Jumaat, 19 Mac 2010

KITA BANYAK MELAKUKAN DOSA


Dosa itu akan mematikan hati
rezekinya juga akan betambah jauh
sesiapa yang selalu bertawakkal
rezekinya akan datang tanpa dsedari.

Malah kalau dikehendak Allah
sebiji gandum diganti sebiji tamar
saekor kambing kurus susunya banyak
tdak habis untuk makan dan minuman.

Buat mereka yang ikut ajaran nabi
nescaya akan mendapat pembelaannya
ini bukanlah satu cerita main-mainan
tapi cerita buat keberkatan dunia akhirat.
 
Oleh : Nurimanja,
Bayan Lepas, Balik Pulau,
Sini Terlepas Sana Terperlau.
Tahun penuh cabaran kewangan 2010.

23 ulasan:

nurimanja berkata...

________________________________________________________________________________________________________________________________________________

SIRI SERAM ; OLEH NURIMANJA ; SIRI AKHIR BERTEMU ROH : MASYARAKAT INDIA 1 MALAYSIA
__________________________________________________________________________________________________________________________________________________

SETELAH sampai di tanah perkuburan Limgam melompat turun, belum pun sempat Gunalan memberhentikan basikal itu. Gunalan menyandarkan basikal di pintu gerbang tepi jalan, mereka berdua meluru ke tempat persemadian Lakchmy itu. Lingam berlari mendahului Gunalan, saekor anjing tua yang sedang tidur di tepi batu terkejut melarikan diri, melihat mereka berdua datang.

"Ini bang, Ini pusara kakak Lakchmy, lihat masih merah tanahnya. Rumah batu kecil ini juga, baru saja papa membinanya,"
kata Lingam kepada Gunalan.

Setelah Gunalan melihat pusara Lakchmy itu,segala tulang sendinya menjadi longgar, hampir tersungkur di atas pusara Lakchmy itu, dia melihat gambar kecil Lakchmy tenang menanti ketibaannya di pagi hening itu.
"Lakchmyyy!!" Raung Gunalan, dia tertenduk di situ, air matanya berjujuran membasahi pusara, kesayuan terasa bagai merayap
disekelilinginya.

Lingam juga turut merasakan kesedihan dan kehibaan di pagi itu. Dia berpelukan dengan Gunalan, sambil menangis keduanya terisak-isah,seperti satu drama Tv di pagi hari. Limgam melihat wajah manis kakaknya yang berlesung pipit di pipi, semasa hayatnya dahulu, Lingam selalu aja mencubit pipi kakaknya, terlalu geram. maka berlakulah kejar mengejar di sekeliling rumah mereka.

Akhirnya Gunalan tersembam lama di atas permukaan pusara itu, bila dia bangun mulutnya terkumat kamit memohon doa kepada tuhanmereka , mengampun dosanya yang telah mempersia-siakan Lakchmykekasihnya itu. Dia juga menyesali sikapnya yang lambat pulang dan tidak mengerim surat kepada Lakchmy, bermacam lagi penyesalannya yang diterangkan kepada gambar Lakchmy.
tetapi gambar itu tetap tenang dan kaku.

Sewaktu Gunalan hendak bangun mengangkatkan kepalanya dari pusara itu. Tiba-tiba dia terasa tangannya tergengam kembali rantai
emas berloketkan cinta itu. Dia mengangkatnya perlahan-lahan, beberapa titisair matanya mengalir lagi. Di bawah matahari pagi yang terus bersinar merah itu, seperti luka parahnya hati Gunalan yang kecewa menanggung derita.

Kini Gunalan mengerti, Lakchmy yang di temuinya malam tadi, adalah roh suci bekas kekasihnya. Gunalan dapat membayangkan kembali dalam ingatannya, tetang beberapa tempat yang sama, seperti kawasan yang cerah, rumah batu yang tidak berbumbung, dan pohon ara yang besar yang tidak jauh dari pusara Lakchmy, sudah cukup membuktikan tempat ini tidak boleh ditimpa air hujan.

Gunalan cuba bangun perlahan-lahan, kemudian dia memegang bahu Lingam, lalu bangun dan memberi hormat, sebelum mereka beredar dari situ.Sewaktu Gunalan hendak mencapai basikal yang disandar di pintu gerbang, dari jauh dia ternampak seketul batu besar, tempat mula-mula dia menemui roh Lakchmy pada malam tadi.

Sehinggalah Gunalan pulang kembali ke Singapora dengan pergi membawa bersama sekeping hati yang kecewa. Namun kisah petemuannya dengan roh Lakchmy masih tetap bersemati di dalam hatinya, dan tiada siapa pun yang mengetahuinya.

S E L E S A I .
sebab cerita seram ini berlaku di antara 1 malam hingga 7.00 pagi saya siarkan d antara waktu 4.00 dan 5.00 pagi. harap maklum!

Geletek Pagi berkata...

SU SEMASA DULU IT YANG MENAIKAN, KINI IT JUGA MENJATUHKAN,
__________________________________________________________________________________________________________________________

Bila Mantan Tun Dr Mahathir telah memperkenalkan IT kepada rakyat Malaysia, kesempatan initelah pun
diambil oleh penentang pihak pemerentah . Mereka telah guna sepenuhnya menghendam apa saja soal memburukkan pemerentah. Lalu rakyat terpengaruh, menyebabkan lima negeri bertukar tangan. Kini telah ramai rakyat telah celek IT pembohongan akan memakan tuan,
pendedahan demi pendedahan akan turus membuka tembelang. Tunggu saja bila tiba masanya ,waktu akan menentu dan masa akan menceritakan.

Baru ini saya pergi kenduriseorang hamba syaitan, menceritakan kepada saya tentang apa yang dia dengar sebelah saja. 10 minit dia asyik menerangkan pada saya, tentang tohmah dan fitnah katak , biawak
yang keluar. Sekarang ulamak terkenal di dunia datang untuk laksanakan sumpah dusta konon ke
atas saiful, najip pun takut kata dia. Akhir sekali saya kata pada dia , "kalau benar angkat saja
sumpah laknat, secara tak langsung sumpah dusta tak payah pakai lagi. Kenapa saiful dan najib dah angkat sumpah laknat. kenapa si polan itu tak berani?"

Dia senyap merah muka, saya ambil
air suruh dia minum. akhirnya dia kata dua-dua tak boleh pakai putaq belit semua ................

Geletek Malam berkata...

mmg sedih cerita gunalan ni...

Seri Suri berkata...

la..laksmi dh mati sebenarnyer??? sian gunalan,,,,

Tanpa Wajah berkata...

sedih plak ending cerita ni....

Sudin Ramli berkata...

mmg menyayat hati cerita ni...

Halilintar berkata...

sampai mati laksmi merana??? sayu betol...

Kota Gersang berkata...

laksmi tu mkn hati la tu... sedih cerita ni...

Mona berkata...

ape2 pun cerita ni mmg sedih gila! sebak hati membacanya....

Saizul Maizav berkata...

hbis gunalan x kwin lain ker? xkn membujang smpai mati kot?

Angker 13 berkata...

sedih cerita ni! syabas!!!

Malik Wariya berkata...

akhir cerita ni mmg menarik! sedih dan seram.. hehe

Julia berkata...

sob.. sob... sedih la cerita kali ni... ingatkan seram je sampai habis....

Teratai Mekar berkata...

besar sungguh cinta laksmi dgn gunalan! smpai mati pun roh dia jmpa gunalan....

Mat Noh berkata...

eh! laksmi ni mati bunuh diri ker? mati merana?

Kembara Budiman berkata...

sepatutnya sebelum pergi dulu gunalan kwinlah dgn laksmi terus...

Brader Joe berkata...

apalah psl cinta pun nk mati? ape susah kwin jer lain?

Kakiku Kaku berkata...

eh! india pun ade doa2 kat kubur ker? aku ingat islam jer baca al-fatihah...

Inspektor Halim berkata...

eh! sajak ni psl politik lagi ker?

Guest berkata...

ade mcm bunyi politik jer? hehe

Jengking Perak berkata...

sajak aku x phm pening jgk.... hehe

Yusri Nawab berkata...

sajak ketuhanan yg menark...

Dan Anum berkata...

TETIPU

Aku tertipu olehmu
yang tiba-tiba berlalu
menyatakan rindu
sayangmu padaku
kemudian pergi
tak toleh ke belakang lagi.

Aku tertipu olehmu
yang menyatakan benci
sedang aku tahu dalam hati
kau tak pandai bohong
rasa yang menggila
membuak dalam dada.

Aku tertipu olehmu
bila kau diam
di situ terpaku
kaki pun terkaku.


Dang Anum
Di tempat kerja
11pagi