Di sinilah kita singgah seketika
buat melihat bulan dan matahari
bagi menekmati siang dan malam
mencari mengumpul akan segala bekalan
untuk dipunggut dibawa tanpa dibebani.
Di pelabuhan ini kita cuba menanam
sebanyak mana pokok benih zikirullah
dengan mengharap pepehon yang rendang
serta dapat menekmati buah yang manis
di bawahnya kita berjalan dengan teduh.
bukankah persingahan diperlabuhan ini
tiada siapa pun kekal cuma sementara
hitunglah berapa lagi baki usiamu kini
segera mencari bekalan sebanyak mungkin
buat merengankan kemudahan timbangan nanti.
usia sebaya nabi sudah amat memadai
nilai bonos bila menjangkau usia lebihan
pastinya lebih banyak kita memungut hasil
bukan dengan percuma usia terbuang begitu
kerana cinta di pelabuhan ini tidak abadi.
Bila singgah di pelabuhan sementara ini
jangan diperhitungkan akan usia ada
amal memetik ibadat dan mengumpul pahala
ambil sebanyak mungkin yang boleh dapat
agar tidak menyesal dikemudian hari.
Oleh; Nurimanja,
malam hari, jam delapan .
tanggal 20 June, 2010.
