Rabu, 2 Jun 2010

BEKERJA ITU SATU IBADAT




Allah menjadikan maya ini
untuk memakmurkan alamnya
manusia telah pun dipilih
agar mengetahui segala tugas
mengatur alam dengan baik

Bekerja dengan redha hati
kerana Allah  kurniakan anda
tugas itu diamanahkannya
hanyak orang layak diterima,
pada diri anda ada kemampuan.

Kerja dengan ikhlas ibadat
redha saja berapa berat ujian
selain menafkah anak isteri
ada pahala memakmurkan negara
Allah mengetahui isi hatimu

Oleh: Nurimanja,
Catatan biasa Pagi hari
penghujung , Mei, 2010

24 ulasan:

nurimanja berkata...

CERPEN : SATU BATU TANDA siri 4 OLEH : NURIMANJA PERAK 1982.
_____________________________________________________________________



Dalam sepucut suratnya yang aku terima;

“Nur! Aku sekarang ini sasuhhlah, Nyawa itu rasa bagai terancam bila berada di hutan. Bagaimana kalau aku khawin cepat? Aku ingat si Ramlah itu yang sesusai untukku , kalau ada isteri senanglah sikit, tidaklah susah macam sekarang ini,”

Begitulah isi surat Man. Sesekali bila aku fikirkan dan mengenang kembali ucapannya itu rasa sayu pula di hati, Man seolah-olah semacam hendak mempercepatkan sesuatu daripada Taqdir Ilahi.

Selepas enam bulan aku terasa begitu terkejut. Bila menerima surat dari seberang laut, negara jiran tertangga Indonesia, bila sampul surat itu aku buka terdapat dua keping gambar Man berpakaian celurung celuring, bersama teman-tenamnya.

Gambar petama Man bersama lebih empat puluh orang teman-temannya, berehat di kaki bukit, Wah! Man kelihatan sedang memengang sebatang seruling bambu. Aku tahu itulah kegemarannya, sewaktu aku bersamanya dahulu.

Kalau cuti sekolah aku dan Man akan pergi mengambil upah memotong padi, Bila tengah hari, selepas rehat dan makan tenghari, kami sementara menunggu waktu zohor masuk, Man akan meniup seruling bambunya.

Kadang-kadang Man akan meminta aku membaca puisi bersama iringan seruling bambunya, kami cukup senang begitu, sambil menekmati tiupan angin kering sepoi-sepoi bahasa di tengah hari.

Sekeping lagi gambar Man yang kedua, Oh! Hebat Man dengan payung terjunnya. Oh sunguh mengerunkan.. Aku tatapi lama gambar itu, Man sungguh gagah macam seorang bintang filem Hindustani yang berlakun dalam gambar perang yang pernah aku lihat di tv ataupun pawagam.


Bila suratnya aku baca , Man menceritakan. Dia sedang menjalani latihan komando. Man tepaksa terjun beratus ribu kelimeter dari udara ke muka bumi.kekadang dia terjun di tengah malam buta.Wah! Man memang sungguh berani dan patut digelar pewira.


BERSAMBUNG.

My Metro berkata...

Petekan dari My Metro

Larangan rokok di pejabat swasta mulai esok

KUALA LUMPUR: Larangan merokok diperluaskan ke semua tempat kerja dan pejabat di sektor swasta yang mempunyai sistem penghawa dingin berpusat dan akan berkuat kuasa mulai esok, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini. [+]

gelora maya berkata...

INGAT AKU PENDENGAR SETIAMU

Ingatkah kau akan aku?
Aku pendengar masalahmu,
biarpun suatu masa indah dahulu.
Aku harap kau tak lupa
aku yang setia meminjam telinga,
meluangkan masa agar kau lega.
pecahkan tembok malu ku bertanya.
Dan tiap kali itu juga,
sudi kau luahkan padaku bercerita.
Aku faham jika kau sudah lupa,
sebab kini semuanya beza
sejak kau sedari
aku anggap kau istimewa,
lebih daripada teman biasa.

Tambah pula
kau mula berdua dengan si dia.
Mungkin hatinya
jua perlu kau jaga.
Aku faham Kini
kau sudah ada dia.
Semoga kau gembira.
Aku ada di sini jika sebaliknya.


gelora maya
UiTM
2pagi

Qalam Mutiara berkata...

ULASAN:

Sajak Gelora Maya Ingat aku pendengar setiamu , di sini ada dua pengertian, maksud pertama seperti marah atau menempelak bunyinya. Maksud kedua bagai mempersoalkan situasi, adakah anda tempat teman anda mengadu dan melepaskan rasa tekanan, bila ada masalah anda merupakan tempat sedia meluahkan segala ceritanya . Anda pun terima bulat-bulat, Kini bila teman anda sudah ada si dia anda tidak diperdulikan lagi.malah anda tetap setia menerimanya. Begitulah keadaannya.

Abul Hassan berkata...

wah! mcm dalam game plak man ni jd komando? hehe

Seri Suri berkata...

wah! susah giler keje man ni...

Malik Wariya berkata...

eh! man ni keje komando plak ker? wah! best2..

Sulaiman Embong berkata...

kenapa en nuri x ikut man sekali jd tentera masa tu?

Brader Joe berkata...

kena terjun malam2!!! wah! hebat giler man ni....

Julia berkata...

man meninggal masa muda ker? sempat kwin x?

Tanpa Wajah berkata...

tabik kat man! aku pun x snggup jd tentera keje teruk...

Lelangit Biru berkata...

man tu keje askar ke komando? keliru plak?

Ali Conan berkata...

eh! kerjaya komando tu bkn calang2 org boleh jd? ape2pun man mmg hebat!

Qalam Musofa berkata...

siap ade payung terjun! wah! man ni msti tentera udara ni..

Ku Dania berkata...

kenapa tajuk batu tanda? pelik la... kenapa x letak tajuk man komando...

Shuhada berkata...

man meninggal masa umr brapa? 20an ke 30an???

Penjejak Badai berkata...

kesian en nuri man ni dulu mmg kwn baik en nuri ker?? en nuri knal dia kt mana?

Kopi Susu berkata...

sedih plak baca cerpen en nuri skrg sy dh thu serba sedikit tentang bapak sedara sy.. sbb sy tnya ayah sy dia x boleh crita dia kata sedih...

Si Kecil berkata...

wah! 6bln je man dh dpt jd komando...

Bob Kuli berkata...

man mati dibunuh kan? kubur dia kat mne?

Nuri Jaguh berkata...

man ni tentera wataniah ker?

Umar Haslam berkata...

man ni berapa beradik? adik2 dia x menuntut bela ke??

Mentari Senja berkata...

man ni keje apa dulu sebelum masuk tentera?

nurimanja berkata...

berapa soalan dalam cerpen ini, mungkin kopi susu boleh tolong jawab

1.SULAIMAN eMBONG
-bawa beras lima gantang pun jatuh
kurus meliti masa itu, tahipenyakit.

2.JULIA
- kena tuggu siri akhir esok

3.LELANGIT BIRU
- mula askar diserap kpd komando

4.KU DIANA
- Kena tunggu esok

5.SHUHADA
- Tanya kopi susu, agak saya belum tiga puluh

6.BOB KUL
- Tanya kopi susu,mmgjin di masjid kpg. kota

7.UMAR HASLAM
- Tanya kopi susu, setahu saya dua org diambil jadi tentra

8.Pertanyaan yang tidak dijawab pasti ada jawapannya dalam
siri takhir, esok, Insyaallah!