Jumaat, 26 Mac 2010

DAILOG TANGAN KIRI DAN KANAN




Tangan kanan dan tangan kiri tidak pernah dialog,
Tentang hal  tangan kanan sering dibebani kerja berat
sedia melakukan kerja apa saja yang diarahkan oleh si hati
tidak pula membantah merasa cemburu, marah atau pun iri hati.

Tangan kiri tidak pula dibebani dengan tugas berat,
Malah lebih banyak diberi manja berlagak dan bergaya
Selalu saja cekak pinggang ada jam tangan dan cincing dijari
Malah lebih banyak menghayun tangan rasa relax dan tenang saja.

Tetapi satu yang tangan kanan engan membuatnya,
Kerja yang satu ini tangan kanan terpaksa juga menolak
Biar pun tangan kanan sering banyak kerja rengan dan berat
Membasuh anu, silakan tanagn kiri melaksanakannya dengan cermat.

Oleh : Nurimanja,
Petang hari kerja gotong  royong,
Semasa cuti am, hari diisi dengan kebersihan. 2010.

28 ulasan:

nurimanja berkata...

SAMUNGAN SIRI 4 DIMATANYA ADA SINAR KEIMANAN.


SEPANJANG malam utazah Salwa tidakdapat tidur, hatinya sedang memikirkan bagaimana hendak membuktikan kebenarnya itu.

Esok dia terus megajar seperti biasa. Seskali dia cuba menguji hati murid-muridnya. Dengan sahaja mengatakan, tidak lama lagi ada ustaz atau ustazah yang baru akan datang untuk mengantikan tempatnya, kerana dia akan ditukar mengajar di sekolah lain.

Seketika kemudian ramai anak muridnya yang mengalirkan air mata, dia tahu ramai lagi anak muridnya yang masih lagi menyayanginya. Dia tersenyum dalam hati.

Dia menilai pegaulannya dengan masyarakat tempatan, mesra, malah ustazah Salwa terasa seperti berada di kampongnya sendiri. Di surau dia memberi ceramah kepada saudara baru. Di kuaternya pula dia mengadakan kelas bimbingan fardu ain secara percuma kepada murid-muridnya.

Malah orang-orang kampung sering memberi buah-buahan, tebu, ubi, dan sayuran dari kebun mereka. Kadangkala udang dan ikan pun dihantar ke kuaters oleh anak
muridnya. Dia cukup berasa senan.

“Sudah cik!” kata seorang jururawat pembantu doctor yang sedang berdiri di tepi katil tempat pembaringannya itu.Ustazah Salwa pun tersadar dari lamunannya.

Sejak daripada peitiwa itu, kelihatan guru besarnya begitu baik dan mesra sekali. Berbeza sewaktu dia mula menerima surat komplen dahulu. Malah isteri guru besarnya yang mengajar di kelas pra sekolah bersebelahan kelasnya, selalu sahaja mengajanya makan bersama di aktu rehat.

Setelah seminggu belalu. Di satu petang yang tidak diduga. Datang seorang guru berketurunan orang asli ke kuatersnya. Dia menyambutnya dengan baik.

“Sila masuk cikgu Bakhurei!”
“Terima kasih ustazah,”
cikgu Bakhurei cuma duduk dikerusi panjang di beranda kuaters itu. Mukanya agak muram bercampur sedih, seperti orang dalam penyesalan. Ustazah Salwa cuma memandangnya dengan penuh tanda tanya di dalam hati.

“Saya dating ini hendak meminta maaf kepada ustazah,” tersekat-sekat suaranya terasa amat sedih, kemudian dia tunduk dan berhenti berkata.

“Minta maaf?” Ustazah Salwa bertanya kehairanan dalam hatinya.

BERSAMBUNG.

Ustaz Muda berkata...

SI BANGSAT NEGARA

wabak hari ini sungguh nyata..
dipolitikkan oleh si bangsat.
yang dahinya tertera politk saja
nada si bangsat yang mengejar matlamat busuk..
berideologikan cita..
gembira membutakan jiwa..
jangan biarkan si bangsat itu hipnosis fikiran bawah sedar anda,
jangan biarkan si bangsat itu megah mencipta diri sebagai tuhan
bangsat si pemesong..
ingat kita miliki langkah sendiri..
jangan biarkan diri tergelincir,
tercampak, dan terjatuh lagi..
bangunlah anak-anak Adam.
langkahlah pada jalan yang benar..
ingatlah pesan En Nuri
bpropanganda si bangsat tak berguna
yang ingin mengucar kacir negara


Ustaz Muda
selepas masuk parti BEBAS
20.3.2010

Keringat Syahdu berkata...

wah! sajak psl tangan pun ada.....

Saizul Maizav berkata...

eh! kata tjuk dialog tp xde dialog pun???

Tanpa Wajah berkata...

kretif en nuri tangan pun en buat sajak? wah!

Kamal berkata...

sajak tangan! hebat!!!!

Ezad Emir berkata...

sajak psl tangan pun ade jgk! kuat jgk imaginasi en nuri ni...

Pengembara Masa berkata...

eh! ingatkan tangan kiri sembang dgn tangan kanan td? hehhee

Golok Buta berkata...

ape2 pun kesian tangan kiri! hahahaha

Brader Joe berkata...

kesian dengar rintihan tangan kiri... hehehe

Budak rap berkata...

eh! sian plak tangan kiri lepas ni aku nk basuh berak tangan kanan biar tangan kanan rasa plak! hahahahha

dam catur berkata...

seronoklah tangan kiri? semua tangan kanan yg buat tp akhir sekali x leh tahan basuh tu tangan kiri yg buat! hahahaha

gelora maya berkata...

ape2 pun hargailah tangan anda.. cuba bayangkan org xde tangan lagi kesian...

Lebai Noh berkata...

apa2pun setiap anggota yg diberi oleh Allah ada tugas masing2......

Abul Hassan berkata...

kalau en nuri buat tangan kiri sembang dengan tangan kanan lagi best... hehehe cuma pandangan....

Harimau Berantai berkata...

bg aku adil la lagipun semua keja tangan kanan dah buat? hehe

Julia berkata...

ape2 pun tangan kanan lah paling kesian semua keja dia buat! tangan kiri bsuh berak jer la...

Ku Dania berkata...

tangan kiri dan kanan kena bersyukur sebab sama2 saling memerlukan...

Firasat Hikayat berkata...

sajak kali ni best! psl tangan plak... anggota lain xde ker? hehehe

Sulaiman Embong berkata...

tangan dah ada? bila nak buat sajak pasal kaki kanan dan kiri??? mata ker? telinga?

Atuk berkata...

minta maaf sbb apa plak??/ suspen ni...

Pahlawan Kesatria berkata...

cikgu bakhurei sapa plak ni??? laki ke pmpuan?

Ustaz Rahman berkata...

cikgu bakhurei mcm nama iban plak? islam ker?

Badrol Shah berkata...

cerita en nuri kena baca byk kali bru paham sbb byk flash back....

Sipaun Supain berkata...

eh! td mula2 jururawat lps tu ade cikgu bakhurei plak? adoi.. pening disitu....

Tinta Bayu berkata...

ustazah ni dh kwin ke blum?? dia mengajar kt mana ni???

Nakhoda Belantara berkata...

saudara baru? ustazah ni dulu bkn islam ker???

Qalam Mutiara berkata...

Si bangsat negara, oleh ustaz muda
Penuh emosinol, rasa marah dan
Kecewa,bila sesaorang yang diangap
boleh dijadikan idola, tiba banyak
pula melakkan peyelewengan dan
bertnangan deangan syariat Islam.

Lantas untuk mebebaskan diri
Mengambil jalan tengah. Syabas!
Semoga bebas dan merdeka bersama
Sulaiman Embong , Bulan Terang.
Buat masa ini, eloklah tunggu dan
lihat jika ada masih berminat
dengan politik, kalian masih muda!