Memaparkan catatan dengan label pahala. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pahala. Papar semua catatan

Rabu, 2 Jun 2010

BEKERJA ITU SATU IBADAT




Allah menjadikan maya ini
untuk memakmurkan alamnya
manusia telah pun dipilih
agar mengetahui segala tugas
mengatur alam dengan baik

Bekerja dengan redha hati
kerana Allah  kurniakan anda
tugas itu diamanahkannya
hanyak orang layak diterima,
pada diri anda ada kemampuan.

Kerja dengan ikhlas ibadat
redha saja berapa berat ujian
selain menafkah anak isteri
ada pahala memakmurkan negara
Allah mengetahui isi hatimu

Oleh: Nurimanja,
Catatan biasa Pagi hari
penghujung , Mei, 2010

Sabtu, 20 Mac 2010

JIKA KITA DIKUTUK ORANG



Jika ada orang mengutuk kita
cuba bersabar dan diam sahaja
kerana diam itu pahala buat kita
lagi bertambah banyak orang kutuk
kian bertambah pula pahala kita.

Jika ada orang yang mengutuk
sebenarnya itu satu ujian cuma
kalau berlawan menang dapat apa
jikalau kalah pun tidak dapat apa
baik saja berdiam diri banyak pahala.

Oleh : Nurimanja,
pagi hari, 10/3/2010.