang untuk bersama mereka,bapa dengan hasil perniagaannya, mama pula dengan tugas kemasyarakatannya.” Di pipinya mengalir air jernih.Hatiku kian bertambah terharu.

“Kenapa saudari, Emm Maaf cik Nur berkata begitu?” Soalku lagi ingin mengetahui. Akan latar belakang kehidupnya.keluarganya.

“Mama dan Papa mengaku kami ini orang Islam, ttapi budaya kami tidak langsung ada cirri budaya terpimpin ke arah orang keluarga Islam, malah kata mama dan papa
Agama yang kami anuti ini boleh membawa ketenangan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat, tetapi saya tidak pernah mreasai ketenangan itu.” Dia menangis lagi, airmatanya semakin banyak mengalir ke pipi.


Aku berastagfar beberapa kali dan menggeleng-gelengkan kepala tanda sedih dan bersimpati kepadanya. Dalam kepala otakku berbagai andaian datang bermain di benak hatiku, malah mengambarkan dan menceritakan sesuatu yang buruk berlaku.

Sesekali hatiku pun tersentak: Betapalah pengaruh harta dan kekayaan sering membuat manusia itu lupa pada agamanya, jauh sekali untuk membawa diri beriman dan bertaqwa kepada Allah yang maha esa.


“Saudara, Emmm, Maaf Jalil. Tolong jangan hantar saya pulang ke rumah. Saya ingin tingal di sini. Saya ingin mncari ketenangan. Saya kekurangan ilmu keagamaan, saya Cuma dapat belajar sadikit saaja sewaku di ekolah dahulu..” Kata-katanya terhenti,

Aku lihat dia, seperti sedang memikirkan sesuatu. Entah apakah kenangan yang sedang bermain difikirannya, sesekali dia senum, sesekali dia menangis menitiskan air matanya. Aku pun menjadi hairan.

BERSAMBUNG.

nurimanja berkata...

ISRAK DAN MIKRAJ SIRI 14 28/6/201(B)

GAMBARAN 9 .


Nabi diperlihatkan bagai seorang hamba Allah yang mengikat kayu yang banyak, bila saja dia hnak
memikulnya , kayu itu akan terburai, bagai tidak sempurna jadinya. Begitu jugalah kata orang
seorang yang uba megangangkat atau memikul beban yang berat,walaupun dia tidak terdaya, ttapi
ditambahnya lagi beban itu.


Perbandingan gambaran di atas,memang benar ada berlaku kehidupan kita seharian di kampung atau pun di kota. malah di seuatu jabatan, petubuhan dan sehingga kepada kementrian, dan wakil YB.

Contoh benar: di sebuah kampung ada seorang itu begitu punya tamat hendak memengang jawatan, dia
jadi iman, dia jadi tok ketua, dia juga nak jadi tukang masak kenduri khawin, dia juga hendak menjadi
pengerusi PIBG dan AJKK. Ini semua dinamakan tamak, didunia boleh lagi kita minta tolong, diakhirat
kita kena tanggong sendiri.Begitu juga yang lain,Sudah di Perlemen kita jadi calon,DUN pun hendak
juga.orang yang faham akan menilai ketamakkan kita.



Iktibar daripada peristiwa ini;_

1. Balasan Dahsat bagi orang yang suka memikul amanah yang diberi tetapi tidak dapat dilaksanakan.
malah sedia menerima lagi jika ada orang yang sudi menawakan jawatan kepadanya.

2. Amanah satu tanggungjawab yang mesti kita laksanakan kepada masyarakat dan hak orang ramai
dengan jujr dan ikhlas, jangan suka dengan jawatan yang banyak tetapi tidak dapat dilaksana dengan sempurna.

3. Sikap tamak kepada sesuatu jawatan, tetapi tidak pula dapat dilaksanakan dengan sempurna Islam
amat menutuknya.


Dalil Al Quran, surah An nisa ayat 58; maksudnya

"Sesungguhnya Allah menyusuh kamu supaya menyerah segala jenih amanah kepada orang yang ahli dengantugas itu (mahir) mrekalah yang berhak menerimanya."


BERSAMBUNG.

Guru Yahya berkata...

LAYAK ATAU TIDAK BUKAN ISU

layak bukan isu,
semua manusia tuhan cipta sama.
cuma yang beza amalan kita.
kalau kita rasa kita jahat,
bukan takda peluang jadi baik,
tapi kalau kita masih tak nak,
memang sampai bila sama.
tiada jalan lain nanti jadilah
benda yang kita tak nak
tapi ada sebab jadi macam tu,
sebab nak tunjuk mana salah kita.
ini semua kemahuan,
atas daya diri kita,
tak ada benda senang didunia,
nak pandai kena belajar,
semua tu bergantung pada usaha,
usaha lebih dapat lebih,
usaha sikit dapat sikit,
tiada isu layak ke tidak.....


Guru yahya
Penang
20.6.2010

Qalam Mutiara berkata...

ULASAN.;

LAYAK ATAU TIDAK BUKAN ISU – berusaha itu yang penting.benarkah?
Begitulah bunyi tajuk sajak Guru Yahya kali ini ,lama nian tidak dengar berita.

Sememangnya benarlah pada lahir pengucapannya, manusia itu Allah
jadikan sama saja, cuma pada rajin berusaha membuat kerja baik atau kebajikan, beribadat, berusaha, semuanya terletek ditangan kita sendiri.(nasib kita kena ubah sendiri) Begitu juga sebaliknya. Tetapi cuma sedikit yang mungkin sudah ditaqdirkan kita lahir keluarga miskin, kawan kita lahir orang berharta.Nasib baik lagi lahir jadi anak raja.,namun itu semuanya ada perhitungannya dari Allah SWTkemudian hari .amin

Halilintar berkata...

wah! untung jalil pmpuan tu nk bermalam di rumah jalil plak? hehe

Tanpa Wajah berkata...

sian pmpuan tu tp kenapa dia lari mlm2????

Saizul Maizav berkata...

bila jalil nk ngorat pmpuan tu? hehehe

Mona berkata...

hrp2 jalil boleh membinbing pmpun tu....

Malik Wariya berkata...

allah mmg menemukan dgn org yg betol.. jd jalil kena berilah tunjuk ajar..

Juragan Desa berkata...

eh! aku ingat jalil nk ngorat pmpuan ni td??? hehe

Jalil Janggut berkata...

makin lama makin dramatik plak cerita ni??? apa kesudahan cerpen ni?? x sabar nk thu....

Puteri Bunian berkata...

wah! babak kali ni jalil dan syahadah je?? romatik..

Mahligai berkata...

wah! best la cerpen kali ni....

Karim Ghani berkata...

jiwa2 jgk cerpen kali ni? hehe

Seri Suri berkata...

eh! ape jd lps ni agaknyer??? aku rasa jalil msti kwin dgn pmpuan ni la...

Sudin Ramlee berkata...

eh! mne boleh tinggal kat umah jalil nnt jalil dituduh menculik plak?

Abul Hassan berkata...

ape jd kat pmpuan tu dn jalil?? suspen btol... best2!

Tengku Anita berkata...

eh! jalil terima ke x syahadah ni nk tinggal umah dia agaknyer?

Sulaiman Embong berkata...

huh! makin lama makin best plak ikut cerita ni.. ape2pun brulah dh thu rupanya syahadah ni mngkin terhanyut harap2 jalil boleh mengubahnya

Mat Noh berkata...

rupanya pmpuan ni xde agama? patutlah... harap2 jalil boleh ubah pmpuan ni dari jauh lagi terhanyut jauh...

Rahman Rahim berkata...

wah! sampai gambaran 9! banyak jugak gambaran2...

Suara Rakyat berkata...

ha! btol sy sokong kdg2 dlm politik Wb ambik 2 kerusi! tamak btol...

Bulan Terang berkata...

ape2pun kita kena ambik tugas setakat yg mampu shaja...

Ambuyak berkata...

malu dgn kerajaan! terbalik pambakang ambik sampai 2 kerusi...

Geletek Malam berkata...

alhamdulilah aku terims tugas setakat yg mampu.... kwn2 aku la adoi... harap2 dorg boleh berubah...

Olie Pajutdy berkata...

huh! mcm mne boleh tersesat plak dlm kelambu????

Mega Sutera berkata...

pelik btol mimpi en nuri tersesat plak dlm kelambu?

Atuk berkata...

kalau sesat dalam kota besar boleh terima lagi ni dlm kelambu??? adoi... misteri...

Ali Conan berkata...

mimpi paling pelik sy dgr... mcm mne dalam kelambu yg kecik pun boleh sesat? pelik2...

Nahul Hidzar berkata...

en nuri mimpi msti pelik2 pnyer dulu hujung dunia...

Ku Dania berkata...

en nuri dh cari apa mksud mimpi en nuri tu??? sesat dlm kelambu mmg seram....

Pak Ngah But berkata...

la.. rupanya dah lama en nuri mimpi sesat ni? wah! kuat lagi ingatan en nuri klu sy mngkin ingat2 lupa...

Angker 13 berkata...

eh! dulu en nuri mimpi ada org ambik tongkat en nuri? kali ni sesat dlm kelambu plak?? mcm2 mimpi pelik2 en nuri hadapi