Ahad, 13 Jun 2010

KEHILANGANMU JUMPA KEMBALI


Disebabkan bola sepak,
cincingku dua tahun hilang
kini telah dapatku jumpa kembali.

Bila aku mengubah Tv,
bersama sebuah al mari
cincingku yang lama hilang
rupanya  terselit di kaki al mari.

Batu delima ada permata,
bersama suasa yang berharga
kini tersemat kejari manis semula.

Itulah dikatakan rezeki,
kalau sudah memang hak kita
hilang bertahun dapat jumpa semula.

Syukur Alhamdulillah
kini telah pun tersarung dijari
begitulah ketentuan dari taqdir Ilahi.

Oleh :  Nurimanja,
lapan malam lepas maghrib,
bersamaan dengan 12 jun, 2010

27 ulasan:

nurimanja berkata...

CERPEN LAGENDA SIRI 3 SEORANG TUA DENGAN WARNA SENJAKALA.

Jiman tidak melawan. Dia tahu kekalahan pasti padanya, dan warna senjakala juga tidak akan merastui kemenangannya, kerana kehadirannya di tepian pantai permai itu, seringkali mengangu suasana warna senjakala yang indah itu, malah kehadiranya semacam menyemarkan.

Seskali Jiman bertanya pada dirinya sendiri; “Kemana aku mesti pergi?” Air matanya pun mengalir membaahi pipi, terasa sebak di dadanya. Kesedian amat terasa padanya, dalam menempuh gerbang ketuaan ini.

Hati Jiman amat sayu, lebih-lebih lagi bila Jiman mengenangkan usianya sudah pun menjangkau lebih daripada setengah abad . Hari-hari kematian terasa begitu dekat. Sedangkan dia dengan Tuhan terasa semakin jauh . Masyarakat sekeliling pula terasa seperti membencinya.

Jiman mengesat air matanya dengan belakang tangan. Dalam kepayahan menahan sedih itu, kenangan Jiman masa lalu tersingkap kembali. Dia amat berasa sayu dan pilu. Kira-kira dua puluh tujuh tahun yang lalu:

Jiman seorang pemuda yang tanpan dan gagah.Dalam jabatan Syarikatnya dia seorang ketua kerani yang berpengaruh, setiap orang di bawah jagaan langsung tidak diberi muka. Malah seing pula dia menekan anak buahnya, Sikap itu seing menjadikan anak buahnya menyumpah dan menyeranah segala tinda tanduknya.

Begitu juga sikapnya di luar pejabat dengan kekasaan yang ada, Jiman menjadi manusia pemburu kehidupan dunia yang tidak terbatas. Beberapa orang anak gadis yang ingin bekerja di bawah jabatannya terpaksa menyerah dan tunduk kepada kemahuannya dahulu. Akhirnya ramailah yang telah menjadi mangsa keganasan nafsu syaitannya.

Sebelum itu, dia akan membawa mangsa-mangsanya mengenal waktu senjakala di tepian pantai permai begini. dengan pujuk rayu dia telah berjaya merengut kegadisan mangsanya dengan kuasa yang ada hamper lebih puluhan anak gadis kota dan desa telah tunduk di bawah kemahuan nafsu ganasnya.

Daripada sumpah seranah dan sikap kejam dan angkuh itulah, satu hari musibah telah datang kepadanya; Dalam satu perjalanan, dia telah ditimpa kemalangan jalanraya. Jiman telah dikejar di hospital.

Akibatnya sebelah kaki kirinya terpaksa dipotong untuk menyelamatkan nyawanya. Malah kemampuannya sebagai seorang lelaki juga telah musnah.



BERSAMBUNG

Adi Cana berkata...

PENGEMBARA DAN AWAN

Belum lagi jemu
mengintai celahan awan,
jangan sampai awan
lebur dihembus angin.
pengembara memujuk awan
berlari redup lindungnya
daripada kejamnya
ultra ungu dan rumah hijau
menggigit setiap inci kulit

aku rayu awan
kirimkan titis-titis hujan
buat kau redakan amarah alam
supaya kau sentiasa nyaman
terlukis senyuman di wajahmu
jadi belahan jiwa angan-angan
yang tak pasti penghujungnya.


Adi Cana
Sarawak

Siti Hajar berkata...

hantu sorok ape cincin en nuri tu??

Putera Damien berkata...

lama btol cincin en nuri hilang????alhamdulilah dapat jmpa balik...

Kaber Arafat berkata...

eh! hilang pnya lama lps tu jmpa balik masa piala dunia?? mmg misteri....

Tengku Anita berkata...

umah en nuri ade toyol kot??? hehe maaf...

Kaki Hantu berkata...

msti keje toyol sbb toyol mmg ske sorok barang....

Rahman Rahim berkata...

sah! ni msti keje toyol! en nuri nnt kena bat pendinding....

Ustaz Mahfuz berkata...

en nuri bru pindah ke? msti en nuri xbuat pagar kot? sbb tu toyol senang masuk....

Ustaz Muda berkata...

eh! cincin cikgu dh jmpa balik ke??? alhamdulliah... mcm mne boleh hilang tu?

Pejuang Islam berkata...

rezeki en nuri jmpe balik... mcm sy ni nset hilang rasanya x jmpe dah kot? adoi...

Nuri Jaguh berkata...

misteri btol cincin en nuri tu... cincin pusaka ker?

Al Azhar berkata...

klu rumah selalu barang hilang? msti ade penunggu...

Pusaka Rimba berkata...

eh! berkat piala dunia kot jmpa balik cincin en nuri tu? hehehehehehe

Rembulan Senja berkata...

bila hilang cincin en nuri tu?? en nuri xpnh cerita pun kt blog?

Shuhada berkata...

sedih dan misteri cerita jiman ni...

Sharifah berkata...

jiman ni xde rumah ke asyik berjalan jer....

Nakhoda Belantara berkata...

sayu je hati baca cerita jiman ni....

Mentari Senja berkata...

xde sapa nk tolong jiman ke? asyik berjalan je hari2.....

Jaringan Gua berkata...

jiman ni nak kemana? asyik berjalan je sehari suntuk...

Kota Gersang berkata...

xde hala tuju ke jiman ni....

Gunung Malinja berkata...

ha! ni la hukum karma dulu sombong sangat skrg padan muka jiman...

Angker 13 berkata...

patutlah xde sapa ske jiman sbb masa muda2 jiman ni jahat...

Orang Lama berkata...

apa2pun buat baik dgn smua org nnt jd mcm jiman smua org xska....

Madah Pujangga berkata...

tu la jiman ni dulu sombong sgt? skrg ha! terima lah akibatnya....

Comel berkata...

ape ksudahan cerpen ni agaknya?

Faisal Syafie berkata...

msti jiman ni ke usir dgn bini dia ni...