Selasa, 9 Mac 2010

SOLAT ITU SATU KETENANGAN


Solat itu membersihkan
cuma lima kali dalam sehari
menyerah diri kepada Allah
semoga hati menjadi tenang
dapat memantap kekuatan iman,

Solat itu mengarahkan kita
menjauhkan diri dari  mungkar
banyak mengerjakan yang makrup
kerana hati yang dsalut ketenangan
akan diredhai masuk ke syurga Allah.

Oleh ; Nurimanja,
catatan kuliah pagi hari,
dari penceramah bebas 2010.

26 ulasan:

nurimanja berkata...

ALAM MESTRI CERITA KE 2/SIRI 2 BERTAJUK : WAK KARDI OLEH : NURIMANJA
______________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Sutimah sering memandang Wak Kardi sebagai seorang tua yang hendak mampus beberapa hari saja lagi. Bila Wak Kardi tiada di rumah , peluang ini di isi dengan menjemput Sukiman kekasihya yang tidak mempunyai pekerjaan itu.
"Bagaimana dengan orang tua yang nak mampus itu?" Tanya Sukiman kepada Sutimah. Tangannya yang kasar itu merayap ke bahu Sutimah dan memicit-mecitnya. Sutimah sesekali kegelian.

"Orang tua itu tidak mengganggu aku." Jawab Sutimah, membiarkan jari-jari Sukiman bermain-main di bahu dan tubuhnya.
"Aku dah duga orang tua itu tidak bertenaga lagi. Kau akan jadi anak patong perhiasannya." Sukiman terus ketawa . Sutimah pun juga
amat merasai kebenaran itu.


"Sebab itulah aku memanggil kau.!" kata Sutimah, sambil menangkap lengan Sukiman yang keras dan kasar itu. Kemudian mereka ketawa bersama. kemudian menuju ke bilik tidur,lagak seperti sepasang suami isteri, yang baru melangsungkan perkhawinan.
"Aku sentiasa menemanimu, jika kau dalam kesunyian," Sukiman terus ketawa terbahak-bahak.

Sukiman menyangka kegagahan kelelakiannya dapat mengatasi kemampuan Wak Kardi yang telah tua terbongkok-bongkok itu. Sukiman
senyum bangga, kemudian menelan air liurnya bila Sutimah menarik tangannya. Sutimah berasa bangga kerana suaminya Wak Kardi bagai patong bernyawa. Pertemuan yang acap kali mereka lakukan itu akhirnya diketahui juga oleh orang kampung.

"Wak! Rumah Wak ada musing kepala hitam yang mencuri masuk di siang hari. Bagaimana dengan anak ayam dara Wak itu? tidak dibahamnya?" Tanya orang kampung sewaktu Wak Kardi pulang dari kebun.
"Siang hari? Mana ada musang?" Sangah Wak Kardi , ingin menapikan tuduhan mereka itu.
"Belum tentu Wak!" Jawab seorang daripada mereka. Bagi menyakinkan hati Wak Kardi.
"Anak ayam dara Wak itu, sudah dididik," Wak Kardi masih ingin menolak sangkaan burut itu. Kemudian dia cepat berdar dari situ.

Setibanya Wak Kardi di perkarangan rumahnya , dia lihat Sutimah tersenyum di muka pintu, hati Wak Kardi merasa senang. Wak Kardi
menghulur barang-barang yang dibawa dari kebun, Sutimah segera menyambutnya dengan senang. Wak Kardi memandang telatah Sutimah.
Masih anak-anak, bisik hati kecil Wak Kardi.

Sutimah banyak berlari bila dia membuat kerja-kerja di rumah. Wak Kardi cuma suruh Sutimah memicik tubuhnya yang leteh selepas
seharian bekerja di kebun. Untuk mengauli Sutimah dia terasa amat sayang. Masih keanak-anakkan. Bentak lagi hati kecil Wak Kardi.
"Siang tadi, adakah musang datang ke rumah?" Tanya Wak Kardi kepada Sutimah.
"Tak ada Wak." jawab Sutimah rengkas.

"Kau jagalah baik-baik, jangan ada musang naik ke rumah, dibahamnya anak ayam dara kau?" Tambah Wak Kardi lagi.
"Saya sentiasa jaga Wak!" jawab Sutimah lagi; Dalam hati dia terbayang bagaiman saekor tupai jantan telah menebuk buah kelapa
mudanya di siang hari di halaman rumahnya sewaktu Wak Kardi tiada.

Tetapi Wak Kardi cuma tersenyum dengan jawaban Sutimah itu.

BERSAMBUNG.

Pahlawan Kesatria berkata...

huh! sian wak tertipu...

Saizul Maizav berkata...

dh nmpk dh babak dramatik.. msti lps ni wak tu nmpk bini dia curang msti dia bunuh dorg dua...

Tengku Anita berkata...

wah! jahat bini dia ni msti dorg berpakat nk bunuh wak ape....

Tanpa Wajah berkata...

sian wak ni lurus bendul.....

Ali Conan berkata...

huh! bini dia mmg jahat! ape la wak ni tak selidik dulu...

Malik Wariya berkata...

bini dia mcm keanak-anakan? berapa umo bini dia ni?>

Bob Kuli berkata...

cerita ni dr cerita betol ker? mcm cte betol plak?

Halilintar berkata...

huh! habislah dorg ni nnt klu wak tu tahu...

Syakir Retro berkata...

eh! ni dari cerita sebenar ker? wak ni kwn en nuri sendiri ker?

Angker 13 berkata...

dorg ni berani la sekali kalau wak tu balik rumah awal? mampus dorg....

Harimau Berantai berkata...

tu la kwin dgn pmpuan yg tak matang? kan dh terkena...

Pencari Inspirasi berkata...

cari la sama baya dengan wak tu ni nk anak dara kan dah merana....

Mona berkata...

klu sy jd sutimah pun sy wat mcm ni yela dh laki tua??? hahahaaha

Syeikh Al Habib berkata...

kali ini ana pula nak bercerita kalau en nuri benarkan...


SUBUH:

Orang yang pertama mengerjakan solat Subuh Nabi Adam iaitu tatkala keluarnya Nabi Adam dari Syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama dilihatnya ialah kegelapan,membuatkannya berasa takut sangat. Lalu apabila fajar Subuh keluar, maka Nabi Adam menunaikan solat dua rakaat.

Rakaat pertama: Bersyukur terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua: Bersyukur siang telah menjelma.


ZOHOR:

Orang pertama mengerjakan solat Zohor Nabi Ibrahim A.S., iaitu tatkala Allah S.W.T. memerintahkan menyembelih anaknya Nabi Ismail A.S. seruan datangnya waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.

Rakaat pertama: Bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua: Bersyukur dibukakan dukacitanya juga anaknya.
Rakaat ketiga: Bersyukur dan bermohon keredhaan Allah.
Rakaat keempat: Bersyukur korbannya digantikan kibas.


ASAR:

Orang pertama mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus A.S., iaitu tatkala dikeluarkan Allah dari perut ikan nun. Ikan nun memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus segera menunaikan solat empat rakaat tanda bersyukur diselamatkan Allah daripada 4 kegelapan, iaitu:

Rakaat pertama: Kelam kesalahan.
Rakaat kedua: Kelam air laut.
Rakaat ketiga: Kelam malam.
Rakaat keempat: Kelam perut ikan.


MAGHRIB:

Orang pertama mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa A.S.,tatkala dikeluarkan Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu menunaikan solat tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:

Rakaat pertama:menafikan ketuhanan selain Allah Maha Esa.
Rakaat kedua:menafikan tuduhan tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga:meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan hanya satu iaitu Allah, tiada dua atau tiga.


ISYAK:

Orang pertama mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa A.S., tatkala Nabi Musa tersesat mencari jalan keluar negeri Madyan, sedang dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacita waktu Isyak akhir. Lalu Nabi Musa menunaikan solat empat rakaat tanda bersyukur kehilangan perasaan dukacita tersebut, iaitu:

Rakaat pertama: Dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua:terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga:terhadap Firaun.
Rakaat keempat:terhadap anak Firaun.


itu cerita asal usul solat dari ana maaf anta juga bercerita...

nurimanja berkata...

Semoga lebih ramai mengirim sebarang
hasl penulisan berbagai untuk kita
kongsi bersama buat sahabar CR dalam
1 Malaysia!!

Terima Kasih Syeikh Al Habib kerana
beri sumbangan info agama, ana pun
banyak tidak tahu tentang agama, ana
cuma catat apa yang ana dengar ana
juga susah hati takut salah. harap
ada ustaz yang tolong berbetul, amin.

Sipaun Supain berkata...

mne syeikh al habib dpt info psl ni???

Kamal berkata...

lengkap syeikh ni cerita pasal asal usul..

Pahlawan Kesatria berkata...

eh! hebat jgk ilmu syeikh habib ni...

Tanpa Wajah berkata...

syeikh habib ni menuntut ilmu tnggi ni....

Atuk berkata...

mmg tinggi sungguh ilmu syeikh habib ni wlpn sy org lama pun tak tahu tentang asal usul ni...

Pak Awang berkata...

mana syeikh ni dpt? asal usul solat? terima kasih sbb sudi berkongsi.....

Juragan Desa berkata...

kitab mana syeikh dapat tentang asal usul ni?????

Umar Haslam berkata...

mmg menarik asal usul solat dr syeikh habib! semoga kita mengambil iktibar...

Dayang berkata...

KAMU YANG DIHUJUNG SANA

Waktu bersahaja Duduk di jendela
Dengar lagu Mengulit sendu
Kain di ampaian Basah terkena hujan
Bunga kecil Kelopak mungil
Teringat kamu yang di hujung sana.

Kata terpena Warkah berjela
Rindu membuak Gelisah menyentak
Aku dan sepi Kasih nan mati
Bila kamu pergi Menangis lagi
Teringat kamu yang di hujung sana.

Bila bersua Siapa terlena
Entah di mana Apa punca
Kamu yang di hujung sana


Dayang
DI tempat kerja
2.3.2010

Qalam Mutiara berkata...

ULASAN


Sesekali duduk termenung mengenang orang yang jauh , ada baik juga
dari menceritakan sesuatu yang lebih sia-sia ataupun menyakitkan hati
orang lain. Buat masa ini perpisahan menjadi perkara biasa, kecangihan
teknologi kini membuatkan kita lebih dekat dan hari-hari boleh berbicara.