Ahad, 27 Jun 2010

MENJADI ORANG DIMULIAKAN



Menjadi orang dimulia
atau pun yang disegani
bukannya susah atau payah
cuma dengan hati ikhlas
bercakap biarlah benar
bukan dengan putar belit.

Kejatuhan kita pun
adalah kerana kita juga
kerana kita cuba melangkah
dengan cara gaya tempang
cuma bermain kejahatan
bukan dengan keikhlasan

Anugerah kemuliaan kita
gerak hati nilai manusia
bukan diminta atau dipuja
tetapi ianya datang sendiri
bila ramai manusia melihat
dari sikap keikhlasan hati.

Bila kita rasa dimuliakan
mengapa menjatuhkannya pula?
bukankah ini satu kedudukan
tidak perlu tersungkur lagi
tetapi kita termakan bujukkan
dari agenda iblis dan syaitan


Oleh: Nurimanja,
Bila hati sudah luka,
buat apa tidak kena saja.
Malam hari Tanggal 3hb, Mei, 2010.

28 ulasan:

Daud Kasman berkata...

AIR SEKILAS LALU

Air..
Salah tafsir pasti mengalir
Salah kata pasti hancur
Setiap laku hanya jujur
Sejernih air..

Air..
Menahan segala debu sungai
Hilang segala kotor hati
Kerana kau air..
Sekilas lalu pasti senyap
Sekilas lalu pasti indah
Ratap menahan keinginan ini
Untuk menggenggam mu..
Air..
Sekilas lalu
Namun pasti ke akhirat..

Daud kasman
Teluk tempoyak
11pagi

nurimanja berkata...

CERPEN SIRI 5 BERTAJUK; MENCERI KETENANGAN OLEH : NURIMANJA
____________________________________________________________________


“Ya se se saya ada di sini ceritalah.” Aku tergagap- gagap memberi pengakuan, dan segera mendekatinya, Mak terpaksa memberi ruang padaku, Aku amat khuatir jika Mak berkecil hati.

“Terima kasih atas budi baik saudara kerana menolong saya tadi,”katanya padaku, kemudian memaksa dirinya mengukir senyum.

“Emm! Kenapa saudari boleh jadi begini, berjalan seorang diri di jalan sunyi di malam hari?”Aku mengemukakan soalan kepadanya.
Terasa aku mula berani Sadikit.

“Siapa nama? “Tanya anak gadis itu,

“Jalill!!” Kata Mak belum pun sempat aku membuka mulut untuk menjawabnya, Mak telebih dahulu menberitahu namaku, Belum pun sempat aku bertanya namanya

“Anak ini, nama apa?” Mak terlebih dahulu bertanya pula kepada anak gadis itu.

“Puteri, Puteri Syahadah,” kata anak gadis itu, aku rasa nama itu agak menarik juga dan sesusai dengan orangnya yang kecil molek gayanya, belum pun aku bertanya.

“Emm cantik nama tu, Makcik ini nama Syamsiah,” Mak terus mempekenalkan namanya, kemudian dia berlalu ke dapur seperti memberi peluang kepadaku pula.

Aku mula berani: Sebelum ini aku memang tidak pernah menegur siapa dengan anak gadis orang,rasa malu,
lebih-lebih lagi duduk berduan begini pula.

“Saya ingin mencari ketenangan..” Tiba-tiba anak gadis itu bersuara bagai memberi jawaban, Aku bertambah terharu, berbagai andaian datang bermain di benak hatiku.

“Mencari ketenangan? Seorang diri di jalan sunyi di malam hari?”
Soalku, bila mengenangkan waktu mula aku menemuinya tadi, Ah anih. Anak gadis ini, keloh hatiku.

“Ya! Disini saya menemui ketenangannya,” kata gadis itu, Aku menjadi bertambah terharu dan tidak mengerti, bila cuba menilai akan kata-katanya itu.

“Dirumah saya ini?” kataku sekali lagi, inginkan kepastian darinya seperti mendesak.
“Ya! Rumah ini dengan rumah saya berbeza.” Katanya tersenyum.

BERSAMBUNG.

Qalam Mutiara berkata...

ULASAN:

Sajak bertajuk AIR oleh sdra, Daud kasman ahli baru barangkali, walaupun Mungkin ebelum ini ada menirahi blog CR ini, blong ini khas untuk siapa ajaahli yang ingin menyampaikan apa yang mereka lihat dan apa yang mereka rasa benar, luahkan dengan ikhlas (catatan dengan hujung jari anda) dengan berani demi agama bangsa dan Negara, (semua gambar-gambar ruang sajak tidak mencerminkan maksud cuma hiasan semata).sajak perlu hasil karya anda sendiri.

Pengucapan tentang Air saya pernah diarahkan oleh seorang pensyarah maktab,menulis tajuk air angaran 3 hingga 4 ribu perkataan: AIR sumber utama untuk kehidupan manusia, air tiada, kita gelisah
untuk segalanya,malah air juga suci lagi menyucikan,sewaktu kita datang pun pasti dimanadikan , kita kembali pun pasti dimandikan , bolehkah kita menjadi sesejuk , selembut, sejernih air, untuk itu kita perlulah belajar mengenal air untuk mengajar manusia mencari
pengajaran buat merenunginya. Amin.

Saizul Maizav berkata...

puteri syahadah ni sapa? pelacur ker?

Jalil Janggut berkata...

kenapa plak tenang dok umah aku eh! silap dok umah jalil?? pelik jgkk...

Jengking Perak berkata...

la..ingatkan dia nak kata apa rupanya terima ksih jer???

Comel berkata...

huh! misteri pmpuan ni.....

Pak Awang berkata...

pmpuan ni pmpuan sundal ker?? pelik je...

Kakiku Kaku berkata...

kenapa plak tenang dok umah jalil??? ade aircond ker??? hehehe

Brader joe berkata...

la..suspen btol pmpuan ni cuma nak kata terima ksih pun kena dtg dekat2 ker?

Nama Aku berkata...

pmpuan ni sapa? tetiba kata nak cari ketenangan plak???

Tanpa Wajah berkata...

mmg misterilah pmpuan ni?? sapa agaknya pmpuan ni? roh ker??

Pedang Pahlawan berkata...

eh! nama sedap tp jalan2 malam2??? sah pmpuan ni bohsia....

Ku Dania berkata...

pmpuan ni msti dari golongan pmpuan yg x baik ni...

Ali Conan berkata...

eh! ape la mak jalil ni potong line btol biarlah jalil yg tanya...

Sudin Ramlee berkata...

mak jalil ni pandai jgk buat taktik buat2 pergi belakang plak??? hehehe

Mona berkata...

pmpuan ni langsuir ke pontianak??? misteri btol....

Rahman Rahim berkata...

ape jd kat jalil lps ni?? msti dia kwin dgn pmpuan ni...

Kembara Budiman berkata...

aku rasa akhir cerpen ni sama ada pmpuan ni jalil hantar ke rumah dia atau dia kwin dgn pmpuan ni?? hehe

Puteri Bunian berkata...

pmpuan ni nama sedap tp rasanya pmpuan ni msti pmpuan jnis yg x baik ni....

dam catur berkata...

pmpuan ni lari dari umah ker????

Malik Wariya berkata...

x repot polis ke? bahaya nnt disalah anggap plak mnculik...

Guest berkata...

aku rasa jalil ni msti akan mengorat pmpuan ni.... hehehe

Mozaire berkata...

makin lama makin suspen plak cerpen ni... hehe

Shuhada berkata...

spoting btol mak jalil mcm thu2 je anak dia nak ckp dgn puteri syahadah ni... hehee

Sharifah berkata...

pelik jgk pmpuan ni nak kena mana mlm2????

Golok Buta berkata...

wah! aku baca cerpen ni mmg tertunggu2 ape kesudahan cerpen ni... mmg best!

Busur Berduri berkata...

eh! mak dia plak lebih2 sian jalil tu...