Sabtu, 12 Jun 2010

MENILAI HARGA DIRI


Banyak bercakap dengan diri sendiri
merupakan mencari kelemahan diri sendiri
bila hasil kerja baik, ada nilai harga diri
sebagai modal berharga kena jaga nilai diri
itulah sebaik nilai bagi harga diri sendiri.

Pertanda yang anda ada nilai harga diri
Apa yang kita terima itulah yang kita dapat
sebenanya jaga harga diri bukanlah takbur
jangan kita jangka kita tiada harga diri
nilai diri kamu, baru nilai diri orang lain.

Oleh ; Nurimanja,
jam 7.30  malam.
10hb, jun, 2010.

24 ulasan:

nurimanja berkata...

CERPEN LAGENDA SIRI 2 SEORANG TUA DENGAN WARNA SENJAKALA.


Angin senjakala menjamah seluruh tubunya yang cengkung.jangut dan jambangnya yang tidak terurus diterjah angin malam, rambutnya yang panjang mengerbang ke belakang, bajunya yang koyak rabak dibiarkannya jatuh ke bahu, tubuhnya berdebu bercampur gaul dengan kurap dan panau, lalu mengeluarkan bau yang menyubatkan lubang hidung sesiapa yang mendekatinya. Namun jiman tidak terasa itu semua.


Sesekali deru angin dan ombak Menyerbu ke pantai, lalu mendendangkan irama sedih yang memilukan hati Jiman. Air mata Jiman mengalir ke pipi buat entah kali yang keberapa dia menerima musibah. Hidup sebagai seorang manusia penagih rezeki di perjalanan. Jiman dibayangi masa depan yang gelap dan dibendungi sejuta rasa kepedihan


Bebrapa orang psaangan muda mudi bergandingan tangan seleh berganti keluar dan masuk mengunjungi pantai permai yang indah di waktu senjakala itu. Mereka datang bermadu asamara di bangku-bangku batu yang kaku berjajar di sepanjang tepian pantai itu..


Jiman tahu; Suara ombak tidak seindah derama cintanya sewaktu dia bersama gadis-gadis genik seketidurannya . Begitu juga hamparan laut, bukan lagi tempat dia peraduannya memeluk gadis-gadis genik. Deru ombak , bukan lagi irama muzik di ruang hiburan yang pernah didengarinya dahulu, kerana semuanya telah musnah ditelan masa dan hilang dari impiannya.


Dinihari; Jiman terasa warna senjakala di tepian pantai cuma untuk manusia yang sedang dilamun cinta dalam gelombang asmara di alam rumaja. Bukan seperti dirinya yang sudah dhaif dan lemah disalut ketuaan. Sesekali Jiman terasa kehadirannya di tepi pantai permai ini bagai mencemar warna senjakala yang indah ini.


Pernah di satu ketika: Di waktu senjakala begini, waktu matahari merah mengambang senja, waktu cahaya merahnya tumpah ke laut, waktu uara ombak menhempas pantai, waktu deru angin membawa kesejukan malam. Jiman telah dipukul dan ditendang oleh seorang anak muda, bila Jiman secara tidak sengaja telah terlanggar teman wanitanya.


BERSAMBUNG.

Saidatul Husna berkata...

CINTA CELAKA

Tiap kali kubuka
lembaran ini
Pasti ada bicara
hati pedih merintih
Pasti ada jiwa
luka yang meraung
Semua tulisan
di sini berbau emosi
Tulisan manusia-manusia sakit
disebabkan cinta
aku ketawa geli hati
Kerana aku antara satunya
Jadi cinta itu luas
Sudah lama kulihat
tapi sengaja tak peduli
Cinta yang itu celaka
Buat apa kau tunggu lagi
Cinta yang satu ini kan ada
Tak perlu lagi dicari
Aku ingat pada mama
Aku lupa sakit yang menggila
Lama tak bertemu
Esok akan dapat ku peluk kamu
Mama yang ku rindu


Saidatul Husna
11mlm
2.6.2010

Qalam Mutiara berkata...

ULASAN;

Cinta Celaka sajak dari Saidatul Husna. Bulan ini agak terlalu biasa beberapa buah sajak yang masuk membicarakan kisah cinta dan jiwa, aidatul Husna bagai sudah jemu dengan kisah cinta ini, mungkin biasa kecewa, Tiap kali membaca di lambaran, mungkin akhbar faceook , blog,puisi,yang sedang. diangapnya sebagai manusia yang sedang sakit, kecuali cinta pada ibu yang tidak payah dicari dan boleh bawa ke syurga.
Insyaallah.

Ali Omar berkata...

xde dialog la cerita jiman ni?

Saizul Maizav berkata...

klu bdk2 tgk jiman msti dorg kata org gila.... hehe

Si Kecil berkata...

misterilah jiman ni...

Nama Aku berkata...

kesian jiman... sedih cerpen ni..

Sumpah Keramat berkata...

ape terjadi seterusnya nnt? jiman mmg misteri...

Halilintar berkata...

mne keluarga jiman????

Usop Nayan berkata...

mcm org gila je penampilan jiman ni.. hehe

dam catur berkata...

jiman ni msti ada bela hant raya? pewatakan dia pun misteri..

Brader Joe berkata...

jiman ni kenapa pelik sgt???

Umar Haslam berkata...

msti bdk2 takut dgn jiman ni...

Sudin Ramlee berkata...

msti xde sapa berani dekat dgn jiman....

Sulaiman Embong berkata...

cerpen ni berkisar tentang apa? xde unsur dramatik pun??

Seri Suri berkata...

suspen cerpen ni.....

Qalam Musofa berkata...

misteri jiman ni.... dia keja apa?

Mona berkata...

takut bila baca tentang jiman... mmg org tua misteri...

Mat Noh berkata...

best sajak ni ape2pun nilai diri kita sendiri dulu sebelum menilai org lain...

Atuk berkata...

nilai diri kita dahulu adalah lebih baik menilai org lain...

Ustazah Hamidah berkata...

sajak pengajaran kali ni mmg menarik...

Kembara Budiman berkata...

harga diri lebih penting jika xde harga diri mmg xde maruah la...

Lelangit Biru berkata...

ape2pun harga diri penting....

Tanpa Wajah berkata...

sajak menilai diri sendiri? insaf baca.....