Memaparkan catatan dengan label dihormati insan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label dihormati insan. Papar semua catatan

Ahad, 27 Jun 2010

MENJADI ORANG DIMULIAKAN



Menjadi orang dimulia
atau pun yang disegani
bukannya susah atau payah
cuma dengan hati ikhlas
bercakap biarlah benar
bukan dengan putar belit.

Kejatuhan kita pun
adalah kerana kita juga
kerana kita cuba melangkah
dengan cara gaya tempang
cuma bermain kejahatan
bukan dengan keikhlasan

Anugerah kemuliaan kita
gerak hati nilai manusia
bukan diminta atau dipuja
tetapi ianya datang sendiri
bila ramai manusia melihat
dari sikap keikhlasan hati.

Bila kita rasa dimuliakan
mengapa menjatuhkannya pula?
bukankah ini satu kedudukan
tidak perlu tersungkur lagi
tetapi kita termakan bujukkan
dari agenda iblis dan syaitan


Oleh: Nurimanja,
Bila hati sudah luka,
buat apa tidak kena saja.
Malam hari Tanggal 3hb, Mei, 2010.