Khamis, 3 Jun 2010

BILA GEMBALA MENIUP LAGU



Mendengar si anak gembala mendayu meniup lagu
mendendangan irama senandung seruling bambu
kedengaran melewati di padang nan terbentang
hingga tertarik ratusan hati kambing dan lembu
kemudian semuanya memasuki ke dalam kandang
dimana dijanjikan jamuan hendak dihidangkan
cuma sekadar rumput kering bukanya rumput segar
malah semua kata-kata tidak pun dapat dikotakan
menceritakan pula mimpi indah dalam tidurnya.
Kini kekambing dan lembu mula rasa tertipu
banyak yang dahulunya  dipujuk, kini mula merajuk
malah ada yang  terasa dirinya bagai telah diperdaya
mendengar irama tiupan seruling anak gembala
kerana taksup mereka sanggup melakukan apa saja
demi melaksanakan agenda irama seruling senja
namun buat yang jemu tidak sebulu boleh dihalau
kini mula sedar ada yang melompat keluar pagar
kerana tertipu irama merdunya seruling bambu.

Oleh :  Nurimanja,
Catan bulan April 2010.
ketika sesat di Permatang Pauh

40 ulasan:

nurimanja berkata...

CERPEN : SATU BATU TANDA siri akhir OLEH : NURIMANJA PERAK 1982.
____________________________________________________________________


Semasa dalam hutan belantara itu, Man kena menjalani latihan ala komando.Man terpaksa makan daging ular sawa, makan umbut pisang hutan, minum air dari akar pokok kayu hutan ,makanan cuma dibekalkan untuk seminggu, sedangkan latihan berbulan lamanya.

Lebih tiga tahun dia berada di negara Indonesia. Surat trakhir aku terima, Man menceriakan, dia sudah tamat latihan komando, Diantara 240 orang itu, Cuma 40 orang sahaja yang lulus . Man terpilih sebagai pelatih terbaik tahun itu dan Man telah pun menerima berry Hijau.

Aku cukup gembira mendengar Man telah tamat latihan dan dia akan pulang ke tanah air sebagai piwira negara. Man Tentu gajinya lebih besar, tentu keluarga Man tidak. kini sudah berubah kedudukannya, dari seorang askar biasa telah bertukar menjadi seorang komando pula susah lagi.

Dua bulan setelah Man berada di tanah air,. Aku terima lagi surat Man, tetapi kali ini anih sadikit. Man tulis tidak banyak, Man cuma cerita, dia sudah naik pangkat dan mengajar pelatih baru di kem Terendak Melaka. Di akhir surat itu Man menlis. Dia amat kecewa Ramlah sudah pun berkhawin dengan seorang sarjan mejar.

Hari-hari pun bagai berlari kurasakan. Aku pun telah keluar dari Maktab Perguruan Batu Lintang Kuching. Dan mengajar di salah sebuah sekolah di pendalaman sebagai pendidik kecil di daerah itu.

Di satu pagi yang tidak aku menduga. Aku telah menerima sepucut surat daripada adik lelaki Man dari kampong. Dia telah memasuki askar untuk menuntut bela di atas kematian abangnya

Man sebenarnya telah diambush oleh pihak musuh beberapa menggu yang lalu, kerana cuba menyusuli seorang kawannya yang belum keluar Manyat Man telah diarak dan diusung sebagai memberi satu penghomatan teakhir dengan berates orang tentera sebelum dikebumikan. Begitulah berita yang aku terima daripada adiknya.

Kerana jarak terlalu jauh antara Malaysia Timur dan Malaysia Barat, aku tidak dapat menngunjungi pusaranya, Cuma sesekali bila aku pulang, aku singgah di kampong masjid.kampung kota, dan melewati pusara di mana nama Man masih tetera di satu BATU TANDA. Al Fatihah!
.
S E L E S A I . Oleh : Nurimanja 2/6/2010.

Ezad Emir berkata...

KENANGAN ROMATIK

Saat lengan menjadi hamparan
paling empuk malam ini
Hati tegarnya dikau mencuit rasa
Rasa rindukan suara penuh mesra
Rindukan nada gurau senda..
Mata ku arahkan ke seiring
putaran kipas di siling..
Ku sedar dikau tiada..
Dikau tidak pernah ada..
Dan bukan hadir kau buat aku
Lenyapnya indah malam..
Kabur sudah cahaya pagi..
Hilang segala harapan setia...
Kini ingin ku lebarkan sayap duka..
Terbang menelusuri malam
tanpa bintang kejora..
Meraih tangis menutup nada..
Menerima hakikat suaramu
takkan kunjung tiba...


Ezad Emir
12malam

Abul Hassan berkata...

oh patutlah tjuk batu tanda? rupanya batu nisan ke? suspen btol... hehe

Penjejak Badai berkata...

kesian man kena ambush plak! celaka btol komunis masa tu...

Saizul Maizav berkata...

adik lelaki man??? ayah kopi susu ker??

Sulaiman Embong berkata...

kesian en nuri xdpt nk ziarah kubur man... ape2pun sy nk ucapkan al fathah..

Mat Noh berkata...

en nuri xdpt nk ziarah kubur man diharap en nuri sembhyg hadiah kpd man...

Ali Conan berkata...

man mmg baik! tp kesian dia dh xde... ape2pun smoga dia ditmptkan dlam golongan beriman...

Pak Awang berkata...

al fatihah utk man! mati syahid dia...

Harimau Berantai berkata...

tahniah man! anda mati kerana menentang penjajah! kami semua akan terhutang budi dgn man...

Budak Rap berkata...

man ni dia ke yg mak dia placur tu?? ke org lain?? hehe

Mozaire berkata...

makanan ade seminggu utk makanan sebulan!!! x snggup aku! ape2pun tahniah buat man! bkn smua snggup jd komando..

Badrolshah berkata...

adik man menuntut bela plak? mcm cerita org putih ade jgk mcm cerita en nuri ni abg dia mati masa jd komando adik dia menuntu bela...

Sheikh Iqbal berkata...

al fatihah buat man.. jasa anta akan dikenang...

Qalam Mussofa berkata...

sama mcm sy jgk abg meninggal masa jd tentera tp bkn musuh yg bunuh tp kapal terbang terhempas...

Tanpa Wajah berkata...

aku dulu minat jd komando tp bila baca cerita en nuri ni? x jd aku nk mohon jd komando... hehe

Kembara Budiman berkata...

man mmg baik ati! setia kwn klu aku kwn x balik aku buat xthu je sbb risiko nk masuk balik hutan tu...

Malik Wariya berkata...

sedih baca cerita man? lagi kesian en nuri la x sempat nk jmpa man....

Golok Buta berkata...

man ni katogori pejuang bangsa! tahniah buat man! wlpn anda mati tp bg aku dia mati syahid... mati di medan perang..

Pengembara Masa berkata...

smoga rohnya dicucuri rahmat... al fatihah buat man...

Julia berkata...

komando kena makan semua makanan tu ke?? ee... ape2pun tabik kt dorg snggup makan... hehe

Olie Pajutdy berkata...

man dihantar ke indonesia plak? wah! jauhnyer....

Lagenda Pulau berkata...

al fatihah utk man.. man mmg pejuang bangsa... tabik kat man!

Danial berkata...

wah! teringin plak aku nk jd komando? nmpk mcm best jer...

Umar Haslam berkata...

tabik kt man! mmg man seorang yg berani...

dam catur berkata...

wah dapat berry hijau! hebat man ni bkn calang2 org boleh dapat...

Seniman Jalanan berkata...

minta izin en nuri sy nk ambil sajak ni nk dijadikan lagu.. amat menarik seni kata ni...

PENYAIR AGUNG berkata...

SAJAK EN NURI PASAL APA? MACAM ADA MAKSUD TERSIRAT SAHAJA SAJAK EN NURI NI.. APA-APAPUN SAJAK KALI NI MMG MENARIK! TAHNIAH EN NURI!

Mona berkata...

sajak kali ni betol2 lain dr yg lain...

Ummu Akilah berkata...

sajak ni pasal haiwan ker? best!

Mohamad Akmal berkata...

sajak pak cik sy xphm tp best ayat2 dia...

Tengku Anita berkata...

sajak en nuri ni hebat! mne dapat idea?

Kamal berkata...

sajak ni bru menarik! lain dr yg lain...

Ku Dania berkata...

sajak en nuri ni mmg best! terbaik! dr semua sajak2 sebelum ni...

Hidayah berkata...

sajak en nuri ni pasal haiwan je ker? ke ade maksud yg lain?

Comel berkata...

sy suka sajak ni! syabas en nuri!

Sipaun Supain berkata...

sajak ni semua ayat2 dia sastera! tahniah! sajak sebenar! hehe

Juragan Desa berkata...

teruskan hasilkan sajak2 mcm ni en nuri! best! seronok baca...

Syed Al Ghozali berkata...

sajak ni mmg best! tenang je baca...

Qalam Mutiara berkata...

ULASAN
Sajak terbaru sdra. En Ezad Emir bertajuk Kenangan Romatik, Motif Peceritaan kisah lalu,yang masih mencuit hati, kerinduan bagai susah untuk dilupakan, apatah lagi ingatan rasa satu kemesraan yang sukar dicari ganti.Kini berbagai andaian akan bermain di kepala dan berbagai khayalan juga akan datang menjangkau di luar batasan akal pemikiran.Untuk mendamaikan segala keadaan , angaplah apa yang telah berlaku sebagai taqdir Ilahi, Dan sebaiknya carilah yang lain buat sebagai penganti.Mungkin tuhan telah pun merancanakanNya....