Ahad, 6 Jun 2010

KERINDUAN



Kerinduan
seringkali menyapa
dan bertanya
di benak hatiku

Dimana keutuhan
cinta suci
kasih sejati
atau mainan bibir,

Tahun demi tahun
kau masih menyepi
bagai tidak mengerti
akan segala isi hati
yang kini kurasai

Oleh; Nurimanja,
Bagan Serai, Perak.
26hb, Febuari, 1972.

12 ulasan:

nurimanja berkata...

ASAL USUL TEMPAT dalam NEGERI KEDAH


Ada sebuah negeri tanahnya amat subur dengan tanaman padi, sesiapa yang datang ke negeri ini mereka selalunya di bawa terus ke dapur, untuk makan pulut tanah atau nasi lemak, bila datang , jum ke dah (Dapur), orang luar pun datang
memanggilnya negeri KEDAH.

Kononya ada sepasang suami isteri yang baru berkhahwin, suami berasal dari CANGLON dan Isteri dari KODIANG, mereka berdua tinggal di GURUN sebab suaminya ini pemalas dan hasil tanaman pula tidak menjadi kering kontang’

Setiap hari kerjanya pergi menahan MERBUK, Satu hari isterinya telah mengamuk Dia bawa pisau di TIKAM BATU , dia rasa tak puas lagi terus dia melumpat dipadang hingga rumput semua rumput menjadi mati dan lumat jadilah PADANG LUMAT.

Dia geram , diangkatnya belangga kuah di BALING suaminya tak kena, BELANGGA PECAH, tumpah KUAH terkena dinding kota, semut semua pakat hurung kuah manis buat sarang, Dipaggil KOTA SARANG SEMUT.dia tunggu suaminya tak juga balik, dia geram diambilnya beras di Bakar jadi pula BERAS TERBAKAR,

Dia tak puas hati lagi dicari suaminya serata padang, pusing Keliling tak ada juga, dia cuma jumpa dua tiga kali muka seorang tua, lalu dia bertanya siapa nama Pak cik ini?, Saya Mat Sirat. dajilah PADANG MAT SIRAT.

Dia pun marah, lalu balik ke Kokdiang , di pertengahan jalan ramai orang petani nak masuk ke kedah, mana hampa nak duduk? Taka pa bagi kami duduk tepi sungai pun tak apa, kerana terlalu ramai orang petani duduk tepi sungai, akhirnya jadilah pula SUNGAI PERTANI.

Ada yang Tanya , hampa nak makan apa beras tak ada, tak mngapa kami boleh makan kankong , nah jadi pula pekan KANGKONG Dah lama duduk mereka becadang nak tubuh banar pula, cari tapak jumpa se batang sunagi depa pakat namakan BANDAR BARU.

Dia terus cari suaminya. Akirnya dia jumpa dekat sungai, tak ada tempat lagi nak lari. Berlakulah pentengkaran Akhirnya mereka terpaksa berlawan Kalau abang menang , abang tingal sini, kalau abang kalah , kena ikut pulang.

Berlawanlah mereka siang malam tak juga kalah, sama kuat sama gagah.Akirnya orang kampong kata beramailah hampa ni memang sama kuat sama gagah. Dajilah dia SUNGI SAMA GAGAH. Ha ha ha jangan percaya nanti gila!

nurimanja berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Puteri Bunian berkata...

KECEWA DIRIKU

Saat tirai malam
melabuhkan diri
kudongakkan kepalaku
terlihat olehku
langit yang gelap
tanpa sinaran
segala-galanya kelam.

Kucari sinar itu,
namun bintang tiada berkelip,
bulan menyembunyikan diri.
Hampa,kecewa...
hatiku diselubungi
kesuraman wajah
tangisku tiada berlagu
rintihanku tidak bersuara.

Kucuba mencari kebahagiaan
namun tiada kuperoleh
walau sekelumit rasa.
Hakikatnya, aku tetap kecewa...


Puteri Bunian
KUISS
2pagi

Qalam Mutiara berkata...

ULASAN:

KECEWA DIRIKU sajak oleh Putri Bunian Kuiss, pengucapannya terasa bagai anrasada mengalami satu kekecewaan, di gambarkan juga pebandingan kepada alam ciptaan Khalid, bagai gagal mencari sinar dari bintang atau pun bulan, Nah! terasa semuanya bagai cuba untuk menyembunyikan diri,pinomina hidup pun bagai tidak bermaya. Begitulah rasa jiwa Kecewa Putri Bunian yang amat sangat dalam sajaknya yang berat menghadapi kemelut kehidupan.
Jika anda gagal bercinta , cari saja yang lain, jika gagal dalam belajar, teruskan berulang kali , Insyaallah, anda pasti Berjaya mencari sinar kehidupan, amin.

Rembulan Senja berkata...

biar btol asal usul kedah ni? xpnh dgr pun sebelum ni..

Penjejak Maya berkata...

asal usul kedah ni bkn dulu en nuri dh letak ker?

Olie Pajutdy berkata...

hahahaha lawak la asal usul kedah ni....

Pak Awang berkata...

kat buku mna en nuri dapat asal usul kedah ni? sy org dok kedah dah lama xpnh dgr pun....

Panggilan Laut berkata...

huh! btol atau x asal usul kedah ni bg aku mmg logik! hahahahhaa

dam catur berkata...

asal usul negeri lain plak nnt? tp apa2pun asal usul kedah nimmg best!

Nama AKu berkata...

btol ke asal usul kedah mcm ni? nnt nk tnye bini aku...

Laut Gelombang berkata...

en nuri org kedah ke? sy org kedah pun xpnh dgr psl asal usul ni...