Rabu, 16 Jun 2010

MENGENANG MELAYUKU WAKTU DULU



Melayuku waktu dahulu,
lebih mempercayai hantu syaitan
daripada mmprcayai ketetapan Tuhan
malah lebih percaya kepada untung nasib
daripada percaya sesuatu itu taqdir Ilahi.

Melayuku waktu dahulu,
Lebih banyak dipedaya dan tertipu
daripada menipu dan ingin rasa memperdaya
malah cuma ada hasad dengki dan tamak haloba
bagi memutar belitkan segala fakta yang direka.

Oleh : nurimanja,
Suara Bebas dari prasangka
dua tiga hari lalu jun, 2010
mengundi awal,baik untuk PM kini.

36 ulasan:

nurimanja berkata...

CERPEN SIRI 1 ;KEBALINYA SEORANG MUALLAF OLEH; NURIMANJA.


MUSIM hujan turun renyai-renyai belum lagi berhenti sejak semalam. Kedinginan pagi kian mencucuk tubuh. Angin malam sesekali menyelenap masuk dari celah dinding atap nipah, menjadikan api pelita minyak meliuk lintuk menari ke kiri dan juga ke kanan.

Kira-kira jam pukul enam setengah pagi. Pintu rumah Wak Jawa bagai hendak pecah diketuk orang.Wak Jawa bingkas bangun, walaupun dia terasa berat unuk melepaskan dakapan panas dari isteinya. Wak Jawa bergekas ke pintu, tangannya menolak salak pintu.

Apa bila pintu dibuka, tercegat Fatimah di muka pintu,pakaiannya basah kuyup, bibirnya mengeletar kesejukkan, matanya jelas menunjukkan seperti orang bersedih,
Dan wajahnya benar-benar muram, semuram cuaca pagi hujan renyai-renyai itu.

“Ada apa Fatimah?”
“Mahmood…”
“Kenapa?”
“Dia… Dia telah meninggal.”
“Mahmood meninggal!!..”
“Ya Wak!”
“Innalillah. Hiwainna hilal hira jiunn…Sakit apa ?”.
“Tak tahu..Tapi semalam dia ada cakap sakit dada,”
“Sakit dada?”
“Ya Wak!”
“Dia masih minumka air tuak itu?’
“Kalau musim hujan, dia minum juga Wak, untuk panas badan.”
“Mahmood! Mahmood!!...”
“Tolong Wak datang ke rumah cepat, saya hendak pergi ke estate,”
“Ya! Ya! Wak akan datang !,”

Setelah menrima pengakuan itu, Fatimah terus meninggalkan rumah Wak Jawa itu, dia berlari meredah hujan renyai-renyai yang masih belum berhenti. Isteri Wak Jawa tidak sempat menemuinya.

Selepas memberi tahu isterinya. Wak Jawa segera mencapai payung di sebalik pintu, kemudian turun meredah hujan renyai-renyai yang enggan berhnti pagi itu.

Wak Jawa tahu, Fatimah pergi ke estate, untuk memberi tahu Umai adik kepada Mahmood yang tinggal bersama di rumah Harban Sing. Hanya Umai sajalah adik kandung Mahmood , mereka berdua beradik ini anak kepada Mandor Ramlan yang bekerja di estate itu dahulu.

BERSAMBUNG.

Pak Awang berkata...

SEPUCUK SURAT TENTANG SAJAK

aku kembali mencari makna
sepucuk surat sebuah sajak
demikian ini kata hatimu
tatkala mengungkap rindu
namun segalanya hilang
ditelan bayang kau tinggalkan,
kata itu mainan bibirmu
tetapi aku tetap
menyimpan dalam dilubuk hati
bila kita dilahirkan
dipertemukan sekali lagi
aku tetap menuntut janjimu,
pergilah tanpa rasa resah
aku tak menyimpan dendam
cuma rinduku kupendam
sedalam-dalamnya
andai kau berbalik arah
aku tetap disini,
menanti dalam sepi
suratmu kubaca
perlahan kuulangi kata-katamu;


Pak Awang
Sungai Petani
12.30mlm

nurimanja berkata...

ISRAK DAN MIKRAJ SIRI 2


BUKTI AL QURAN atau dalil tentang berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj ini ada ayat di dalam
Al Quran surah Al-Isra, ayat 1; Tuhan memuji Tuhan, Firmannya; atau kira ertinya berbunyi:

Maha suci (Allah) yang telah memperjalankan hamba-Nya pada malam hari dari masjidil-Haram(A)
ke Masjid- Aqsa(B) yang kami berkati disekelilinginya untuk kami memperlihatkan tanda-tanda
(kebesaran) kami. Sesungguhnya Dialah yang Maha mendengar dan Maha melihat.


Dalam ayat di atas,Allah mempunyai kuasa untuk melakukan apa saja, Alah membenarkan nabi Muhamad
SAW berjalan (ISRAK) dari Mekah(A) hingga ke Palestine(B). Dan diangkat atau dinaikan kelangit
namanya (MIKRAJ)(C) semoga anda mengerti.

Perjalanan antara (A) hingga ke (B) biasanya pergi dan balik makan masa lama, dua bulan lebih kurang.
tetapi dengan izin Allah SWT cuma memakan masa yang singkat iaitu, satu malam sahaja. Masyaallah!
Subehanallah!!.


BERSAMBUNG ESOK.

Qalam Mutiara berkata...

ULASAN;

Sepucut Surat Tentang Sajak oleh Pak Awang, penceritakan tentang nostalgia Mungkin cerita lama, tentang pengucapan rindu yang cuma manis dibibir dan sekadar tinggal bayangan. Kini cuma tersimpan dalam hati, dan merelakan si dia pergi tanpa dendam, sikaranya taqdir bertemu kembali rela diterima. Dankini sesekali mengenang dan membaca sepucut surat berbentuk sajak yang diterimanya berulang kali.untuk menghayati isi puisi atau sajaknya

Abul Hassan berkata...

eh! kjab cerita ni mula2 dh mahmod meninggal??? pelik jgk...

Saizul Maizav berkata...

mula2 dh suspen cerita ni...

Yusof Lim berkata...

sapa yg mualaf dalam cerita ni semua nama mlyu???

Ali Conan berkata...

eh! mahmod??? tp minum tuak?? dia islam ker?

Kevin Chong berkata...

ha! mmg bahaya klu minum tuak... dia lbih kurang itu sama araj juga,,

Seri Suri berkata...

eh! fatimah ni islam ke? sbb ayah dia minum tuak?

Comel berkata...

sian mula2 dh sedih cerpen ni.......

Ku Dania berkata...

kenapa pegi umah wak plak? wak ni sapa? tok imam ke?

Mat Noh berkata...

eh! mula2 cerpen dh ada kematian??? mcm mne ni??

Jengking Perak berkata...

wak ni keja apa? gaji kubur ker?

Brader Joe berkata...

mualaf??? sapa mualaf? mahmod ke?

Zain Issac berkata...

sapa mualaf dalam cerita ni semua nama mlyu je en nuri...

Husni Kola berkata...

mula2 dh sedih? lps ni apa plak terjd nnt...

Ezad Emir berkata...

cerpen ni pasal estate ke? mcm cerpen yg org india dulu jer...

Shuhada berkata...

wak sapa plak? misteri cerpen ni...

dam catur berkata...

mahmod ni iban ke??? setahu aku iban je kuat minum tuak..

Kembara Budiman berkata...

minum tuak?? patutlah.. bahaya tuak tu...

Golok Buta berkata...

aku rasa msti roh mahmod ni jd hantu nnt... hehehehhehehhe

Izaty Husna berkata...

cerpen ni pasal hantu ke??? tetiba plak mahmod ni meningggal?

Petualang Tiga berkata...

sian wak sedap2 nk tido ada plak kaco daun? hehe

Sudin Ramlee berkata...

eh! fatimah ni tinggal mayat mahmod sorg2 je? nnt datang kucing hitam langkah kang??? takut..

Ambuyak berkata...

wah! terima kasih en nuri bagi info psl israk mikraj...

Mona berkata...

eh! ada smbungan lagi psl israk mikraj ke? patutlah semalam baca mcm tergantung jer...

Geletek Malam berkata...

terima kasih berkongsi maklmat... sbb kdg2 org dh lupa..

Nik Aziman berkata...

wah! dapat info lagi psl israk mikraj....

Mozaire berkata...

trima ksih en nuri berkongsi ilmu tentang israk mikraj ni sbb sy pun dh lupa... hehe

Olie Pajutdy berkata...

jiman pnya cerita dh hbis ker?

Mentari Senja berkata...

eh! ada cerpen baru la plak? menarik jgk...

Ali Omar berkata...

eh! ingatkan cerpen pasal org india sbb cerita kat estate...

Suria Kencana berkata...

eh! mula2 dh ada org mati lps ni wak plak yg mati ape??? hehe

Sharifah berkata...

eh! ade cerpen baru plak? mcm cerpen pergi kepala rumah putih jer...

Roslan Bidin berkata...

menarik cerpen en nuri ni kalau buat buku msti jualan hebat...