Mendengar si anak gembala mendayu meniup lagu
mendendangan irama senandung seruling bambu
kedengaran melewati di padang nan terbentang
hingga tertarik ratusan hati kambing dan lembu
kemudian semuanya memasuki ke dalam kandang
dimana dijanjikan jamuan hendak dihidangkan
cuma sekadar rumput kering bukanya rumput segar
malah semua kata-kata tidak pun dapat dikotakan
menceritakan pula mimpi indah dalam tidurnya.
Kini kekambing dan lembu mula rasa tertipu
banyak yang dahulunya dipujuk, kini mula merajuk
malah ada yang terasa dirinya bagai telah diperdaya
mendengar irama tiupan seruling anak gembala
kerana taksup mereka sanggup melakukan apa saja
demi melaksanakan agenda irama seruling senja
namun buat yang jemu tidak sebulu boleh dihalau
kini mula sedar ada yang melompat keluar pagar
kerana tertipu irama merdunya seruling bambu.
Oleh : Nurimanja,
Catan bulan April 2010.
ketika sesat di Permatang Pauh
