Isnin, 14 Jun 2010

ADA KEBUN EMAS LUMPUR


Kuala Selangor!
ada kebun emas lumpur
rezeki buat nelayan pantai.

Di dasar sungaimu!
anak nelayan tersenyum
mengawasi kebun emas lumpur.

Pendapatan lumayan!
jikalau rajin berusaha
rezeki sehari ratusan ringit.

Ini bukan mas hitam!
tetapi binih biji kerang
hasil isinya punya permintaan.

Hasil dari kerjasama!
J.Perikanan dan persatuan
demi menjamin kehidupan masadepan.

Oleh : Nurimanja,
Catatan buat nelayan Pantai.
beberapa hari yang lalu 6/2010.

23 ulasan:

nurimanja berkata...

CERPEN LAGENDA SIRI 4 SEORANG TUA DENGAN WARNA SENJAKALA.


Inilah musibahnya: Sikap kejam dan angkohnya sewaktu muda dan begaya kira-kira 25 tahun dahulu.kini telah terbalas dengan penderitaan yang amat sangat. Wang dari hasil derma syarikat dan orang ramai hamper puluhan ribu ringit sebagai bantuan membeli kaki palsu telah habis dibelanjakannya.


Bila mengenankan itu semua, Jiman menangis sepanjang malam, semuanya telah terlanjur, pekara ini diterimanya sebagai satu dari pembalasan terhadap sikap kejam dan angkuhannya masa muda dan berpangkat dulu.


Kini Jiman terasa dunia ini kejam, bagai neraka baginya, hidup tanpa anak isteri, jika dia berkhawin pun Jiman sedar dia tidak akan dapat memberi kebahagian kepada isterinya, jauh sekali untuk memberi layanan tuntutan batin, bagi melahirkan seorang anak, memang bigitulah kata doctor, sewaktu dia menerima rawatan dahulu.dengan perasaan sedih dan pilu dia menerima kenyataan itu.


“Ehhh! Orang tua, buat apa dekat sini haa?”Sergah seorang anak muda bersama pasangannya seorang gadis genik.Lamunan Jiman tergugat. Dia bangun terbongkok-bongkok cuba menjauhkan dirinya dari situ, tetapi langkahnya terhenti pula.


Jiman amat sedar dan mengerti, kehadirannya di tepi pantai permai di waktu senjakala begini mungkin terlalu jijik bagi setiap orang memandangnya.terapi Jiman tidak pernah mengambil hati, cuma Jiman terasa sayu, bila dia disergah begitu rupa.


Jiman sudah mula mengerti nilai harga dirinya sekarang. Walaupun apa orang lain kata, Jiman tidak marah, dia tahu, kemarahan tidak ada erti lagi baginya.Apa yang perlu dipikirkan, Kemanakah dia mesti pergi? Jika warna senjakala di tepian pantai permai ini tidak merastui lagi kehadirannya.


Jiman bercadang untuk beteduh di masjid, tetapi hatinya terlalu berat. Dia tidak lagi mahu menyusahkan Tok Siak penjaga masjid itu yang terpaka menghalau dan mengusirnya seperti anjing kurap, kerana bau busuk hapak pekung dan kurap di tubuhnya.


SAMBUNGAN.

Ali Omar berkata...

JANGAN DICERCA PATUNG ITU

jangan dicerca ia
kerana ia bukan sesiapa
hanya sebuah patung
kau cerca atau hina
dia bukan ada kuasa
dia cuma panggung sandiwara
percuma saja kau cerca ia
bukan ia jadi penggerak ini semua,
tak perlu waktumu terbuang sia-sia,
buatlah aksi yang lebih nyata…
bukan sekedar membuang masa…

Ali Omar
di dewan mesyuarat
5.6.2010

Qalam Mutiara berkata...

ULASAN:

Sajak demotrasi Jangan Cerca Patung itu. Oleh Ali Omar, cuma sekadar untuk melepas geram dan marah, manusia meluahkan bahasa kemarahannya melalu pembakaran patung atau bendera bagi seorang pemimpin atau bndera sebuah negara. Pada asasnya memang kerja sia-sia dan membuangkan masa. Tetapi untuk menzahirkan sesuatu yang lebih nyata agak terlalu berat dan bebagai permasalahan
perlu pula kita hadapi, apatah lagi sebuah negara yang ada berbagai bangsa dan agama seta keturunan.

Brader Joe berkata...

sian jiman nak ke mana pun org xska???

Tanpa Wajah berkata...

jiman ni xde anak bini ker???

Sudin Ramlee berkata...

sayu je baca cerpen ni......

Halilintar berkata...

jiman ni umur brapa thn????

Lelangit Biru berkata...

eh! jiman mmg xde rumah je asyik merempat jer?

Umar Haslam berkata...

jiman ni org jawa ker?????

Atuk berkata...

pengajaran btol cerpen ni...

Seri Suri berkata...

jiman ni keje ape? asyik berjalan je....

Aziz Moktar berkata...

jiman ni mmg stiap hari asyik berjalan je ke?

Julia berkata...

sedih tgk keadaan jiman? tu la pasal jahat sgt masa muda2 dulu...

Saizul Maizav berkata...

dh mcm org giler aku tgk jiman ni...

Danial berkata...

jiman pnya mak ayah mne???

Teratai Mekar berkata...

cerpen jiman ni mmg menyentuh hati...

Juragan Desa berkata...

emas lumpur benda apa plak ni???

Yusof Lim berkata...

emas lumpur??? bijih timah ker?

Olie Pajutdy berkata...

menarik sajak ni wlpn aku xphm mksudnya....

Kevin Chong berkata...

emas lumpur ni sajak pasal apa?

Bicara Bulan berkata...

macam sajak emas hitam plak? sajak sama mksud ker?

Kota Gersang berkata...

eh! emas lumpur???? mne ade emas dlm lumpur pelik la...

nurimanja berkata...

Jawapan soalan ttenu;

Cerpen jiman khayalan semata. tiada
kena mengena yg hidup atau mati.cuma
yang penting mesejnya untuk pembaca.

Sajak kebun emas lumpur, kisah benar,
keidupan nelayang di kuala selangor, juru di pulau, kuala gula di perak.

Mulai esok saya siarkan berkaitan dengan bulan REJAB lan Allah SWT.kisah Israk dan Mikraj.