Rabu, 9 Jun 2010

BLOK SATU TEMPAT ANAK MELAYU BERDENGUNG

-tidak ada tindakan bila dibuat laporan-

Sayang! anak-anak muda belasan tahun,
rosak dengan tin-tin gam yang berselerakan
punca daripada ibu bapa yang bermasalah
tidak siapa pun berani menegur dan melarang
termaksuk AJK, polis dan masyarakat setempat
apatah lagi individu,adik beradik,dan jiran.

Punca wujudnya permasalahan ini semua,
kekurangan asuhan ilmu pendidikan keagamaan
cari jalan mudah,berdengung,rokok,gam dan dadah.
mereka pun berwang ada handset dan motor rempit
membuat bising mencabar polis,hati siapa pun sakit
kami yang muncuri motor!kamilah yang berdengung!
kalau berani,Tangkaplah kami,sikit tak takut!

Betapa kurang ajar budak belasan ini!
bila ditegur seorang,puluhan pula yang datang
macam gerenga mati satu berpuluh datang memerpa
seperti samseng yang ingin bermaharaja lela
amat sedih, lihat muka semuanya anak melayu belaka
jangan biarkan jendarasi kita ini rosak binasa
bolehkah negara maju jika hal ini dibiarkan saja?
Di akirat nanti kita semua akan dipersoalkan pula.

Oleh: Nurimanja,
Sedih tidak ada tindakan  dibuat masyarakat,
Apa hendak jadi dengan anak melayu Telok Kumbar?.
tanpa tarikh,sejak dari 2002 hingga kini masuk 2010.

30 ulasan:

nurimanja berkata...

CERPEN SIRI 6 BERTAJUK : HATI LINAI OLEH: NURIMANJA.


“Aku senang bekerja begini,sebagai seorang yang tidak bersekolah tinggi,”
“Kalau kau bersekolah tinggi? Kau nak jadi apa ?”
“Aku ingin tahu cita-cita kau dahulu Ngambab?”

“Aku ingin menjadi seorang pëgawai petanian. Dan tentulah aku akan menjadi seorang yang tahu hal-hal penternakan dan pertanian, dan aku akan membangunkan kampung ini dan masyarakat kita menjadi petani morden” kata Ngambab besahaja.

.“Begitu baik sekali cita-cita kau, Ngambab”

“Tetapi bagaimana pula dengan cita-cita kau Linai, jika kau bersekolah tinggi?”

“Jika aku bersekolah dan menjadi pandai, aku akan memelih jurusan perubatan, aku akan jadi seorang pegawai perubatan, kemudian aku akan mengubati semua orang sakit di kampong ini, semoga masyarakat kita menjadi sihat bekerja di ladang.”

Linai dan Ngambab ketawa serentak. Mereka berasa bangga bila mendengar luahan cita-cita mereka yang terpendam di lubuh hati selama ini.

“Tapi, kita sekarang ini tidak bersekolah lagi, bagaimana untuk mencapai cita-cita kita itu,?” Kata Ngambab , mereka berpandangan sesame sendiri.

“Lagi pun tiada siapa yang mahu mengambil kita bersekolah lagi, kecuali kalau kita tinggal di bandar,tentu kita berpeluang belajar di sebelah malam,” kata Linai, matanya sayu mencuri pandang kepada Ngambab.

“Kalau begitu, aku masih mempunyai peluang dan harapan,aku akan pergi ke bandar Sarikei dan belajar di sekolah malam.” Kata Ngambab penuh yakin.

“Tetapi kau tak akan dapat menjadi seorang pegawai pertanian, umur kau sudah dua puluh satu tahun, jadi kau terpaksa mengorbankan masa yang panjang,” sender Linai.

“Kalau akau kecewa, anak-anak aku nanti akan aku minta menyambung segala-gala cinta-citaku itu,”

“Hai, sampai begitu sekali cita-citamu, kalau begitu aku juga, akan mengasuh anak-anakku supaya rajin bersekolah, kemudian aku akan memberi semangat kepada mereka untuk menyambung segala cita-citaku itu,” kata Linai pula.

“Tetapi, kau belum dewasa lagi, bagaimana kau akan khawin?” Ejek Ngambab sambil ketawa.

BERSAMBUNG.

Salina berkata...

PENJENAYAH CINTA

Terlanjur jatuh cinta
Apa kata kita
ceraikan pasangan kita
Kemudian lari
ke tempat mereka
tak boleh cari
tak boleh jejaki
tak boleh maki
menangis dan meratapi
menuduh tidak mengenang budi
pentingkan diri kurang simpati
tiada hati perut
kejam tidak berperi
samakan dengan apa yang jijik
apa yang keji


Salina
teluk bahang

Qalam Mutiara berkata...

ULASAN;

Salina dengan sajak Penjenayah Cinta dari Telok Bahang , Pulau Pinang. Ini cerita bagai pelarian Lombok yang berlaku lewat kebelakangan ini, kerana jatuh cinta ataupun kemaruk cinta ramai anak gadis Malaysia mengikut jejaka yang dirasa boleh sehidup semati dengannya.Apa-apa pun soal cinta terpulang kepada diri anda sendiri, ramai juga orang Malaysia bertemu jodoh dengan orang tanah seberang, dan begitulah sebaliknya jika memang sudah ada jodoh,Namun sebelum itu kena fikir dahulu, dan tanya pendapat ayah ibu, kerana rastu ibu baba biasanya berkat dan memberi rahmat sepanjang hayat.( Ku fikir-fikir sampaitua, diriku ini belum ada yang mahu) sedutan lagu lagenda Indonesia dahulu. lufikirlah sebaiknya. amin

Budak Rap berkata...

panjangnye cerpen linai ni... hehe

Nama AKu berkata...

huh! cerita kenangan dulu2 plak antara ngambab dgn linai?

Saizul Maizav berkata...

bercita2 tinggi tp x skola? ape la...

Madah Pujangga berkata...

panjang jgk cerpen kali ni.... menarik jgk..

Nuri Jaguh berkata...

ngambab ni baik orgnyer mcm mne boleh terlanjur plak dgn linai tu?

Kopi Susu berkata...

wah! byk flashback la cerpen en nuri ni...

Ustaz Zulkainain berkata...

kesian pun ada kat linai ni asyik teringatkan ngambab sahaja....

Mozaire berkata...

en nuri bkn dok kondo ke? mcm mne en nuri thu psl gejala bdk2 bising kat blok 1???

Abul Hassan berkata...

eh! en nuri siap buat sajak lagi kat flat blok 1??? mcm mne en nuri thu ha! aku dah agak dah en nuri msti dok flat saizul ni...

Julia berkata...

kesian kat masyarakatlah bdk2 dok buat bising...

Tengku Anita berkata...

kalau kat tempat saya ni bdk2 ada jgk bising tp bdk2 kecik2 da la.. hehe

Sulaiman Embong berkata...

bila baca sajak en nuri ni xthu plak nak salahkan siapa dalam hal ni?

Geletek Malam berkata...

bila nak hbis gejala bdk2 lepak dan buat bising ni??? ape2pun harap polis teluk kumbar lebih tegas jgn makan gaji buta...

Geletek Geli berkata...

polis teluk kumbar mmg teruk sikit... berbeza dgn polis byn lps..

Inspektor Halim berkata...

sy pun xthu nak kata apa tentang masalah ni?? nak salahkan polis xpatut jgk?? jd sy pun xthu...

Atuk berkata...

gejala bdk lepak bukan masalah baru dh la jgk tp pihak berkuasa x bertindak ke membanterasnya???

dam catur berkata...

alamak! terasa plak en nuri buat sajak ni? hehe aku pun kaki lepak jgk tp xdelah sampai buat bising klu buat bising pun kat simpang jalan ada la... mmg x gnngu sapa2... hehe

Jengking Perak berkata...

klu aku lepak2 jgk tp tgk tmpt jgklah klu di kediaman org xkn nk bising plak? ape2pun teluk kumbar bdk2 sana mmg xde otak...

Pencari Inspirasi berkata...

aku kalau datang rumah kwn aku kat flat malam2 nak bercakap pun segan takut mnggnggu org nk tido? ni bdk teluk kumbar spesis apa la agaknya????

Saizul Maizav berkata...

mmg sy sokong sajak en nuri ni! mmg kdg2 sy malu bila org tnya dok mana? nak sebut sy dok blok 1 teluk kumbar pun nak termuntah...

Ali Conan berkata...

buat malu teluk kumbar saja bdk2 ni! kerana nila setitik rosak susu sebelangga...

Mamu Kassim berkata...

teluk kumbar bdk2 sana mmg xde otak ker? byk jgk member aku cerita bdk teluk kumbar semua haprak....

Nahul Hidzar berkata...

aku pnh pegi teluk kumbar sbb abg aku dok kondo kat perda.. kondo ok bdk2 sana tp kalau flat aku xthu plak?

Geletek Perut berkata...

ak pun kdg2 jalan2 teluk kumbar jgk jmpa kwn bila lalu je blok 1 mmg memalukan! adoi.... polis terluk kumbar x bertindak ker????

Guest berkata...

polis teluk kumbar aku rasa smua pondan kot? takut nak ambil tindakan....

Srikandi Juwita berkata...

sy keje maidin dan bru cadang nak pindah teluk kumbar nak cari keje kat snaa tp bila baca sajak en nuri xjd la kot??? hehe

Puteri Bunian berkata...

teruklah la teluk kumbar.... ape2pun yg malu bangsa mlyu....