Assalammualaikum WBT dan Salam Sejahtera.Bicara pendek saya mulakan dengan serangkap pantun:
Dunia ini tanpa sempadan,
Dihujung jari kita layari,
Jika hidup tiada pedoman,
Bagai belayar dilaut mati
Di Lahirkan pada 29 disember dan dikenali dengan nama pena Yusma dan dikalangan rakan-rakan sebagai Yusri. Pernah manjadi guru sambilan, guru sementara terlatih dan guru terlatih. Seorang pendidik kecil di daerah pendalaman Sarawak. Berkhidmat di Pulau Pinang dan Perak. Mula menulis sejak tahun 1973 dengan penulisan sajak, cerpen, cerita kanak-kanak, drama radio, rencana, pendapat dan jg sebagai kartunis. Karya-karya pernah tersiar di Dewan Bahasa Pustaka Cawangan Sarawak, Dewan Perintis, Majalah Kiblat, Berita Harian, Majalah Balai Muhibbah, Warta Johor, Bintang Timur, Mingguan Malaysia, Borneo Post, Kosmo, Berita Perak, Utusan Pelajar, Mingguan Kanak-kanak, Mastika dan lain-lain
ketika aku membuka jendela kamar hari ini keraguan dan kegusaran semalam ekonomi yang merosot politik yang kelam-kabut menteri atau siapa janji yang dimungkiri kata yang tak dikota hari ini begini esok entah bagaimana
Bulan Terang bertajuk Begini Hari Ini Esok Bagaimana? Manusia yang sudah pun berkecelaruan minda memang sukar untuk meramalkan kata dua YA atau TIDAK.Ekonomi boleh setabil jika dijaga dengan adil, politik tidak akan jadi kelam-kabut jika niat ikhlas di hati tidak berserabut. Kata mestilah dikota , jika tidak digelar maha pendusta. Hari ini sudah Nampak begini, hari esok mungkin bertambah terok. Tidak perludiulas lagi.
Berkatalah Nuri..Catatan Citra Rasa ini melengkapi perjalanan hidup saya di Bumi Kenyalang, Cempaka Sari, dan Pulau Mutiara. Puisi-puisi ini adalah sedenyut nadi dalam perjalanan dini hari. Puisi-puisi ini ada yang tersiar di akhbar dan media elektronik dan ada juga yang tidak pernah dihantar, cuma untuk simpanan tatapan sendiri.
Jika ada yang ingin berkongsi pandangan, teguran atau pun komentar. Sila layari blog ini dengan lapang dada menghulur tangan menyambut salam persaudaraan dalam dunia penulisan.
11 ulasan:
Untuk memudahkan anda faham
Bayangkan hurup (L)
di atas tiang huruf L itu (C)- LANGIT
di bawak kaki huruf L itu (B)-
MASJID HARAM DI MEKAH
DI hujung kaki huruf L itu (A)-
MASJID AL AKSAQ FI PLASTINE
(A)pergi ke (B) namanya israj-perjalanan di bumi.
(B) naik ke (C) namanya Mikraj- naik ke langit.
bacaan huruf dari ke depan/kanan ke belakang, C- B- A
sebab huruf A di depan dari B dan C
Maaf ! ralat lagi, selalu macam ini berlaku, memang susah untuk kita
terang hal kisah israk dan mikraj ini keliru;
(C)langit untuk naik mikraj
(B)masjidil Aqsa Plastine
(A)masjidil Haram Mekah israk
A kepada B israk
B kpada C mikraj
BEGINI HARI INI ESOK BAGAIMANA ?
ketika aku membuka
jendela kamar hari ini
keraguan dan kegusaran semalam
ekonomi yang merosot
politik yang kelam-kabut
menteri atau siapa
janji yang dimungkiri
kata yang tak dikota
hari ini begini
esok entah bagaimana
Bulan Terang
Kelantan
2pagi
ULASAN:
Bulan Terang bertajuk Begini Hari Ini Esok Bagaimana? Manusia yang sudah pun berkecelaruan minda memang sukar untuk meramalkan kata dua YA atau TIDAK.Ekonomi boleh setabil jika dijaga dengan adil, politik tidak akan jadi kelam-kabut jika niat ikhlas
di hati tidak berserabut. Kata mestilah dikota , jika tidak digelar maha pendusta. Hari ini sudah Nampak begini, hari esok mungkin bertambah terok. Tidak perludiulas lagi.
er.... mash x brapa phm lagi la psl CBA ni???
pening jgk la psal ABC ni??? ape2pun trima kasih sbb bgthu...
aku paham sikit2 je pasal ABC ni... hehhee
penerangan en nuri ni sy phm tp klu nak terang balik sy x reti la...
agak pening jgk nak paham btol2 psl A B C ni...
mmg misteri plak baca pasal A B C....
wah! mmg menarik perjalanan A B C ni...
Catat Ulasan