Khamis, 24 Jun 2010

DUNIA INI TEMPAT PERSINGAHAN


Di sinilah kita singgah seketika
buat melihat bulan dan matahari
bagi menekmati siang dan malam
mencari mengumpul akan segala bekalan
untuk dipunggut dibawa tanpa dibebani.

Di pelabuhan ini kita cuba menanam
sebanyak mana pokok benih zikirullah
dengan mengharap pepehon yang rendang
serta dapat menekmati buah yang manis
di bawahnya kita berjalan dengan teduh.

bukankah persingahan diperlabuhan ini
tiada siapa pun kekal cuma sementara
hitunglah berapa lagi baki usiamu kini
segera mencari bekalan sebanyak mungkin
buat merengankan kemudahan timbangan nanti.

usia sebaya nabi sudah amat memadai
nilai bonos bila menjangkau usia lebihan
pastinya lebih banyak kita memungut hasil
bukan dengan percuma usia terbuang begitu
kerana cinta di pelabuhan ini tidak abadi.

Bila singgah di pelabuhan sementara ini
jangan diperhitungkan akan usia ada
amal memetik ibadat dan mengumpul pahala
ambil sebanyak mungkin yang boleh dapat
agar tidak menyesal dikemudian hari.


Oleh; Nurimanja,
malam hari, jam delapan .
tanggal 20 June, 2010.

33 ulasan:

Nurimanja berkata...

SRAK DAN MIKRAJ SIRI 10 24/6/201(B)


GAMBARAN 5.

Nabi Muhamad saw melihat manusia memakan duri daripada bara api.(Sedangkan duri atau bara api kalau kita terpijak sadikit pun,
boleh melompat inikan pula untuk memakan dan menelannya.?)


Mereka ini semasa di dunia tidak mahu mengeluarkan zakat harta bendanya yang banyak, lalu Allah menyeksa mereka diakhirat dengan
gambaran seperti di atas tadi. Cerita tambahan:

Seorang saudagar muslim di India dia mempunyai sebuah kilang coklat HACH tiap-tiap tahun dia mengeluarkan zakat hasil keuntungan
lebihan perniagaannya. Pada suatu malam tiba-tiba kilang terbakar. Pengawal menalephoninya, Dia hampir terkejut. Kereta Bomba pun
dipanggil oleh Pengawal kilangnya. untuk menjadikan cerita, Saudagar muslim India ini pergi sendiri ke kilangnya dan memekek dengan
kuat,"Ya Allah Aku membayar zakat setiap tahun kena kilangku bolh terbakar YA Allah??" Tiba-tiba api itu pun berhenti dan padam.
bomba datang balik begitu saja.mereka semua tepingga-pingga.(kerana dia membayar zakat,mungkin api terilap hendak bakar kilang lain)

PERINGATAN kalau kita tidak bayar zakat; ada berapa prkara akan berlaku kepada keluarga kita , untuk ditarik balik wang zakat yang
kita sepatutnya keluar zakat kita enggan mengeluarkannya, atau tidak tahu sebenarnya.


1, Terbakar 2. Hilang. 3. Kena curi 4. Timpa musibah 5. Ada keluarga Sakit tak sembuh, berpanjangan wang banyak keluar untuk perubatan.



Aktibar dari peristiwa ini:atau (Pengajaran)


1. Orang tidak bayar zakat dikenakan tindakkan yang dahsat di akhirat kelak.
2. Zakat bagai perisai dapat menyelamatkan kita di alam barzah (kubur) dan akhirat.
3. Zakat satu kewajiban yang mesti dikeluarkan setelah cukup syarat-syarat tertentu.


Dalil Al Quran surah At- Taubat ayat 34 kira ertinya:

"Mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah( Keluar zakat)
maka gembirakanlah mereka dengan azab yang pedih"

Zakat: wang simpanan, ternakkan, pertanian, perniagaan, termasuk di atas emas dan perak


BERSAMBUNG ESOK.

Nurimanja berkata...

CERPEN SIRI 2 BERTJUK; MENCERI KETENANGAN OLH : NURIMANJA
____________________________________________________________________



DADAKU begitu kencang berdebar. Perasaan cemas dan bimbang datang menyerang dibenak hatiku, dan berbagai andaian yang menghantui bermain-main di kotak pemikiranku.

Aku cuba bertenang, namun, peluh kegelisahan memercik keluar. Aku cuba mengumpul tenaga bersama semangat yang menebal, aku akan cuba menghadapinya segala rentangan. Pelahan-lahan aku menghampirinya.


“Kasihan!”Dia tidak sedar diri, kemana dia hendak pergi?” Satu pertanyaan meloncat keluar dari benak hatiku. Perasaan seram juga mencengkam seluruh tubuhku,aku memberanikan diri, dan cuba membantunya.


Dengan rasa belas kasihan dan bersimpati, aku mengangkatnya dan cuba meletakkannya ke dalam keretaku di tempat duduk belakang. Terkial-kial aku mengangkatnya seorang diri,tidklah tertalu berat, tetapi lembek bagai batang pisang dilindis lori. Aku menghiupkan kereta dan memecut pergi.


Setibanya di depan pagar rumahku: Hatiku mulaicemas dan bimbang terhadap tuduhan mak nanti. Tapi , aku cuba memujuk hati menghapuskan kebimbangang, jika aku berada dipihak yang benar.


Mak pun keluar membuka pagar, bila kereta masuk, injin kereta aku matikan, pelahan-lahan aku turun dan pergi ke pintu belakangm kemudian membukannya dan mengangkat anak gadis yang berpakaian baju tidur itu masuk ke dalam rumahku.


“Ehh, Jalil! Apa nak jadi dengan kau ini? Orang pergi solat berjumaah dekat masjid itu, hendak cari pahala yang berganda, tetapi engkau pergi solat, bawa balik apa ini ? Kenapa dengan budak permpuan ini?”,Gerutu mak padaku.


“Suipp!” Aku meletakan hujung jari tanganku ke bibir, minta agar mak bercakap pelahan sadikit, aku amat khuatir jika jiran-jiranku terdengar dan melihat nanti. Dan lebih membimbangkan lagi keadaan kalau-kalau anak gadis itu pula tersedar.


BERSAMBUNG.

Pak Awang berkata...

KEMBARA HILANG ARAH

Dari dalam sinar mata hitam
terbayang jalan luas terbentang
pohon hijau padang lalang
itu bukan jalan lurus
mesti ada persimpangan
dipenghujungnya ada selekoh tajam
kelak kau pasti terjunam
ke gaung dan jurang dalam.

kembalilah!
ke arah dimana kamu bermula
tidak berdosa melanggar setia
biar sekali kau jadi jantan
kembaralah arah tuju
arah pulang sesungguhnya
keadilan dan kebenaran
kau perjuangkan ada di sini
di tempat kau bermula
tatkala kau mula mendustakan kata.


Pak Awang
2.4.2009
Selayang

Qalam Mutiara berkata...

ULASAN:

Sajak Pak Awang menyeru untuk kembali buat mereka yang telah lama terlajak arah kembara. Bertajuk KEMBARA HILANG ARAH. Agak menarik juga pengucapannya Biasanya manusia yang sudah alpa, dan tidak ada orang pula yang ingin memberi nasihat, kini Pak Awang dengan perasaan terbuka dan bersahaja. menjempt mereka yang dulu baik, kemudian hilang arah, semoga kini kembali semula ke arah yang mana dahulu kamu bemula.Demi perpaduan agama bangsa dan negara. Perbetlkanlah kmudi anda kembali kea ah yang benar. Syabas!Pak Awang dengan sajak nasihatnya.

Danial berkata...

pelik jgk bayar zakat pun terbakar? mngkin niat dia x ikhlas kot?

Nuri Jaguh berkata...

ajaib btol! kata allahuakbar trus padam!

Sulaiman Embong berkata...

ape2pun selamat zakat thn ni dh dibayar...

Olie Pajutdy berkata...

api ni asal dari setan klu dgr azan je msti api akan mula surut...

Roslan Bidin berkata...

ha! pnh jgk sy dgr klu org azan je api akan padam...

Budak Rap berkata...

wah! mmg ajaib! nnt nk try la klu ade rumah terbakar je aku nak azan...

Kaber Arafat berkata...

mngkin api tu tersilap kot? nk bakar kilang lain terbakar kilang india muslim tu... hehehe

Mat Noh berkata...

klu gaji berapa baru boleh bayar zakat en nuri?

Golok Buta berkata...

aku xthu plak bapak aku dh bayar zakat ke blum? nk kena tnye ni...

Jalil Janggut berkata...

kenapa nama aku ada dalam cerpen ni? hahaha dapat angkat pmpuan tu! hahahaha

Abul Hassan berkata...

jalil? jalil janggut ke? klu jalil tu bujang xpe klu dh berbini mampus! hahaha

Mozaire berkata...

ha! jalil bawak pmpuan! jeles bini jalil janggut nnt? hahahhahaha

Bintang Kejora berkata...

la..ingatkan cerita pasal en nuri td? rupanya jalil... hahahhaha

Guest berkata...

aku rasa last sekali msti jalil ni kwin dgn pmpuan ni...

dam catur berkata...

eh! jalil ni bujang ke dah kwin?? x jeles ke bini dia nnt...

Mawar Harum berkata...

wah! jalil bawak balik pmpuan tu! ingatkan tinggal mcm tu jer.. hehehe

Ku Dania berkata...

bahaya jalil ni bwk pmpuan tu balik? mne thu dia tu bini org ker???

Tanpa Wajah berkata...

jalil bwk balik pmpuan tu?? mmg bertnanggungjwb btol... klu aku tinggal mcm tu jer.... hehe

Yusuf Lim berkata...

berani jalil ni bwk balik pmpuan tu? bahaya tu... klu aku org x knal mmg xkn bwk balik pnye...

Brader Joe berkata...

ape jd lps ni suspen jgk cerpen kali ni...

Puteri Bunian berkata...

giler jalil ni! agak2 la nak bawak balik pmpuan kat umah...

Supain Sipaun berkata...

aku rasa msti jalil kwin dgn pmpuan tu nnt sbb klu xkwin nnt org kmpung pikir bkn2 plak?

Mufti berkata...

btol tu dunia hanya sementara akhirat adalah selamanya...

Petualang Tiga berkata...

sajak ni mcm pnh baca jer.... bkn dh letak ke dulu sajak pasal dunia persinggahan ni?

Nakhoda Belantara berkata...

menarik sajak ni dunia adalah persinggahan smoga kita tak alpa kepadaNya

Saiful Amri berkata...

eh! sajak mcm pnh baca plak? hehe

Atuk berkata...

btol tu en nuri smoga kita menghadap Dia pahala kita cukup... amin...

Mona berkata...

mmg begitu mdalam maksud sajak ni...

nurimanja berkata...

zakat yang saya difahamkan terkini, simpanan wang cukp haul (tahun) agaknya dah naik RM7,500 baru kena,
sekarang pndapatan RM 2,500 masih lagi dipanggil miskin, bawah daripada iu, dipanggil miskin tegal

Kata pegawai zakat itu, siapa yang dah bayar wang sipanan kurang dari
sepatutnya ,, kira sedekah x kan nak ambil balik.


Siapa pegawai zakat tolong jelaskan pasal gaji bulanan
saya kurang arif.harap maaf.