Isnin, 21 Jun 2010

AMOKNYA SEORANG PAKCIK TOPI SODOK



Amok Pakcik topi sodok
sudah lama dia nan bersabar
hari ini gunung berapi meletup
bila panas habanya melimpah ruah
lalu memuntahkan akan segala laharnya,

Mencapai sebatang kayu
Pakcik topi sudok melompat tangga
lantas empat budak yang selalu lepak
bertempiaran lentang pukang berlari
cuma tinggal helmet, gitar dan kunci.

Amok pakcik topi sodok
tidak seorang pun dapat dicari
benda yang tinggal jadi sasarannya
siapa tahan pagi petang siang malam
lepak depan pintu rumah tangga orang.

Hari ini ada lapoan polis
nampak dua orang datang memantau
malam nanti datang lagi buat bising
sudah biasa tiada siapa berani sergah
akhirnya pakcik topi sodok yang susah.

Oleh ; Nurimanja,
Marahnya seorang Pakcik
Dengan budak-budak x erti bahasa.
tanggal 19/6/2010 jam 10.30 pagi.

33 ulasan:

nurimanja berkata...

ISRAK DAN MIKRAJ SIRI 7 21/6/201


Gambaran 2.
Sewaktu nabi dalam perjalanan bersama malaikat jibrail itu, nabi melihat pertani bercucuk tanan dan memungut hasilnya dengan kadar yang segera, tanpa henti-henti? Anih ya?

Iktibar dari peristiwa ini,

1. Allah akan mengurniakan pahala yang berlipat ganda kepada orang yang suka berjihat pada jalanNya dan bersedekah.
2. Allah tidak mensia-siakan orang mlakukan kebajikan dan balasan setempal dengan apa yang mereka lakukan.
3. Islam mngalakan umatya mencari rezeki dengan berusaha dan disamping itu banyaklah membuat kebajikan

Dalil rujuk Al Quran; Al Baqarah ayat 261,


Kira maksud Bandingkan orang suka menafkahkan hartanya pada jalan Allah,sama dengan sebiji benih yang tumbuh 7 tangkainya
yang mana pada etiap tangkainya mengandungi seratus biji benih,
Malah Allah akan mengurniakannya kepada sesiapa yang dia kehndaki.
Sesunguhnya Allah maha luas kurniaannya dan maha mengetahui.


Orang yang kuat bersedekah Ällah lipat gandakan rezekinya, dan orang yang bahil, para malaikat doa akan menelangkupkan tangannya
sambil berkata, Ya Allah jangan kau tambahkan rezeki orang yang kedekut dan bahil ini...

BERSAMBUNG ESOK.

nurimanja berkata...

CERPEN SIRI6; KEMBALINYA SEORANG MUALLAF OLEH; NURIMANJA.



Umai dan Harban Sing serta pemuda-pemuda estate cuma memerhati sahaja apa yang telah dilakukan oleh Tok Iman dan Tok Bilal ke atas mayat Mahmood, tetapi mereka tidak di benarkan menyentuhnya.

Sehingga mayat Mahmood dimasukkan ke dalam keranda, Tok Ketua meminta orang ramai mengangkat keranda mayat Mahmood itu untuk diletakan di atas pengusung agar segera dibawa ke tanah perkuburan.

Umai dan Harban Sing dan dua tiga orang lagi kawannya di estate dengan segera mengangkat bersama dengan pemuda-pemuda kampong hulu, bergilir-gelir dan sambung menyambung membawa jenazah Mahmood. “Inilah pertolongan terakhr.buat Mahmood,” bisik hati mereka.

Setelah sampai di tanah perkuburan bebeapa orang penggali kubur sudah sedia menanti dalam hujan renyai-renyai itu, kelihatan mereka basah kuyup dan berglumang dengan selut bersama cangkul, timba dan penyuduk.

Sebelum di kebumikan sekali lagi mayat Mahmood dibuka di bahagian mukanya untuk memberi peluang terakhir kepada anak isteri, Nyonya chu Thou dan Umai, serta sahabat handal melihatnya buat kali terakhir.

Setelah dikebumikan talkin pun dibaca oleh Tok Iman dikellingi bebrapa orang Tok Bilal Tok Siak, Ketua Kampung hulu, Wak Jawa ,Umai dan Harban Sing, turut seta juga pemuda-pemuda estate dan kampong hulu.

Kemudian diikuti pula oleh doa ke atas si mati, ramai orang yang datang menyasikan pengkebumian jenazah mahmood petang itu, semuanya mengangkat tangan, dan menyebut Amin! kecuali yang bukan Islam.

Sebelum mereka beredar daripada tanah perkuburan hujan masih juga turun renyai-renyai, bagai turut menandakan satu kesedihan yang mengiringi pemergian Mahmood itu. Sewaktu dalam perjalanan pulang sempat juga Tok Ketua kampong hulu betanya kepada Umai.

“Bagaimana Umai? Ada senang hati?”
“Oh! Banyak senang hati, banyak baik Aya..”
“sekarang tak ada susah lagi.?”
“Tak ada Aya. Sekarang cukup ada senang.Terima kasih banyak Aya, juga smua orang kampong, banyak-banyak terima kasih!”

Tok Ketua senyum-senyum mendengar penjelasan Umai itu.
BERSAMBUNG.

Qalam Mutiara berkata...

CERPEN ini kia benar yang berlaku pada tahun 1974 di sebuah perkampungan melau brhampiran dengan estate.

Kalau anda mengatakan ini satu budaya 1 Malaysia, penulis ini
mendahului apa yang diseranankan oleh PM.

Geletek Pagi berkata...

ISU SEMASA BUDAK_BUDAK GAM

Aku kenal dg pakcik topi sodok itu
dia pun jual madu macam en nuri juga.

Masa bapa budak dua beradik itu kena tahan kes dadah, mereka kecil lagi disekolah rendah, balik sekolah tak
ada siapa rumah kunci, Pakcik bagi
makan, tak kira kasiha.

Bila orang tanyak bapak hang mana? Pakcik kata dia ergi kursus jauh
setahun dua baru balik nak tolong tutup kasihan.tak kira jiran-jiran kasihan


Bila dah besar, Pakcik cuba bagi nasihat,yang si kakak itu pula kata,Pakcik fitnah dia bawa jantan dalam rumah, Bila sudah baranak?
baru tanggong sendiri

Kini si adik pulam isap gam buat bising, rempit,ajak kawan lepak depan rumah Pakcik, tegur pagi, petang lagi ramai, sabar pi, peduli
Pakcik ni, dia bukan boleh buat apa.

Kira 7 bulan aman damai flat ini bila seorang lari malu, seorang lagi buang sekolah pindah balik Pulau,cuti sekolah balik semula,
raya haji buat bising, cukup tak masuk ajar.

Inilah budaya budak-budak sekarang tak eri berterima kasih dan hormat orang lebih tua.

Malik Wariya berkata...

eh! panjang jgk cerita israk mikraj ni...

Yusof Lim berkata...

xpyh saya buka buk2 dh psl israk mikraj ni dlm blog en nuri pun sy dh tau bayk....

Sudin Ramlee berkata...

wah! panjang jgk perjalanan nabi muhamad ni...

Danial berkata...

trima kasih dapat jgk info serba sedikit psl israk mikraj....

Ummu Akilah berkata...

wah! banyak sy dpat tau pasal israk mikraj skrg.... thnkz en nuri!

Sulaiman Embong berkata...

saya rasa lebih baik suruh pak cik topi sodok tu sembahyag hajat! sbb selalunya tuhan makbulkan org teraniaya....

Sulaiman Embong berkata...

saya rasa lebih baik suruh pak cik topi sodok tu sembahyag hajat! sbb selalunya tuhan makbulkan org teraniaya....

Pak Ngah But berkata...

geletek pagi suruh je pak cik tu baca yassin setiap malam takut apa!!

Mat Noh berkata...

geletek pagi kalau bdk2 tu dok kmpung mmg sah kena dh buatan org..

Bulan Terang berkata...

geletek pagi bgthu kat pak cik tu jgn dok tegur2 dorg ni bkn boleh ditegur atau pukul ke apa ke? baca je yassin setiap malam! sah ditimpa musibah la bdk2 tu....

PENYAIR AGUNG berkata...

NI MSTI PAK CIK TU DUDUK DI BLOK 1 BANDAR BARU TELUK KUMBAR KAN? SBB KAT SANA MEMANG TERUK SIKIT BDK2 KAT SANA? KENAPA TAK BACA YASSIN SAJA? JANGAN LA TAKUT SANGAT APA YANG AKAN BERLAKU YANG PENTING KITA TERANIAYA KAN? BACA SAJA YASSIN NESCAYA ALLAH TOLONG.... YANG PENTING BCA YASSIN!!!
BAGITAHU KAT PAK CIK TU TAU GELETEK PAGI...

Orang Lama berkata...

geletek pagi suruh pak cik tu smbhyg hajat sbb sy pun ada anak mcm tu jgk wat bising dan hisap gam jiran2 bghtu? saya buat smbhyg hajat setiap malam alhamdulilah anak sy tu jd berubah...

Saizul Maizav berkata...

sian plak pak cik topi sodok tu.... ape2pun sembahyag hajat bg bdk2 ni ditimpa kemalangan.. jgnlah kesian2 dgn bdk2 ni....

Jalil Janggut berkata...

ha! pak cik topi sodok la yg mengamuk ari tu.... ape2pun nnt suruh pak cik tu baca yassin setiap malam dan sembhyg hajat insyaallah tuhan akan tolong pnya...

Abul Hassan berkata...

bdk2 jnis mcm ni mne boleh bg nasihat dgn cara baik atau kasar? dorg tetap mcm tu... snang cerita smbhyg hajat saja!! geletek pagi nnt bagithu pak cik topi sodok tu...

Brader Joe berkata...

la..setakat amuk je pak cik topi sodok ni??? mne dorg nk takut sepatutnya baca yassin setiap malam! sembhyg hajat! msti trima akibat la sorg ni msa tu bru la dorg insaf btol2....

Sheikh Al Habib berkata...

geletek pagi suruh saja pak cik topi sodok tu baca yassin setiap malam2 dan smbhyg hajat setiap malam... insyaallah dgn kuasa tuhan mngkin mereka akan berubah....

Ali Conan berkata...

aku rasa dorg akan buat balik kat pak cik topi sodok tu sbb bdk2 gam ni bkn boleh ditegur kat kmpung aku mcm ni jgk dorg buat bacaan yassin setiap malam skrg! aman je kmpung aku ni.. jgn main2 dgn yassin.. geletek pagi sila bgthu kat pak cik topi sodok tu...

Seri Suri berkata...

la... ada smbung lagi cerpen ni ingatkan dh hbis sbb bila baca mmg mcm dh hbis...

Julia berkata...

bkn dh hbis ke cerpen ni?? sbb xde suspen pun....

Tanpa Wajah berkata...

la..ingatkan lps dh tanam mahmod cerita dh hbis ade lagi ke sambungan? pelik jgk....

gelora maya berkata...

eh!panjang jgk cerpen ni ape2pun xde plak unsur2 suspen cerpen ni???

Golok Buta berkata...

la..bkn ke dh tanam mahmod cerita pun hbis ke? ada smbung lagi plak? ni msti mayat mahmod bangun balik ni...

Ambuyak berkata...

lps ni klu mahmod ni org baik msti kubur dia bau harum klu dia org jahat msti kubur dia ada ular.... hehe

Ustaz Muda berkata...

xde peristiwa pelik pun berlaku msa mengkebumikan mahmod ni??? pelik jgk...

Abang berkata...

huh! ada smbung lagi ker? sapa plak yg mati nnt? umai ke? fatimah? atau wak?

nurimanja berkata...

Cerpen ini esok tamat.

Cerita ini biasa, tak ada apa pun. rasa saspen cuma rakaman suasana
peristiwa sahaja.Sebab dia cerita benar kematian seorang mualaf di sebuah kebun china berhampiran dengan kampung melayu dan estate. Mat noh mesti tahu kut? kalau dia
orang kampung nibung hangus atau
tanjung nipis. Jin Seng Estate.

Suka SUki berkata...

RASA YANG REBAH

Rasa sayang antara cinta
Rasa gundah antara jiwa
Rebah rasa rebah jiwa
Hormat tiada tara
Lumrah tiada beza
Alam tiada nyawa
Jadi saksi..jadi bisu
Jadi kaku sekeras batu
Hati lemas..hati marah
Hati resah gelisah
Rasa..rasa..
Rebah rasa..rebah jiwa
Rebah tiada tara..tiada kata
Alam..mengapa dibeza
Bukankah makhluk tiada sengketa
Bukankah janji untuk dikota
Bukankah sepi tiada makna
Tangis bawa derita
Tawa bawa sengketa..bawa lara
Rasa..rebah rasa


Suka Suki
Selangor
11mlm

Qalam Mutiara berkata...

ULASAN:

SAYANG REBAH oleh Suka Suki dari Selangor, ini mungkin sajak pertama yang pernah dihantar ke blog RC agaknya. Pengucapan pada rasa kecewa bila saja kasih sayang yang dipuja dan dibina selama ini mungkin rebah atau musnah, akibat ada rasa ketidak kesepahaman yang ketara dan berbeza di antara dua hati yang dahulu satu, sukar dibelah bahagi.Ini sudah menjadi lumrah jiwa atau kehidupan,eloklah buat ujikaji dahulu sebelum perkenalan lebih mesra, tanya diri siapa kenal kita , cuba menilai hati budinya, melihat jiwa raganya, sebelum menyerah hati sebulat kata semuanya. Bila berlaku ketidak keseirama, bila lagu dan melodinya bagai tidak
lagi seering dan sekata, maka nynyiannya pun akan sumbang dan tempang.Begtulah jadinya.