Jumaat, 18 Jun 2010

HIDUP BAGAI MENONTON


Dunia ini bagaikan panggong wayang kita
Apa saja yang diperlakukan oleh manusia
semuanya memunyai hikmah dan pengajaran
sama ada lakunan baik ataupun kejahatan
manusia dengan peranannya watak utama
akal pula menilai segala episud dilakunkan.
Allah telah pun memberi kita akal fikiran
bagi melakunkan watak baik atau kejahatan
demi mengisi kerja makrup atau kemungkaran
dicelah tanggung jawab menghadapi kehidupan
buat menilai apa saja yang diperentah Tuhan.

Oleh; Nurimanja,
Bila menerung diriku kini.
sama seperti penonton di pawagam
keluar panggong dapatkah pengajaran.6/2010

28 ulasan:

nurimanja berkata...

ISRAK DAN MIKRAJ SIRI 4 18/6/2010

SEBELUM BERLAKU?

HADIS RIWAYAT BUKHARI; Pada malam kejadian itu nabi sedang tidur di masjidil-Haram bersama Hamzah dan
sepupuna Jaafar bin Abu Talib.lalu nabi didatangi malaikat Jibrail dan Mikail mengangat nabi dibawa
ketepi telaga zam-zam, lalu nabi dibedah dari leher ke perutya, dikeluarkan hati dibersih dengan air telaga zam-zam. kemudian dimasukan , Ilmu, hikmah dan iman.lalu ditutup semula tanpa meninggalkan kesan, kemudian dicop pada belikatnya tanda kenabian.
Semuanya dengan izin Allah SWT.


Sebnarnya ada hikmah, hati ini merupakan raja segala anggota,bagi orang muslim mesti bersihkan hati daripada sifat keji ini, seperti dengki, khianat, tamak, angkuh, sombong dan sebagainya.untuk itu kita patutlah mengambil sikap ikhlas, bersih hati,cekal dan sejahtera agar mudah menerima ilmu.

Setelah selesai semua itu, nabi dibawa menaiki seekor BORAQ dari syurga bergerak pantas seperti kilat.semuanya dengan Qudrat dan Iradat Allah swt.kerana dialah yang Maha berkuasa lagi maha mengetahui.

Apakah pengajarannya yang perlu kita ambil. Kalau kita hendak berjalan jauh perlulah mengunakan keinderaan yang baik dan sempurna.

Begitu juga penajaran di atas tentang HATI; contoh jika seorang panglima perang berperang bukan kerana kekuatannya, tetapi kerana keikhlasan hatinya mempertahankan nagara, bangsa dan agamanya.

Begitu juga seorang Dermawan, menderma bukan untuk menunjukkan banyak hartanya, tetapi ikhlas hendak membantu kerana Allah kepada saseorang.

Begitu juga Tok Khatib yang membaca khutah hari jumaat bukan kerana kelantangan khutebahnya
di atas mimbar untk mendapat pujian makmum, tetapi kerada Allah menyeru untuk kebaikan semua makmun dan dirinya juga.Amin

BERSAMBUNG ESOK.

nurimanja berkata...

CERPEN SIRI3; KEBALINYA SEORANG MUALLAF OLEH; NURIMANJA.



SETIBAnya di rumah Mahmood, Wak Jawa dapati dua orang cucu angkatnya sedang menangis dan meraung di hujung kaki dan kepala mayat Mahmood . Wak Jawa terus ke sisi mayat dan cuba mempastikan kematian Mahmood. Kemudian cuba pula mendamaikan kedua cucu angkatnya.

Setelah Wak Jawa pereksa tidak ada satu perubahan pada mayat Mahmood, matanya terpejam rapat seperti orang sedang tidur, kedua kakinya dimasukannya kedalam sarung guni, barangkali untuk menghendarkan dari digigit nyamuk atau kesejukkan.

Mahmood meningal di atas pangking di luar bilik tidur, di sisinya terletak sebuah lampu suluh, di kirinya tersandar sebilah cop tajam untuk memungut kelapa di kebun untuk dijadikan senjatanya mengawal kebun kelapa nyonya Chu Thaou. Mahmood benar-benar seorang yang amanah dan jujur kepada tuannya.

Wak Jawa segera bridar dari situ . Langkahnya begitu cepat melangkah untuk menuju ke rumah Tok Siak yang berhampiran kepada mualaf Ramlan telah tersibar di seluruh kampong hulu, setelah kentong atau beduk dipalu sebanyak tujuh kali oleh Tok Siak ini menandakan ada orang dewasa meninggal dunia.

Tok Iman dan Tok Bilal berlari meredah hujang renyai-renyai yang masih juga belum berhenti menuju ke masjid. Diikuti pula oleh Tok Ketua kampong dan ahli jawatan kuasa masjid, serta juga penduduk-penduduk kampong hulu..

Suasana menjadi bising di hadapan masjid kampong hulu, Tanah di halaman masjid menjadi becak dipijak oleh orang ramai, namun hujan enyai-renyai tidak juga mahu berhenti, malah sesekali dia turun lebih lebat lagi. Menjadikan pergrakan menjadi lebab dan lambat di kampong itu.

“Siapa meninggal? “ Tanya seorang yang baru datang meredah hujang renyai itu.
“Mualaf Mahmood anak aruah mualaf Ramlan,”” jawan Tok Siak.
“ Hai, semalam saya jumpa di di kebun?” agak terkejut bunyinya
“ Nak mati, apa susahnya , kehendak Allah,” Kata Tok Iman pula.

Setiap orang ramai yang baru datang dan ingin tahu tetang beduk berbunyi tujuh kali pagi itu telah pun terjawab, mereka semua pun menyebut;“Inna lillah hiwa inna hilai hira jiunn,”

Ramai teman dan sahabat yang biasa mengenali Mahmood berasa sedih dan sayu pagi itu, seperti mana suasana muram hujan yang lama tidak menampakan matahari.

BERSAMBUNG.

Jalil Janggut berkata...

KAMBING HITAM

Semalam balik dari kerja
Tengok kambing hitam lintas jalan
Orang pun ada warna hitam kulitnya
Terfikir beza..nilai..harga
Kambing..Orang..
Kambing lahir
kadang-kadang dalam kandang
Kadang-kadang tengah padang
Orang lahir kadangtempat baik
Kadang-kadang tengah padang
Kambing lahir nilai..harga RM600
Orang lahir kadang-kadang..
Nilai..harga Lubang jamban
Tepi longkang
Dalam perangkap sampah.


jalil janggut
teluk kumbar
di gerai salam

Qalam Mutiara berkata...

ULASAN:

Jalil Janggut pendatang baru, mungkin jadi ahli baru dengan sajaknya Kambing Hitam.

Pada pengamatan saya kambing hitam disini, buang bayi, kalau dulu orang Kata deman kura, bila lama sangat, dipanggil deman kekura berjari kepala hitam.Bila lahir anak LN ada jari kepala hitam, dalam bahasa Indonesia, anak Gampang ertinya mudah. Anak lahir Mudah.Hari ini sudah menjadi lumrah, tak rasa berdosa, malah ada di blog 1 mak bapak rasa senang pula lihat cucu dia tidak berbapak.cucu siapa?, langsung tak rasa bersalah.Budak ini bila besar kawan-kawan ejek dia.mesti rasa tertekan , masa ini ia boleh bunuh mak bapak dia...Orang dulu bila berlaku macam ini, mereka pindah tak duduk lagi dikampung itu malu....

Comel berkata...

eh! sian mahmod ni...

Jengking Perak berkata...

7 kali ke menandakan org meninggal????? aku pun bru thu jer ni...

Ali Conan berkata...

kenapa sampai tujuh plak klu dewasa? klu bdk2 brapa?

Mat Noh berkata...

eh! teringat plak baru2 saya ditugaskan mengetuk beduk di kampung...

Sulaiman Embong berkata...

sian mahmod org yg baik... ape2pun semoga di ditempatkan dalam golongan org beriman...

Badrolshah berkata...

suasana sayu plak bila baca pasal org meninggal ni....

Brader Joe berkata...

eh! kena ketuk beduk ke? klu x ketuk xpe ker?

Kaber Arafat berkata...

eh! wak jawa sempat lagi check mahmod ni? bkn nak paggil tok siak..

Petualang Tiga berkata...

7 kali kena ketuk ker? klu lebih atau kurang boleh???

Sharifah berkata...

semalam elok hari ini meninggal? mmg ajal x tentu masa...

Pak Awang berkata...

sian anak2 mahmod... eh! ape jd seterusnya....

PENYAIR AGUNG berkata...

MAHMOD NI NANTI DIKEBUMIKAN DIMANA???? SEBAB DIKAMPUNG SAYA PERNAH BERLAKU SEORANG MUALAF CINA MENINGGAL SEMUA BEREBUT UNTUK MENANAM MAYAT DIA DI KUBUR CINA...

Man Pendek berkata...

eh! wah siap dibedah dari leher sampai perut! perghh!!! ngeri btol...

Halilintar berkata...

oh..mcm ni cerita pasal israk mikraj rupanya...

Umar haslam berkata...

wah! mmg berpengajaran cerita israk mikraj en nuri ni...

Ku Dania berkata...

wah! boraq!!! ape binatang tu???

Danial berkata...

eh! kenapa plak kena bedah? bkn ke nama mmg hati dia bersih...

Bob Kuli berkata...

bila baca cerita israk mikraj ni teringat plak zaman aku skola dulu... dulu dgr cte2 mcm ni kt skola jer

Hafizudin berkata...

ape2pun btol kata en nuri dalam israk mikraj hati kena bersih...

Saizul Maizav berkata...

yup! btol tu en nuri hidup bagi satu pentas lakonan...

Orang Lama berkata...

ape2pun kita kena berhati2 bila nak berlakon sbb di pertonton nnt...

Ezad Emir berkata...

eh! sajak kali ni mmg menarik! hidup bagai pentas lakon layar..

Kembara Budiman berkata...

hanya org yg bijak dapat berlakon dgn baik...

nurimanja berkata...

jawapan;
- kalau budak meninggal 3 kali bunyi beduk akhir..
sebenarnya ada cara; Mula-mula pukul bagi signal , ada irama sekali dua kali tiga kali lepas itu kena cepat,cepat,cepat.......

Barulah pukul untuk solat waktu, ikut solat rakaatnya; 2, 4, 4, 3, dan 4.

kalau orang yang meninggal dewasa 7 kali, budak 3 kali. Kalau cemas darurat. pukul beduk tak berhenti ....