Sabtu, 12 Jun 2010

RINDUKU KIAN CEMAS



Mama,
Rinduku kian cemas
Bila berada di batas pepisahan
Aku sering menjadi pencatat mimpi
Untuk mengubat rinduku yang kian tenat.

Mama.
Rinduku kian cemas
Bagai menanti hari kematian
Aku yang terbuag dilengkaran sepi
Kian parah bila denyut nadi hamper berhenti.

Oleh : Nurimanja,Rajang, Sarikei, Srawak
26hb, September, 1981. Quertes Guru

11 ulasan:

nurimanja berkata...

ADA SUARA PEREMPUAN MENGILAI DI ATAS POKOK JAM 3 MALAM

SUASANA malam yang hitam pekat memang mengerunkan,waktu itu aku kecil, pergi mengikut ayah menikam udang galah di sungai kurau. Aku cuma mengemudikan perahu dengan pengayuh pendek duduk di belakang perahu.

Sesekali burung hantu berbunyi bersahutan, ditambah pula dengan jerit pekik kera dan lotong di celah hutan bakau dan berembang di tebing sungai itu. Terasa bulu roma aku naik tubuh pun mulai seram .Hati aku juga rasa bimbang dan takut dengan ular dan buaya, Ayah cuma gunakan lampu kabait untuk menyuluh udang galah.

Semasa aku sedang terkial-kial
menolak air dengan pengayuh pendek, menyusup masuk ke dalam hutan pial, nifah, bakau dan berembang ditepi tanjung dan teluk sungai kurau itu. Aku dengar ada suara perempuan mengilai ketawa di atas pokok seberang tebing sungai disebelah kubur Masjid lama.

Aku di belakang perahu kian cemas dan takut, bulu roma sudah lama mengeremang,aku cuba beranikan diri bertanya ayah.”Siapa ketawa tu?” Ayah tidak menjawab, tiba-tiba saja ayah menyeru, ”Jangan ganggu kami, kita ini sama-sama hamba Allah, kami hidup hendak mencari makan.!”sambil menyuluh ke arah seberang sungai.

Setelah perahu kami jauh beridar, aku tidak dapat lagi mendengar suara hilai ketawa itu lagi.Aku terus mengayuh perahu kecil kami, ayah mengarah dengan lampu kabaitnya ketebing lain, Kami terus mencari rezeki dengan serampang, ayah terus menikam udang-udang galah. Jika dapat sadikit kami cuma buat makan, jika banyak ayah akan jual, duitnya ayah akan beli beras garam dan gula,.itulah aku membantu ayah sewaktu kecil dahulu .

Oleh; Nurimanja, -sedutan kisah lama yang telah terdelet- TAMAT.

Topi Sodok - Cap berkata...

Renungan; sahabat CR


Amareka kini bukan lagi kuasa besar dunia kerana mengikut telunjuk anak masnya rejim
Zionis, jadi dunia Islam sepatutnya bersatu menyokong Ahmadnijad bagi membentuk rejim Iran.

Satu hari nanti kuasa dinia di monopoli oleh Asian dan akan bersaing dengan kuasa Eropah, bukan lagi Rusia dan Amarike. seperti Farsi dan Great. Andain ini bukan masa kita,tetapi anak cucu kita. Insyaallah.

Dan dunia tidak akan Qiamat segali orang Yahidi idak tunduk dengan kuasa Islam.

Mega Sutra berkata...

BELAH DADAKU

Ambil saja pisau
belah dada ku..
Hirup rakus darah ku..
Jilat semahu mu..
Degupan akhir hati ni..
Simpan sebagai kenangan..
Perasaan lama terhapus..
dalam tarian kepuraaan mu..
Jiwa dah lama mati..
tiap saat kita menyatu....
Roh ku lebih tenang..
bila kau pun menghilang...


Mega Sutra
kuala kangsar
10.6.2010

Qalam Mutiara berkata...

ULASAN;

Mega Sutra dengan sajak BELAH DADAKU musim ujan selepas panas dan kemarau panjang, ramai hati-hati yang terluka lewat kebelakangan ini, banyak Sajak jiwa-jiwa, patah hati, terluka, kecewa, putus, pecah dan belah, dan mungkin kita boleh buat antologi puisi cinta.

Bermula ambil saja pisau belah dadaku, untuk membuktikan rasa cinta kesetiaannya, tetapi masih ada lagi orang tidak pandai untuk menilai hati yang telah diberi, lalu biarlah perasaan ini terus terputus dan mati , agar roh cinta tidak lagi bersatu, dan mungkin lebih tenang jika tiak bertemu. Bagi hati yang telah lama hancur berkecai agaknya.

Budak Rap berkata...

cerita hantu ni bkn ke en nuri dh pnh cerita??? hehe

Robaty berkata...

seram baca cerita en nuri ni...

Harimau Berantai berkata...

sah! aku xtido mlm ni lps baca cerita en nuri... hehe

Aziz Moktar berkata...

naik bulu roma baca cerita en nuri dh la malam2 plak aku baca ni?

Nik Aziman berkata...

seram cerita en nuri ni.....

Saidatul Husan berkata...

ape2pun mmg seram! ape x hntr kat mastika msti dorg siar...

Golok Buta berkata...

cerita seram en nuri ni mcm pnh baca jer...