Ahad, 21 Mac 2010

BERIMAN DENGAN ALLAH SWT



Orang yang beriman dengan Allah,
serta patuh dan percaya hari kebangkitan
yakin ada akan qiamat kecil dan qiamat besar
sentiasa melakukan amal makarup nahi mungkar
serta dapat mengawal akan penyelewengan hatimu.

Orang yang beriman dengan Allah,
keyakinan kamu kepada hari pembalasan
adalah satu dari keyakinan aqidah rukun iman
semoga Allah menghisap dengan mudah perhitongan
serta dibenarkan menutup akan segala dosa-dosamu.

Orang yang beriman dengan Allah,
Jika di dunia kamu menyakinkan waumal akhir
Allah akan mempermudahkan akan kesalahanmu
sebanyak manakah dosa- dosamu dihari kebangkitan
pasti dengan mudah dan redha di masukkan ke Syurga.

Oleh; Nurimanja,
dimalam hari tanggal 1/2/2010.
Catatan di Pulau Mutiara.

16 ulasan:

Brader Joe berkata...

eh! xde isu semasa sengan cerpen ker?

Harimau Berantai berkata...

xkn sajak jer? mne isu semasa? cerpen xde ker?

Ali Conan berkata...

bila nk letak cerpen en nuri?

Siti Alia berkata...

sajak ketuhanan! mmg menarik!

Kakiku Kaku berkata...

cerpen mne??? xkn sajak jer?

dam catur berkata...

sajak menarik! best!

Pak Awang berkata...

TANDA SAYANG
Bila kau bertanya bila kan kembali bersua..
Aku hanya mampu menyekat air mata,
tapi sekadar dalam hati hangatnya dirasa...
Renungkanlah bintang kejora..
Pabila sinar menusuk mata,
Percayakan ku hati ini meronta..
Hati sering bertanya mengapa diri ini bukan miliknya..
Dikau mengungkapkan rindu,
kala aku tersedu...
Dikau menggetarkan hati,
kala jiwa kosong tak bertepi...
Dikau sering memberi bahagia,
merawat tiap duka..
Mengapa cinta belum milik kita..
Andai perpisahan menghiris perasaan...
Mungkin pertemuanlah penawar berkesan...
Andai kerinduan merantai menawan..
Lihatlah rembulan.....sinar itu bertanda sayang..


Pak Awang
11pagi
johor

Orang Lama berkata...

BERPOLITIK MENGIKUT MANHAJ AL-QURAN DAN AS-SUNNAH
KENAPA AL-QURAN DAN AS-SUNNAH?

Kerana kedua-duanya adalah sumber rujukan muktamad bagi umat Islam. Seorang muslim sebenar ialah yang berpegang-teguh dengan al-Quran dan as-Sunnah dalam segenap aspek kehidupannya termasuk dalam aspek politik. Merujuk kepada al-Quran dan as-Sunnah adalah wajib. Allah berfirman;

”Jika kamu berselisih dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu merujuknya kepada (Kitab) Allah dan (Sunnah) Rasul jika kamu bena-benarr beriman kepada Allah dan hari akhirat. Tindakan demikian adalah paling baik (bagi kamu) dan paling elok akibatnya” (Surah an-Nisa’, ayat 59).

Kedua-dua al-Quran dan as-Sunnah adalah penyelamat kaum muslimin dari kesesatan. Rasulullah s.a.w. bersabda;

“Sesungguhnya telah aku tinggalkan kepada kamu sekelian rujukan yang jika kamu perpegang-teguh dengannya nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya iaitu; Kitab Allah dan Sunnah NabiNya”.(Hadis soheh, riwayat Imam al-Hakim dari Ibnu ‘Abbas r.a.. Lihat hadis ini dalam kitab “المنتقى من كتاب الترغيب و الترهيب”, Dr. Yusof Al-Qardhawi, m.s. 111.).

Syed Al Ghozali berkata...

huh! ade poltk mengikut al quran plak? biar btol org lama?

Seruling Kelana berkata...

eh! orang lama mnat politik gak ker? hehehe

Faisal Syafie berkata...

eh! org lama ni parti mne? bebas ke? bn?

Badrol Shah berkata...

ade ke dlm quran psl politk??? aku bru thu je ni..

Izaty Husna berkata...

menarik jgk cerita org lama ni tentang politik dlm quran...

Nahul Hidzar berkata...

boleh pcya ke cerita org lama ni? en nuri mcm mne? sy ikut en nuri saja,....

Abul Hassan berkata...

orang lama biar btol mne ade quran cerita psl politik? setahu aku cerita kisah2 nabi jer...

Qalam Mutiara berkata...

ULASAN

Pak Awang dengan sajak nostalgia TANDA SAYANG. Wah bagai mahu
mengukir wajah di awan! Sajak Pak Awang menyinkap kembali lukalama
jika takqir ingin kembali zaman diputarkan, andai kesilapan dahulu dapat kembali diperbutulkan.Kerana tanda saying masih bersayang di sudut hati.Ada rahsia tersirat dan tersurat untuk sama-sama buat kita renungkan Terma kasih Pak Awang!