Sabtu, 20 Mac 2010

JIKA KITA DIKUTUK ORANG



Jika ada orang mengutuk kita
cuba bersabar dan diam sahaja
kerana diam itu pahala buat kita
lagi bertambah banyak orang kutuk
kian bertambah pula pahala kita.

Jika ada orang yang mengutuk
sebenarnya itu satu ujian cuma
kalau berlawan menang dapat apa
jikalau kalah pun tidak dapat apa
baik saja berdiam diri banyak pahala.

Oleh : Nurimanja,
pagi hari, 10/3/2010.

26 ulasan:

nurimanja berkata...

INFO AGAMA : SUAM YANG LEPAS TANGAN (TANGGUNGJAWAB) : OLEH : NURIMANJA
____________________________________________________________________________________________________________________________________________

SEWAKTU nak berkhawin dulu bukanlah main hebat sekali, kemana pergi berduaan , sehati dan sejea kata orang, tapi apabila sudah berkhawin, sudah dapat pula anak seorang dua, dia mula buat ragam, kalau tidak si suami, si isteri pula buat hal, ada-ada saja iblis ini cari jalan siang dan malam bagi merosakkan rumah tangga orang. Bercerai sesuatu yang dibenarkan tetapi tuhan bencinya.

Walaupun telah diberi kursus sebelum berkhawin, diberi sejil, kira sudah lulus dan bersedia untuk mendirikan rumah tangga, tetapi satu kursus yang ustaz terlupa nak beri bagaimana rumah tangga boleh berkecai, siapa, sebab apa, kenapa.bagaimana , apa puncanya? Jarang kita dengar ada kursus. jastruitu banyak berlaku perceraian.

Di Malaysia para suami yang tidak bertanggungjawab atau main lepas tangan meninggkat hampir 23 ribu lebih. ingat lepas di dunia, akhrat ada perbicaraan lagi. Sewaktu angkat lafaz nikah ijab dan bakul ada khutebah nikah dulu, lebih tiga bulan tidak diberi nafkah zahir dan batin, maka ......... Bila mak pa dah bercerai, anak-anak jadi mangsa, tertekan. masing-masing
nak tunjuk ego. tak sedar anak sendiri jadi mangsa. fikirlah dulu. sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri .......

Saizul Maizav berkata...

ape2 pun harap2 aku dgn isteri aku kekal sepanjang hayat amin....

Richard Sirioas berkata...

alamdulilah sy sama isteri saya bahagia bah.. doakan kami bahagia hingga akhir hayat bah...

Budak Rap berkata...

betol pendapat en nuri... ape2 pun syabas! hehe

Nama Aku berkata...

huh! alamak! psl topik rumah tangga plak! aku x boleh komen sbb aku msih bujang? hehe

Sulaiman Embong berkata...

akal dan otak?

Bagi saya, AKAL merupakan sesuatu yang maknawi dan abstrak manakala OTAK pula sesuatu yang material. Ada pendapat yang mentakrifkan akal itu sesuatu jauhar yang mudah dan pendapat mengatakan akal itu adalah jiwa atau pemikiran.

Di mana letaknya akal dan otak? Ada yang mengatakan akal itu letaknya di kepala dan ada juga yang mengatakan letaknya di hati. Manakala otak pula letaknya di kepala. Kalau kita lihat dan renung, Allah Ta’ala memberikan otak kepada makhluknya yang bernyawa tetapi tidak semua yang berotak itu berakal. Sebagai contoh: ayam, ada otak tapi tidak berakal, tidak ada perhintungan dosa pahala, halal haram sesuatu perkara.

Tetapi bagi makhluk yang bernama manusia, Allah Ta’ala kurniakan kepada kita akal sebagai ‘penapis’ untuk memastikan sesuatu perkara itu bertentangan ataupun tidak dengan syariat dan fitrah. Sebab itu pentaklifan hukum syara’ mementingkan akal dan bukannya otak sebagai misalan; solat, antara syarat sah solat ialah berakal dan begitulah seterusnya ibadat-ibadat lain.



Otak hanya berfungsi untuk merealisasikan apa yang ‘ditapis’ oleh akal. Akal yang sihat akan melakukan perkara yang baik manakala akal yang tidak sihat akan melakukan perkara yang sebaliknya. Suatu elemen yang mampu mempengaruhi akal adalah nafsu. Nafsu jika ditemukan dengan akal yang sihat maka akan memberikan impak yang positif kepada manusia. Tetapi, nafsu jika ditemukan dengan akal yang sakit maka akan memberikan impak yang negatif kepada tuannya.

Apakah formula untuk membina akal yang sihat? Setakat yang penulis tahu, terdapat ramai pakar motivasi memberikan tips untuk membina otak yang sihat dan jarang yang memberikan tips untuk membentuk akal yang sihat.

Busur Berduri berkata...

btol! klu org kutuk kita diam jer...

Juragan Desa berkata...

betol! sabar separuh dr imam!!! hehe

Bob Kuli berkata...

eh! xkn nk diam je en nuri? nnt dia pijak kepala kita plak? klu sy org kutuk sy? sah! teruk sy kerjakan dia!!! haha

Dendam Langsai berkata...

klu sy org kutuk sy? sy kutuk dia balik! hehehehe

Nik Aziman berkata...

yup! btol diam dpt pahala! hehe

Mohamad Badawee berkata...

DALAM KELAS KECIL

Dalam kelas kecilku
Bayu bertiup lembut di samping
tiba-tiba di kantin bau ayam
ketika itu aku di penjuru kelas.
melihat ragam budak nakal
tatacara yang jelik

Namun
mesra mereka di sana
bangku kaki pula bergesel
ketawa lakonan entah apa.
walaupun dilarang ada yang melarang
semua diam padam saja semua.


mohamad badawee
di dalam kelas ketika tiada guru
11pagi

Mamu Kassim berkata...

wah! terrer jgk sulaiman embong ni cerita pasal otak dan akal???

Ustaz Muda berkata...

sulaiman embong ni keja apa? mcm cikgu jer? hebat bab2 akal dan otak ni bkn calang2 org yg thu...

Firasat Hikayat berkata...

ko cikgu sains ke sulaiman? setahu aku cikgu je thu bab2 ni....

Madah Pujangga berkata...

oh.. bru aku thu peegertian otak dengan akal... thnkz sulaiman embong!

Lagenda Pulau berkata...

wo! byk gak tip2 menjaga akal oleh sulaiman! tima ksih!!!

Mohamad Akmal berkata...

cerita pasal otak dan akal pun ade belaja dh kt kelas dulu...

Orang Lama berkata...

adakah sulaiman embong cikgu??? atau ahli politik? confius jgk sy...

Atuk berkata...

terima ksih sulaiman embong kerana berkongsi info tentang ni.......

Mufti berkata...

sulaiman embong ahli politik kan? hebat jgk pergertian sulaiman embong tentang akal dan otak ni...

Pak Awang berkata...

esok saya pula nak menyumbang info jika en nuri benarkan???

Syeikh Al Mansori berkata...

السيد نورى ني الذين بالضبط؟ الشعر ، كما عشيقة الشعر جميلة جدا! هذه هي عشيقة الشاعر الشهير في ماليزيا؟

nurimanja berkata...

Syabas! Pak Awang, orang lama mesti
banyak pengelaman, beri saja info yg
boleh kita renung bersama.

Saya suka cara Pak Awang beri tahu
awal, esok sahabat cr tunggu saja dan
saya pun ada relax sikit , bila tak
ada masa nak cari bahan.

nurimanja berkata...

jazakallah hukhair!
Ila Syeikh Al Mansori.Syukran laka!

Qalam Mutiara berkata...

ULASAN?
Apa cerita mohamad badawee? Dalam kelas kecil engkau biarkan sahaja hal jelik dalam kelas berlaku? Nanti kau juga dikira bersubahat oleh guru kelas, Pasti ada hukuman juga nanti. Jika ketua tidak menjalani amanah yang diberi guru kelasmu.