Sabtu, 13 Mac 2010

MELIHAT POKOK DENDALU


Pokok dendalu suka mengaku,
dia lebih tinggi kedudukan dari pokok asal,
tetapi tidak sedar dirisendiri hidup tidak berdikari,
menumpang dahan hinggap menghisap makan  baja curi.

Dimana ada pokok segar mogar,
disitulah dia mula melengkar membiak akar,
kemudian memperbanyakkan dedaun yang rimbun,
semoga kehijauwan dedaun kelihatan  di kemuncaknya.

Sebenarnya pokok dendalu ini,
menumpang bertenggek di dahan yang diperlukan,
gila nama, ghairah kedudukan dan mabuk  berkuasa,
mengambil kesenangan  jalan mudah untuk memerentah.
diatas pokok yang  lama kukuh akarnya mencengkam bumi.

Oleh ; Nurimanja,
Bagan Serai, Perak Darul Ridzuan,
tarikh termakan pujuk mana janji  2008.


24 ulasan:

nurimanja berkata...

________________________________________________________________________________________________________________________

INFO AGAMA : ILMU LADUNNI BELAJAR SIKIT DAPAT BANYAK . : OLEH : NURIMANJA
___________________________________________________________________________________________________________________________

Semasa saya kecil dahulu saya suka dengar cerita agama. Paling banyak cerita agama kita boleh dapat dimasjid atau pun surau, bila ada penceramah yang di iemput oleh AJK masjid/surau. tidak kira siapa ustaz, tok guru, mufti.Bila pergi saya bawa buku catatan. mana yang baik saya catat supaya membantu peringatan.

Cerita pasal Ilmu ladunni ini, saya rengkaskan saja; sebab saya tidak buat catatan lama gila kata orang serawak.Kata Aruah Ustaz Haji Idris Anang (al fatihah). Ada seorang pesara askar , bila dah bersara balik kampung buatlah
rumah dihujung kampung.(dulu x ada IT). Mungkin selama jadi tentera kurang beribadat.Bila datang solat di surau duduk jauh di belakang. tok guru mengajar pun diam saja tak bertanya.

Nak jadikan cerita, bertahun lamanya, habis satu kitab, tambah kitab lain pula dia dengar tok guru mengajar, orang kampung pun lansung tidak respect kepadanya. Dalam diam-diam sebenarnya dia mengamalkan apa saja didengar
dan dipelajari dari tok gurunya. Satu hari tok guru itu meninggal dunia, semua orang kampung menjadi muram dan sedih kerana kehilangan tok guru tempat menimba ilmu.

Sewaktu dia melawat mayat tok guru, pelahan dia masuk bilik tok guru yang terbujur itu, disilaknya kain penutup muka mayat tok guru, dia nampak ada satu benda macam berminyak berlenang di atas dahi hitam tok guru, lalu diciumnya.
Setelah beberapa minggu solat di surau manjadi kalut, beberapa orang diharapkan boleh menjadi iman semuanyabaca tongang langang.

Pendekan cerita, satupagi jumaat hujan turun jumaah tak ramai turun solat subuh ada surah sajjadah, kena bacalah, tok guru duk buat, masing-masing pakat tolak menolok. Akhirnya waktu sudah nak habis, tertolah askar persara ini.Dia pun naik, ramai juga duk buat batuk di belakang (perli).

Tetapi kuasa Allah swt tiada siapa pun yang tahu dengan kehendak Allah dia membacanya dengan lancar, malah lebih sedap bacaanya dari aruah tok guru. Selesai solat semuanya diamtidak berani batuk kecil lagi. Mulai dari hari itu, si askar persara inilah yang mengambil alih dan mengajar semua ilmu agama di kampungnya , malah dia dijemput
oleh orang kampung lain untuk memberi ceramah tentang kehebatan ilmu agamanya. masyaallah!

WALLAH HUAKLAM BISAWAB.
Syaikh Qadir Jailani salah sorang mempunyai ilmu ladunni yang tinggi sehingga anak iblis pun ingin belajar dengannya.

Brader Joe berkata...

wah! msti roh ustaz tu masuk dlm badan dia...

Halilintar berkata...

beruntung btol pesara tu dpt ilmu arwah ustaz tu...

Kamal berkata...

mcm mna nk dpt ilmu laduni ni?

Ali Conan berkata...

bertuah btol pesara tu....

Olie Pajutdy berkata...

ingatkan org alim je dpt ilmu ni? org biasa2 pun dpt jgk?

PENYAIR AGUNG berkata...

HAHAHA SAJAK KALI INI ADA BERBAUR POLITIK JUGAK EN NURI KAN?

Danial berkata...

sajak mmg xphm... pelik jgk? hehe

Saizul Maizav berkata...

sajak ni psl pokok semata2 atau ada mksud lain?

Angker 13 berkata...

en nuri ni byk sungguh sajak tentang flora dan fauna.... heheehe

Sulaiman Embong berkata...

sajak ni adakah berkisar tentang politik semasa?

Syeikh Iqbal berkata...

Tidak ada satu kalimah dalam bahasa Melayu yang dapat mengungkapkan secara keseluruhan makna wala’. Secara tepatnya kalimah wala’ terangkum di dalamnya beberapa pengertian iaitu;

1. Memberikan kasih-sayang
2. Memberikan ta’at-setia yang tidak berbelah-bagi
3. Mengangkat sebagai pemimpin,
4. Menjadikannya sebagai teman-rapat atau sekutu,
5. Memberi kepercayaan,
6. Tempat mencurahkan bantuan dan pertolongan

Geletek Pagi berkata...

Saizul Maizav hang boleh buka tingkap
ada pokok dendalu di atas pokok ceri,

Dari situ lahirnya Ilham. hang duduk
flat no 1. Dulu bawah pokok ceri itu
depa duk merendek.

Lani geng tu duk melepak kat flat
baru siap pula, sebab ramai orang
x duduk lagi. tapi dua tiga ekor
kepala dah kena cekup. senyap sikit.

Seksyen 18 berkata...

ape benda la yg syeikh iqbal certa aku pun x phm?? hehe wala????

Syeikh Iqbal berkata...

saya pun x thu kdg2 psl wala ni terima kasih byk2 syeikh iqbal! krn memebri kami tafsiran....

Lebai Noh berkata...

penerangan wala oleh sheikh iqbal mmg menarik! terima ksih kerana berkongsi ilmu...

Syeikh Muhamad Yassin berkata...

بك حقا موهوب في كتابة الشعر! تهانينا! قد يستمر بشر في قصيدة صلى الله عليك دائما....

Syeikh Al Mansori berkata...

ما إذا كنت أحد المتحدثين الاستاذ أو دينية؟ قصائد ، قصائد لأنك وكل كلمة تتحدث يعلمون كثيرا عن اللاهوت ، لقد دهشت للكم..

Abul Hassan berkata...

aku rasa geletek pagi ni joe ketua blok 1 ape???? hmm.....

Saizul Maizav berkata...

mcm mne ko tau psl semua ni? ko dok blok 1 ker??? tingkat berapa??

Ummu Akilah berkata...

anda duduk di telok kumbar juga ker? geletek pagi???

Geletek Pagi berkata...

Aku punya keluarga semua geletek , kecuali geletek malam. dia mmkin
polis bayan lepas dulu anak saudara
aku duk kat situ..

Seri Suri berkata...

PEREMPUAN BESI

aku perempuan besi,
aku tahan caci maki,
yang dihambur dek mereka,
aku peduli apa,
bencilah aku,
tusuklah aku,
tikamlah aku,
aku ini perempuan besi,
kerana itu aku;
takkan luput dimamah kamu,
takkan reput dikunyah kamu,
ingat ini,
aku perempuan besi.

Seri Suri
ketita di pulau langkawi
5 ptg

Qalam Mutiara berkata...

ULASAN


Sajak Seri Suri bertajuk Perempuan Besi Cuba memberi satu amaran;
Mengangap seorang perempuan yang tabah itu bagai besi, walau apa pun
halangan datang menghalang , usaha untuk menundukkannya agak sukar
sekali, buat seorang lelaki untuk mengodanya ,kecuali dengan bakaran suhu api yang panasnya luar biasa.